Adakah jarak jauh antara kita dan pasangan akan membuatkan hubungan itu lebih bahagia dan penuh dengan kasih sayang?
Korang rasa…?

Aku dan suami masa bercinta dahulu berjauhan selama 4 tahun sepanjang aku belajar di USM Kubang Kerian, dan dia di Kuala Lumpur. Jumpa hanya sesekali iaitu masa cuti semester saja. Dan dalam masa yang lain, komunikasi antara kami adalah melalui sms, phone, dan whatsapp. Email dan surat tidak sama sekali. Hihi.
Alhamdullilah. Hubungan kami berpanjangan dan menjadi halal selepas 8 tahun menyulam cinta. Sulam cantik-cantik! Pelbagai warna benang pakai. Haha! 4 tahun bercinta dalam jarak jauh dan 4 tahun lagi masing-masing tinggal di area Kuala Lumpur dan Subang. Dekat dah 🙂
8 tahun, satu tempoh masa yang lama kan? Tipulah kalau kata tiada langsung perselisihan faham dan pergaduhan. Hii. Biasalah dalam hubungan. Kalau betul dan positif je, pelik juga rasanya. Gaduh membuatkan kita lebih terbuka dan know each other well. Cuma janganlah kerap sangat 😀

Bagi aku, paling penting dalam hubungan adalah TRUST! Tak kisah jarak dan selama mana bersama, kalau kita letak kepercayaan di tempat teratas, insyallah akan berkekalan.
Sentiasa berfikiran positif kerana dari berfikiran negatif akan membawa kita kepada ketidakpercayaan dan seterusnya kepada permasalahan. Kita sebagai manusia semestinya tidak semuanya betul. Kalau tersalah langkah, cepat-cepat betulkan. Jangan biarkan diri terpedaya dan hanyut.

Apabila kita berjauhan, kita akan rindu pada pasangan. Jadi kita lebih menghargai dia bila berjumpa. Tak nak bergaduh hal yang remeh temeh sebab rasa rugi masa. Hii. Teruja dan rasa tak sabar je nak bersua muka.
Teringat masa pergi Korea bersama #gengmakan tahun lepas selama 8 hari, on the way nak balik ke Malaysia, rasa berdebar bila nak berjumpa dengan suami yang ditinggalkan. Pelik juga sebab bukan tak pernah berjauhan pun. Mungkin sindrom balik dari luar negara agaknya. Hihi. Teruja, tak sabar dan berdebar. 3 in 1! 😀
Walaupun aku boleh berjauhan dengan suami tapi sesekali bolehlah. Sebab suami kerja luar. Tak nak lah memang duduk berjauhan. Bukan sesekali, hari-hari jauh. Sesak dada menanggung rindu nanti. Semoga kami berdua terus dekat antara satu sama lain 🙂

Apa pun, yang penting, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Jangan terlalu fikirkan apa yang pasangan kita buat. Tenang je. Kita pandai-pandailah bawa diri walau ke mana kita pergi. Kalau dah tahu diri sudah berpunya, tak payah beriya nak beramah mesra. Bukan apa, takut orang yang di sebelah sana berfikiran lain daripada kita. Nanti masalah lain pula timbul 🙂

Love this quote! So true 🙂
*image from google*
Thank you for reading,
Love,