Review buku terakhir aku buat adalah pada bulan April 2018. Rindu rasanya untuk buat review buku lagi. Banyak buku pending untuk review cuma serius aku blogging slump sekarang. Hari ni aku cuti dan aku cuba untuk siapkan satu review buku.
Cuba sedaya upaya agar blog ini tidak bersawang terlalu lama. Review buku adalah entri paling senang nak buat di saat aku ketandusan idea. Senang ke? Bolehlah. Hihi.
Lagipun, aku sudah ambil flat lays untuk review buku sekian lama. Tidak mahu biarkan flat lays itu terbiar sepi seperti flat lays Month Wrap Up yang aku dah ambil dari bulan Feb 2018 hingga April 2018 tapi entri Month Wrap Up masih tidak siap sehingga sekarang. Blame my laziness 😔
Berbalik cerita mengenai novel ini, aku pre-order novel ini di RAMFC Store dan dapat novel ni bersama tandatangan penulis sebulan selepas itu. Hampir lupa yang aku ada order buku. Hihi.
Novel RAM sangat dinanti jadi perasaan tak sabar itu datang secara semulajadi. Itu yang bersungguh buat pre-order di RAMFC Store. Sedangkan boleh je beli di PBAKL 2018. 😀
Title: Banja Manggala
Author: Ramlee Awang Murshid
Pages: 480
Publisher: Buku Prima
Publication Date: April 2018
SYNOPSIS
Banja Manggala
Fiksyen yang ada dalam novel ini adalah mengenai Banja Manggala. Dikatakan bahawa wilayah Balkan ini memiliki beberapa keajaiban yang dimitoskan kepada mereka yang mempercayainya. Bukan sebuah sakti tapi sebuah dongeng yang belum disahihkan.
Dongeng mengenai sebuah relung yang dikhabarkan berhijab antara dunia manusia dan sekumpulan haiwan pembunuh, iaitu serigala. Kumpulan ini digelar Banja Manggala (manusia serigala). Kebanyakannya dikatakan berasal dari Banja Luka. Bangsa yang terlukai.
Penghuni Banja Manggala adalah berasal dari manusia yang terkena sumpahan atau mengamalkan anutan songsang. Banja Manggala dipimpin oleh sang gembala. Seorang raja yang dipanggil Armel. Seorang Armel pula sangat berkuasa dalam ilmu penjinakan.
Siapakah Armel? Adakah benar Banja Manggala dipimpin oleh Armel? Adakah benar Banja Manggala terdiri daripada manusia yang terkena sumpahan atau mengamalkan anutan songsang? Siapakah pula Banja Manggala?
Sila baca novel ini dengan khusyuk dan hadam setiap watak yang ada kerana seperti biasa, tekaan kita sebagai pembaca tidak akan sama dengan cerita sebenar yang dibawa oleh RAM. Sesungguhnya, RAM pandai mengolah cerita.
![]() |
Baca cover belakang untuk sinopsis penuh atau klik sini |
REVIEW
Seperti biasa, RAM masih mengekalkan cerita membanteras sihir dan manusia yang bersandarkan pada ajaran syaitan laknatullah. Aku suka karya RAM kerana konsep cerita yang dibawa.
Plot cerita dan konflik yang ada dalam novel ini disampaikan dengan begitu kemas. Dengan itu, pembaca boleh faham keseluruhan jalan cerita dengan baik.
Permulaan novel ini agak perlahan. Banyak berkisar mengenai kisah Amar dan Rania (adik angkat Amar) yang hendak disatukan tetapi mendapat tentangan daripada Rania. Sedangkan Amar sudah mencintai Rania dan hanya mengikut apa yang tertulis buat dirinya.
“Tiada Bosnia di sini. Yang ada cumalah keluarga kita saja. Keluarga Malaysia kita”.
Amar dibesarkan dalam keluarga Dato’ Husam setelah diselamatkan daripada perang Bosnia. Selepas 23 tahun, dia sering didatangi mimpi mengenai seekor serigala. Kadang kala dia bermimpi ke satu tempat yang dia sendiri tidak tahu di mana.
Oleh kerana Amar sering didatangi mimpi begini, Amar memilih untuk ke wilayah Balkan untuk mencari jawapan kepada mimpi-mimpi tersebut. Cerita menjadi semakin menarik dan pace reading meningkat selepas pemergian Amar ke Bosnia. Tak sabar nak tahu kisah di sebalik mimpi serigala, Armel, dan Banja Manggala.
Selain daripada kisah Amar dan serigala, terdapat juga kisah lain dalam novel ini seperti kisah Lamija dan polis veteran Hasanovic. Nak tahu kisah mereka? Boleh baca novel ini ye. Hihi.
Dalam setiap novel, bab ending adalah perkara yang turut penting sama dengan plot cerita. Sebab dengan membaca ending, pembaca akan memilih sama ada karya ini best atau tidak. Dan aku suka akan ending novel ni. Comel 😍 Dah kenapa pula comel ek? Hihi.
Novel ini turut membawa kita mengimbas kembali kisah duka sewaktu perang Bosnia. Sebenarnya, aku baru tahu yang Bosnia Herzegovina pernah bergolak akibat peperangan suatu ketika dahulu pada tahun 1992 hingga 1995. Sesunguhnya, perang hanya membawa kesan buruk dan kehilangan nyawa. Sedih bila Dato’ Husam mengimbau kembali kisah peperangan di Bosnia. Jujur aku takut akan peperangan. Semoga Malaysia terhindar daripada segala malapetaka seperti itu. Ameen.
Secara tidak langsung, aku mengetahui juga sedikit sebanyak mengenai wilayah Balkan daripada novel ini. Kisah peperangan mereka, tempat menarik di sana sehingga bagaikan tidak puas membaca novel saja. Ingin sekali menjejakkan kaki ke wilayah Balkan untuk melihat sendiri keindahan alam dan kesan peperangan.
![]() |
Travnik. Credit photo here |
Travnik, sebuah bandar kecik yang damai. Sebuah penempatan majoriti Islam. Sungguhpun demikian, sistem pemerintahan tetap mengamalkan kebebasan beragama. Konflik Perang Bosnia pada 1 Mac 1992 dan berakhir 14 Disember 1995 telah mengajar seluruh warganegara betapa pentingnya mengamalkan cara hidup secara harmoni. Konflik perang ini telah mengorbankan ramai nyawa umat Islam. Sehingga kedapatan banyak coretan tulisan tangan tertera di sesetengah tempat – “don’t forget 1993“.
![]() |
Sungai Vrbas. Credit photo here |
Travnik, antara dua kota yang terletak di antara Banja Luka dan Sarajevo. Sebuah bandar lagi adalah Jayce. Tempat ini dikelilingi kawasan pergunungan dan dibelahi Sungai Vrbas. Aliran sungai ini sangat menakjubkan berwarna kehijauan dan bening-hening, Sungai Vrbas bertemu dengan Sungai Pliva. Pliva lebih tinggi berbanding Vrbas. Justeru air Sungai Pliva tumpah ke Sungai Vrbas sekali gus membentuk air terjun yang sangat indah.
![]() |
Sungai Pliva. Credit photo here |
Quotes daripada novel ini:
Insya-Allah. Kita selesaikan dulu urusan dengan Allah. Nanti Allah akan selesaikan urusan kita.
Aku hanya takut pada Allah. Lambat atau cepat kematian pasti akan menjengah. Lalu ku fikir takut atau berani langsung tak ada bezanya. Takut pun kita akan mati. Berani..insyaAllah akan hidup tanpa kematian berundur walau setapak pun ke belakang.
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: ★★★★
Sebuah lagi karya RAM yang tidak mengecewakan. Konflik dan plot cerita tersusun kemas. Baca novel ini dan kau bagaikan mengembara ke dalam satu alam fantasi. Serius aku terbayang kejadian serigala bersama Amar in real life. Kalau lah aku nampak kejadian seperti itu, terkejut sakan gamaknya.
Novel seterusnya daripada RAM adalah Anding Ayangan Ⅱ. Baru perasan yang aku tak buat lagi review novel Anding Ayangan. Hihi.
Cinta bukan sekadar mimpi. Cinta adalah perjuangan.
p/s: saiz gambar dah tukar kepada X-Large berbanding dulu aku guna Original Size. Okay tak?