Menjawab salah satu soalan dalam Would You Rather Book Tag membawa aku kepada penghasilan entri ini 🙂
Soalan nombor 7 yang aku maksudkan. Kalau korang nak tahu soalan apa, boleh klik link yang diberi di atas ye. Saja nak suruh korang klik link. Boleh juga menambahkan total pageviews yang segan je hidupnya 🙈😅
Sebagai seorang pencinta buku dan mempunyai lambakan buku yang belum dibaca, untuk aku membaca kembali buku kegemaran adalah mustahil. Diulang sekali lagi, mustahil. HAHA.
Ini kerana aku lebih berkeinginan untuk membaca buku baru daripada baca kembali buku yang telah dibaca. Tak nak buang masa baca benda yang sama nanye.
Tapi jauh di sudut hati, ada beberapa buku yang aku rindu nak baca lagi, jika ada kelapangan. Buku yang masih melekat di akal fikiran dan hati.
Setiap orang mesti ada buku kegemaran kan?
Jadi, dalam entri ini, aku akan berkongsi 10 buku kegemaran yang aku rindu nak baca semula 😊
1) UNGU KARMILA – RAMLEE AWANG MURSHID
Published 2008
Ini adalah buku pertama yang berjaya membuatkan aku jatuh cinta terus tersungkur rebah jatuh tergolek-golek dalam karya penulisan Ramlee Awang Murshid. Al kisahnya, buku ini ada di rak buku rumah Atuk. Aku yang tengah bosan ketika itu hanya ambil satu buku secara random untuk dibaca.
Terus stuck jadinya dengan buku ni. Selepas buku ni, aku berminat untuk baca semua karya Ramlee Awang Murshid. Dan kini, buku beliau merupakan salah satu koleksi kegemaran dan kesayangan aku 😍
Aku berkongsi minat membaca buku RAM dengan kakak aku, Along. Dia pinjam buku aku je, dah tahu confirm aku akan beli buku RAM. Tak nak membazir katanya. Hihi.
2) P.S. I LOVE YOU – CECELIA AHERN
Definitely one of my favourites among the books. A novel about holding on, letting go, and learning to love again. Gerry (Holly’s husband) wrote a series of notes to his wife before he died. Menangis wei baca novel ni. Sedih dan sangat terkesan di hati 😭
Luckily, aku baca buku dahulu sebelum tengok filem. Ternyata aku lebih sukakan versi buku daripada filem, as usual. Tapi tengok filem pun rasanya aku menangis juga. Eh yeke? Haha. Lupa!
Serius aku adore dengan cara Gerry tinggalkan notes untuk isteri dia. Susah dan sedihnya bila pasangan hidup sudah tiada di sisi. Notes yang Gerry tinggalkan adalah untuk memberi masa dan tips untuk Holly agar boleh mulakan hidup tanpa dia di sisi T_T
3) HELLO IT’S ME – ANNA LEE
Published 2016
Anna Lee is one of my favourite local author. Buku ni sangat best. Tak tipu. Sungguh! Best! Baca lah eh? 😉 Sebenarnya aku crush dengan watak Duta dalam buku ni. Haha. Kalau korang baca buku ni, confirm korang akan crush juga dengan Duta. Bolehlah, aku izinkan kita berkongsi Duta. Okay. Hehe.
Selain itu, korang akan bergelak tawa dengan perangai dan monolog Tiya. Comel tau dia <3
Sekarang, Hanis, jiran aku di pejabat sedang baca buku ni. Tetiba je, Hanis akan gelak sorang-sorang. Bila Hanis berkongsi dialog apa yang buat dia ketawa, aku pun gelak sekali. Hihi.
Boleh baca review penuh Hello It’s Me >>> DI SINI. Serius, buku ni best. Nak lagi tu ulang suara 😅 Kalau buku ini diadaptasi jadi drama/filem, aku lah orang yang paling semangat nak tengok.
Kalau korang baca juga, boleh kita pergi melawat pawagam bersama. Cehh ~ Gaya macam yakin novel ini akan diadaptasi kan? 😀
4) TWILIGHT – STEPHENIE MEYER
Ohh Edward Cullen 😍 Aku baca buku ni sebab pengaruh kawan. Haha. Ada seorang kawan aku ketika di USM, nama Azma, yang sangat suka baca buku English. Memang susah sangat (ke tak pernah?) nampak dia baca buku Malay.
Dia yang memperkenalkan aku dengan Twilight Saga. Aku terus beli Twilight (masa tu masih belajar, faham-faham jela duit datang dari mana :p) dan baca lalu terus jatuh cinta dengan Edward Cullen. Bila dah tengok filem, berganda jatuh cinta dengan Edward Cullen. Hihi.
Dah nama pun jatuh cinta kan, makanya aku beli kesemua buku dalam siri Twilight Saga. Ratusan habis duit wei! Dah lah masa tu masih belajar. Gila dengan Twilight punya pasal. Adoi.
Tapi serius ahhh, buku ni best! Aku tidak gemar sangat dengan buku fantasi dan Twilight membuka minda aku untuk baca kisah fantasi.
5) CONFESSIONS OF A SHOPAHOLIC – SOPHIE KINSELLA
Siri Shopaholic ini juga diperkenalkan oleh orang yang sama, Azma. Hii. Ini adalah buku pertama yang aku baca daripada Sophie Kinsella. Aku suka dengan watak Becky Bloomwood. Bagaimana dia seorang yang sangat suka shopping, nak insaf tapi tak jadi, dan masih kekal shopping.
Macam kenal je orang macam Becky. HAHA.
Aku seronok baca gaya penulisan Sophie Kinsella yang santai dan lawak. Dan disebabkan itu, aku mula menyukai Sophie Kinsella dan baca semua novel beliau. Kalau tahu dia ada keluarkan novel baru, aku akan terus ke kedai buku untuk beli. Tak sabar nak baca!
One of my favourite author! 😍
6) A WALK TO REMEMBER – NICHOLAS SPARK
This was my first book by Nicholas Spark and let me tell you, it was perfect. Absolutely love this book. Jalan cerita buku ini agak slow pada mulanya but once you gets to the story, you won’t put it down.Spark terkenal dengan penulisan beliau yang romantik dan penuh rasa cinta. Baca buku ni dan pastinya kau akan merasa betapa indahnya bila kita jatuh cinta tapi kau juga pasti menangis di akhir buku. Trust me 😭It’s a beautiful book. Landon is one of my favourite characters / crush all time and Jamie, I love you too 💓
Bila tengok filem adaptasi buku ni, bertambahlah crush kat Landon.
A Walk to Remember (book and film) has always and will always be awesome!
Okay, sekarang, aku rasa macam nak tengok filem ni pulak 😍😭
7) WHERE RAINBOWS END – CECELIA AHERN
Buku ini diadaptasi kepada filem berjudul Love, Rosie. This was such a cute book. I loved reading the conversations in the form of letters, emails, chat rooms, and instant messages between Alex and Rosie. Kelakar dan semua benda nak cerita. Comel.
Alex yang selalu dengan mimpi-mimpi pelik dan ini juga membuatkan aku langsung teringat akan encik suami. Dia pun selalu mimpi pelik juga. Mimpi jadi Power Rangers paling tak boleh bla. Haha.
I had so much fun reading this book and both Alex and Rosie are my favourite characters all time too! Bila tengok filem Love, Rosie, ahhh lagi crush kat Alex. Hihi.
The ending. Okay. It took so long for both of you to be together but I still loved it. Kalau ada jodoh tak ke mana 😘
8) 13 JAM A380 – EVELYN ROSE
First of all, jalan cerita buku ni cliche. Buku ini boleh membuatkan gadis berangan bertemu pasangan dalam penerbangan. Haha. Fantasi berlaku dalam buku saja ye, jangan terbawa ke dunia realiti please.
Walaupun cliche, aku suka buku ni. Gaya penulisan Evelyn yang menyebabkan aku tidak putus membaca buku ni. Sweet, manis, romantik gitu. Terbuai-buai bak kata orang 😀 Buku pertama beliau bertajuk The Wedding Breaker pun best jugak. Sebab jatuh cinta dengan buku itulah, aku beli pula buku 13 Jam A380.
9) ME BEFORE YOU – JOJO MOYES
Louisa comel dan sangat bersemangat do anything untuk Will. Walaupun di akhir cerita, Will pilih untuk Dignitas. Aku tak setuju bab bunuh diri je. Bab lain semuanya best.
Filem adaptasi buku ni pun best. Will dilakonkan oleh Sam Claflin (Alex dalam Where Rainbows End) dan itu yang membuatkan aku semangat nak tengok filem juga. Hihi.
Boleh baca review filem Me Before You >>> DI SINI.
10) KAU UNTUKKU – AISYA SOFEA
“Rahsia di hati, tak siapa yang tahu, tapi kalau naluri sudah merasakannya, rahsia itu terserlah juga, kan?”
Ini adalah quote dalam novel ini yang aku masih ingat hingga sekarang. Aku suka sangat dengan quote ni. Tapi serius, aku dah lupa jalan cerita novel ni. Yang aku ingat biasalah jalan cerita novel cinta, Encik Fuad, bos lelaki anak orang kaya bercinta dengan pekerja, Nurul, anak orang biasa-biasa je.
Jalan cerita cliche tapi aku suka akan gaya penulisan Aisya Sofea. Aku tak ingat details jalan cerita buku ni cuma yang pastinya aku suka buku ini.
Sebenarnya, kalau nak suruh aku senaraikan buku yang dirindui, semestinya lebih daripada 10. Cuma untuk post ini aku nyatakan 10 saja. Mana tahu ada kesinambungan untuk post ini dalam part dua pula. Manalah tahu kan? Hihi.
Korang ada tak buku yang rindu nak baca lagi? Korang baca atau biarkan kerinduan itu berlalu pergi begitu saja (macam aku :p)?
Thank you for reading ^_^