Hello semua!
Korang semua ke mana masa cuti hujung minggu lepas? Jalan-jalan kah? 🙂
Agaknya mungkin korang dah puas bercuti di kawasan yang aman dan mendamaikan, apa kata hari ni aku nak ajak korang bercuti di bandar pula. Bandar yang jarang dilawati oleh pelancong tetapi mempunyai daya tarikan yang tidak kurang hebatnya.
Apakah bandar tersebut? Hihi. Bandar Petaling Jaya. Bandar di mana tempat aku bekerja. Seronok juga kalau bercuti di bandar sekali sekala. Walau tidak dinafikan tempat peranginan di luar bandar lagi menarik. Berubah angin seketika, apa salahnya kan? 😂
Kalau nak bercuti di bandar PJ, semestinya hotel penginapan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. Semestinya semua orang mahukan hotel penginapan yang selesa dan mempunyai kemudahan yang baik.
Kali ni, aku nak berkongsi sebuah hotel yang aku berminat untuk menginap di Petaling Jaya. Hotel yang dimaksudkan adalah hotel Best Western Petaling Jaya. Rangkaian hotel ini dimiliki oleh Best Western Hotel & Resort yang memiliki ratusan hotel di seluruh dunia. No wonder, servise dorang mesti tip top.
![]() |
Credit photo here |
Dari luar dah nampak menarik kan hotelnya? Hotel ini terletak di pusat bandar Petaling Jaya iaitu di Seksyen 13 yang sememangnya sentiasa hidup walau di malam hari.
Hotel ini bagi aku sangat strategik sebab:
- 10 minit memandu ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur
- 50 minit memandu dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
- 30 minit memandu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (Skypark)
- 20 minit memandu ke Sunway Lagoon dan Sunway Piramid
- Hanya beberapa langkah dari Jaya 33 Shopping Mall.
Banyak tempat makanan menarik di Jaya 33 Shopping Mall dan sekitar Petaling Jaya. Jadi, korang tak perlu risau akan kelaparan dan kebosanan di sini.
Hotel ini sebenarnya merupakan sebahagian dari Centre Stage Complex yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk bisnes, percutian, dan gaya hidup dalam satu tempat. Kalau korang bosan, boleh turun jalan-jalan di kompleks ini.
Kalau korang nak ke tempat lain luar dari Petaling Jaya, ianya sangat mudah sebab ada banyak akses kepada kemudahan awam seperti LRT, teksi, dan bas. Kalau nak lagi senang, naik je Uber atau Grab Car. Memang senang sebab kawasan PJ boleh dikatakan hot spot. Senanglah kira nak dapat Uber atau Grab Car, tak perlu tunggu lama.
Kemudahan di Best Western Petaling Jaya:
Free Wifi
Travel dan internet tak dapat dipisahkan. Walaupun berada dalam mood percutian, kita masih tidak boleh berenggang dengan phone. Dah ada free wifi, bolehlah kiranya korang surf internet sambil mencari lokasi menarik untuk dikunjungi. Plus, nak upload gambar di laman sosial juga mudah. Nak tengok drama Korea yang tidak boleh ditinggalkan itu juga mudah. Hihi.
![]() |
Credit photo here |
Kolam Renang
Kalau bercuti dengan anak-anak, kolam renang adalah kemudahan wajib ada. Setuju? Hihi. Ada dua jenis kolam renang disediakan iaitu satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Kolam renang untuk dewasa tidaklah dalam sangat, bolehlah kira lepaskan hajat nak berenang. Paling best, korang boleh mandi kolam selama mana yang korang nak dan sambil tu, boleh luangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan.
![]() |
Credit photo here |
The Staff
Friendly and professional staff. Korang boleh tanya mereka apa saja daripada teksi sampailah nak aturkan any event. Mereka akan membantu dengan hati terbuka. Aku suka kalau customer service bagus camni. Baru rasa dihargai dan dihormati.
Banyak review menarik dan positif mengenai hotel ini yang membuatkan aku berkenan untuk menginap di sini. Boleh cuba one day. Aku dan suami pernah menginap di salah satu hotel di Kuala Lumpur dan Cyberjaya. Boleh ulang lakukan perkara sama dengan menginap di hotel Best Western Petaling Jaya pula.
Bagi korang yang teringin untuk menginap di sini, korang boleh terjah room rate best western hotel on Traveloka. Mudah kan?
![]() |
Credit photo here |
Jadi tunggu apa lagi. Jom sama-sama bercuti di Best Western Petaling Jaya! 😀