Aku nak berkongsi mengenai satu novel yang baru aku habis baca minggu lepas bertajuk Am I Normal Yet? by Holly Bourne. Novel ini adalah novel pertama dalam The Spinster Club series. Aku tertarik untuk baca novel ini selepas ternampak novel ketiga dalam series nie yang baru saja berada di pasaran. Makanya terus terjebak beli novel pertama. Hee.
SINOPSIS
Mengenai kehidupan Evie yang berumur 16 tahun dan mempunyai OCD ( Obsessive-Compulsive Disorder ). Evie mahu kehidupan normal sebagai seorang remaja. Disebabkan itu, dia terlalu taksub untuk mendapat boyfriend di usia muda dan tidak beritahu hal sebenar mengenai OCD kepada kawan baiknya, Amber dan Lottie ( The Spinster Club’s member ) .
Evie takut sebenarnya nak beritahu kepada kawan baiknya. Sebab dia pernah beritahu kepada kawan baiknya semasa sekolah rendah, Jane, dan Jane menjauhkan diri daripadanya. Evie tak nak perkara sama berlaku lagi jika dia beritahu kepada Amber dan Lottie.
Evie juga selalu ada Bad Thoughts about everything. Especially when it comes to germs!
Evie’s Worry Topic

Evie ada pakar psikologi bernama Sarah. Setiap minggu akan jumpa Sarah dan senarai di atas perlu diberi pada Sarah setiap kali perjumpaan mereka.
Evie bertemu dengan 3 orang lelaki, Ethan, Oli, dan Guy yang menunjukkan minat kepadanya tapi semuanya hampeh! Hahaha! Dalam novel ni tidak ada lelaki yang baik budi pekertinya. Budak remaja lelaki agaknya begitu. Hehe.
REVIEW
Totally love this novel! Ini adalah kali pertama aku baca novel mengenai seseorang yang mempunyai OCD dan secara tak langsung, aku lebih memahami apa yang difikirkan dan dihadapi oleh orang OCD.
Susah sebenarnya! Mereka bukan tak nak jadi normal tapi tak boleh. Manusia masing-masing ada otak untuk berfikir cuma orang OCD terlebih berfikir mengenai sesuatu perkara terutama bab kebersihan.
Menarik buku ini sebab aku belajar mengenai kisah hidup orang yang mempunyai OCD. Aku suka baca novel mengenai kisah begini, lain daripada lain, dan membuatkan aku lebih terbuka minda untuk memahami orang seperti itu. Orang yang nampak normal tapi sebenarnya ada perkara tersembunyi dalam diri.
Evie mempunyai perasaan rendah diri. Dia sentiasa memikirkan bahawa dia ada masalah mental. Akhirnya, Evie sedar bahawa OCD adalah satu kelebihan diri yang perlu diterima dengan rela hati. Only then, she will be happy! Yeayy! I’m happy for you too!
Evie juga berterus terang dengan kawan baiknya mengenai OCD selepas dia dimasukkan ke hospital. Dia boleh cuci badan dia yang dikatakan penuh kuman itu menggunakan peluntur. Huhu.
Adakalanya aku macam tak percaya, ‘ada ke orang tahap pembersih camni?‘, tapi betullah ada. Cuma aku tak pernah jumpa.
Buku lain dalam The Spinster Club’s series

Aku akan beli 2 novel di atas dalam The Spinster Club’s series. Nak beli online tapi start minggu ni, aku cuti dua minggu. Makanya mungkin terpaksa menapak di kedai buku berdekatan. Tak sabar nak habiskan baca kisah seterusnya dalam The Spinster Club!