Hello semua =)

Kad Maybank aku dan suami dah siap!! Yeayyyy! Sebenarnya dah siap dua minggu lepas cuma baru nak share di sini 😀
Aku ada berkongsi mengenai cara untuk Design Kad Maybank Dengan Gambar Sendiri sebelum ini. Dan entri kali ni khas untuk tunjuk kad Maybank kami yang dah siap. Hee.
Kad yang atas adalah kad aku manakala kad yang bawah adalah kad suami aku. Ramai orang cakap suami aku pentingkan diri sendiri, haha, sebab aku guna gambar kami berdua sedangkan dia guna gambar dia saja.
Aku tak kisah pun. Dah aku nak guna gambar kami kan. Sentimental dan jiwang kan aku? Hehe. Lagipun gambar yang digunakan oleh suami, agak susah nak dapat capture gambar sebegitu.
Maka aku benarkan dia guna gambar dia seorang. Hee. Rare gambarnya! :p
Korang dah buat? Kalau belum, boleh buat jugak. Bukan senang nak ada kad bank gambar sendiri ye tak. Hanya Maybank je tawarkan perkhidmatan begini. Jadi, baik kita gunakan sebaiknya 🙂
Aku dah buka kaunter tukar kad Maybank di rumah kakak ipar. Excited semua pilih gambar. Hehe. Nak buka kaunter di kampung aku masa Raya Haji, tapi sayangnya kampung aku tiada internet. Makanya, sila buat sendiri lah ye. Hee.