Bercuti di dalam atau luar negara pada musim cuti sekolah sudah menjadi lumrah dan kebiasaan untuk mereka yang sudah berkeluarga.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat juga trend yang menjadi semakin popular di negara kita iaitu percutian atau melancong pada hari raya. Tidak kisah hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.
Pada mulanya, kedengaran agak pelik mengenai pemilihan cuti pada hari raya yang sepatutnya dihabiskan bersama ahli keluarga di kampung halaman.
Tapi apabila difikirkan kembali, percutian mereka adalah bersama keluarga, dan walaupun masa mereka tidak dihabiskan di kampung, mereka tetap bersama dengan cara lain untuk mengeratkan silaturahim.
Jadi tiada apa perlu dijadikan isu. Dunia kini semakin moden sesuai dengan peredaran masa. Mungkin idea bercuti di hari raya ini kedengaran agak pelik tapi ianya tetap membawa maksud yang sama iaitu bercuti bersama keluarga.
Aku adalah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang pantang dengar nama percutian. Dengar bercuti itu seronok, tapi halangan untuk bercuti sentiasa ada seperti bajet yang tidak cukup, tarikh yang sesuai untuk satu keluarga bercuti, destinasi percutian pilihan dan tempat penginapan.
Sebenarnya, tiap kali nak bercuti, perkara yang paling susah adalah memilih tarikh yang sesuai. Bayangkan nak kumpulkan satu keluarga, memang payah. Tambah lagi buat mereka yang memiliki skop kerja yang tidak menentu dan semuanya perlu dibuat pada saat akhir.
Dengar nama percutian dah seronok, apatah lagi kalau dengar percutian percuma!! Weii siapa tak nak percutian percuma. Kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Hihi.
Seronoknya kalau dapat percutian percuma!! Kenangan sepanjang hayat weii! Kalau dapat lah. Hihi.
Korang nak tak penginapan percuma siap dengan destinasi pilihan? Jadi korang tak perlu susah payah nak fikir destinasi dan penginapan korang. Tinggal nak pilih tarikh dan sediakan duit belanja saja. Hehe.
Traveloka Fly & Win CNY Contest | Percutian dan Penginapan PERCUMA ke Seoul, Phuket, dan Langkawi
Traveloka adalah salah satu aplikasi dan laman web yang tidak perlu diperkenalkan lagi jika berkaitan dengan percutian. Sesungguhnya Traveloka kini semakin popular dan menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dijadikan platform bagi menempah percutian bukan setakat tiket penerbangan, malah hotel penginapan.
Semuanya ada di Traveloka!
Jika diimbas kembali, Traveloka sentiasa melancarkan kempen promosi tiket penerbangan yang merangkumi banyak destinasi pilihan dan semestinya harga murah sentiasa ditawarkan.
Tapi untuk kali ni, sempena Tahun Baru Cina, Traveloka mengadakan satu pertandingan game contest. Lain daripada lain tau. Korang boleh join game contest ini dan rebut peluang untuk menang percutian dan penginapan percuma ke Seoul, Phuket dan Langkawi.
Hadiah Pertama: Percutian ke Seoul, Korea selama 6 Hari 5 Malam
Aku sangat teruja kalau dengar perkataan Korea. Maklumlah, suka sangat tonton drama Korea. Inilah padahnya. Hihi. Tambah lagi drama Korea biasanya akan memaparkan tempat di negara mereka yang cantik dan membuatkan kita akan lebih teruja untuk melawat Korea.
Tambah lagi dengan kewujudan beberapa program di stesen televisyen tempatan yang menyiarkan keindahan negara Korea. Rasa nak beli tiket dan terus terbang ke Korea sekarang jugak! 😉
Negara empat musim ini pasti menjanjikan keindahan semulajadi bersama budaya mereka yang masih diamalkan dan pasti menjadi salah satu tarikan pelancong ke Korea.
Korea semestinya menjadi destinasi pilihan aku, sentiasa 💓
![]() |
||||
The Garden of Morning Calm
|
Hadiah Kedua: Percutian ke Phuket, Thailand selama 5 Hari 4 Malam
Phuket adalah salah satu destinasi percutian popular di Asia Tenggara. Phuket berada di selatan Thailand menghadap Teluk Andaman, begitu juga dengan Krabi.
Phuket yang turut dikenali sebagai pulau syurga ini terkenal dengan pembentukan batu kapur yang terletak di Teluk Phang Nga. Alam semulajadi yang menyajikan pemandangan yang sangat indah dan dikelilingi tumbuh-tumbuhan yang subur yang menambahkan kehijauan alam.
Aku tidak pernah ke Phuket. Terpikat bila tengok gambar. Dekat tapi jauh. Hihi.
![]() |
Credit photo: travelandleisure.com |
Hadiah Ketiga: Percutian ke Langkawi, Malaysia selama 4 Hari 3 Malam
Kali terakhir aku ke Langkawi sekitar lima tahun lepas ketika majlis perkahwinan bekas rakan sekerja. Pasti sudah banyak perubahan yang ada di Langkawi sekarang. Mungkin tahun ini ada peluang aku ke Langkawi. Chewahh. Berangan saja. Hihi.
Tempat paling aku nak pergi di Langkawi adalah Langkawi Sky Bridge. Aku suka pergi tempat tinggi begitu walaupun aku gayat. Cabar diri dan beranikan diri.
![]() |
Credit photo: http://alterra.cc |
Semua tempat menarik kan? Best kan kalau dapat melancong ke destinasi
yang dipilih. Tambah lagi apabila semuanya ditaja. Hihi.
Mana tahu ada rezeki percutian ditaja. Jom korang sertai game contest Traveloka ini. Senang je tau.
Cara sertai Traveloka Fly & Win CNY Contest
- Mesti ada akaun Facebook dan akaun Facebook korang mesti set to public.
- Jadi follower Traveloka Malaysia Facebook Fan Page.
- Lawati laman web rasmi game Traveloka CNY 2018 contest
- Log in dengan menggunakan akaun Facebook korang.
- Main game yang disediakan. Sebelum main game, korang boleh baca arahan serta terma dan syarat yang ada.
- Bila dah ada markah, korang boleh kongsikan markah korang di Facebook dengan klik “Share”. Oleh itu, profile Facebook korang mesti set to public.
- Submit Score. Lengkapkan butiran penyertaan korang dan klik “Register”.
- Thank You! You score has been submitted (as below).
![]() |
||
Markah tertinggi yang dapat semalam 😀 |
![]() |
Score has been submitted! |
Korang boleh berkongsi maksimum 5 kali dalam masa sehari. Jadi, sila main dan main lagi. Rasa macam markah tinggi, sila rajin untuk klik Share dan Submit Score okay 👍
Senang je kan cara-caranya? Cara memang senang tapi jangan pandang rendah pada game ini ye. Nampak game macam senang, hanya klik dan klik lagi. Pastikan tidak berlanggar dengan bangunan dan segala apa yang ada serta kumpul duit Traveloka, tapi haa jangan pandang game ini sebelah mata.
Pasti cepat je terjunam. Haha. Jenuh lah jugak nak main nanye. Usaha tangga kejayaan!! 😉
Satu lagi aku nak pesan. Sesungguhnya, main game Traveloka ini akan menyebabkan korang jadi geram dan berterusan main sehingga dapat markah tinggi. Tak kisah tahap tinggi markah korang tu berapa.
Layankan je. Yang penting cuba untuk menang. Hehe.
Berseronok sambil bermain game ini dan korang berpeluang untuk memenangi hadiah tiket penerbangan dan penginapan percuma ke Seoul, Phuket dan Langkawi. Selain itu, mana tahu kalau ada rezeki lebih, korang berpeluang untuk merebut salah satu daripada dua RM1,000 Traveloka Voucher.
Pertandingan ini berlangsung dari 22 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018. Ada sebulan lebih untuk korang menyertainya. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!
Korang boleh juga dapatkan tiket penerbangan dan tempat penginapan ke pelbagai destinasi pilihan hanya bersama Traveloka. Tempahan boleh dibuat dengan menggunakan laman web rasmi Traveloka atau aplikasi Traveloka yang boleh dimuat turun di telefon pintar anda.
Have a nice day and good luck <3