Ada saja sebab yang membuatkan aku sentiasa tukar blog template. Dari semasa ke semasa, asyik nak tukar. Ada je benda yang tak puas hati. Sudahnya ini adalah kali kelima aku tukar blog template dan harapnya berterusan lama sikit masanya.
Aku tukar blog template ini pada 12 September 2016 dan baru sekarang aku nak buat entri mengenainya. Biasalah lambat up entri π
Blog template aku yang kelima ini, mungkin ianya bukan yang terakhir tapi aku yakin aku akan guna lama blog template ni sebab aku suka sangat. Clean, responsive, dan minimal. Memenuhi citarasa aku.
Aku beli blog template ini di ETSY. Seperti biasa, laman web kegemaran aku kalau merujuk kepada blog template. Owner template aku sekarang bernama Kate daripada MisteryDesigns dan dia sangat membantu. Banyak perubahan yang aku request dan dia penuhi dengan jayanya. Aku tak kisah untuk belanjakan duit hanya kerana nak blog template yang memenuhi kehendak aku. Hehe.
Aku pilih template Lewis.
Selepas beli Lewis, ada beberapa perubahan yang aku nak buat. Sesungguhnya aku sangat tak pandai bermain dengan code. Makanya aku hanya request Kate untuk buat semuanya. Kate sangat membantu. Haa aku ulang lagi ayat yang sama. Hihi.
Jom aku bawa korang semua travel dalam blog template aku ye.
![]() |
Home Page |
![]() |
Home Page with Masonry-Grid-Style. I love the most! |
![]() |
Categories di menu bar. Ada juga About, Contact pages, dan Social Media. |
![]() |
Bila korang klik pada satu tajuk, boleh tengok full blog posts dan my sidebar. |
Perubahan yang aku request daripada Kate adalah:
1. All fonts – header, blog posts, blog post title, sidebar.
2. Sidebar – aku request untuk kelihatan seperti Olga template (boleh klik MisteryDesignsuntuk details template)
3. Popular Posts – nak ianya kelihatan seperti My Featured Post.
4. Home page. Tukar seperti Lena templates.
5. Latest Instagram widget. Aku dah cuba buat tapi masih tak jadi.
6. Picks For You – want to have 4 other posts instead of 3.
7. Comment Section – to have box for each comments and blogger pictures too.
8. Blog Archive.
9. Automated Recent Posts Slider – seperti Olga template.
Haa banyak kan? Haha. Punyalah tak tahu nak buat macam mana, request je senang. Suruh je owner buat. Dia lagi mahir. Aku tak suka memeningkan kepala. Buang masa. Hihi.
Aku sangat rekomen template daripada MisteryDesigns. Semua blog template MD adalah clean, responsive, dan minimal. Aku suka sangat! Tambah lagi, ownernya, Kate, sangat baik dan membantu. Korang cakap je masalah dengan dia, confirm dia tolong. Haa satu lagi, Kate orangnya sangat pantas. Pantas bagi respon kepada soalan aku dan pantas juga edit blog. Jadi tidaklah blog berada dalam keadaan “in progress” untuk jangka masa yang lama.
Habis sudah cerita pasal my latest blog template. Aku nak berkongsi blog template yang pernah aku pakai dulu. Semua template daripada ETSY.
![]() |
1. PURE CANDY by Vefio Themes |
![]() |
2. MEGHAN by LucaLogos |
![]() |
3. AURAY by BloggerTemplate |
![]() |
4. VIOLIN by Vefio Themes |
Apa pendapat korang mengenai blog template baru aku? Okay ke? Kalau ada idea untuk memantapkan lagi blog ini, bolehlah berkongsi pendapat =)