Assalamualaikum dan hello semua ~ Bertemu lagi kita dalam entri reading wrap up untuk bulan Oktober 2019 π Draft untuk entri ini telah aku buat sejak awal bulan lagi, cuma tak sempat nak siapkan untuk publish. Sibuk bila dah mula bekerja. Ada masa untuk update tapi malas pulak. Hihi.
Sebenarnya aku tertanya-tanya kenapa aku tak buat Month Wrap Up dan sekalikan semua cerita untuk satu bulan seperti yang aku buat dulu? Aku pun tak pasti jawapannya, sebab tu lah tertanya-tanya kan? Haha. Mungkin sebab aku sekarang bergelar bookstagram π€ͺ , jadi aku lebih cenderung untuk bercerita mengenai reading specifically. Haha. Mungkinlah. Hii

Aku rasa pembacaan dalam bulan Oktober 2019 merupakan pencapaian terbaik aku setakat ini. Kerana… aku telah membaca 14 buku!! 14 buku oiii! Tak sangka juga aku baca sampai 14 buku in a month. Aku takde buat benda lain ke? π
Sebenarnya, ini semua adalah hasil daripada dua minggu aku berada di Tianjin, China di mana aku takde apa nak buat di malam hari, dan dua minggu selebihnya dalam bulan Oktober, aku cuti block leave jadinya hari-hari aku baca buku. Aktiviti membaca meningkat serta-merta dalam masa sebulan.
Hari ni dah 20 November dan aku baru sudah membaca tiga buku saja. Bila dah start kerja, masa untuk membaca tak banyak. Cuma apa pun, aku akan luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk membaca. #readingtips
Berikut adalah senarai 14 buku yang aku baca dalam bulan Oktober 2019:
Buku Fizikal:
- Syurga Buatku Pendosa – Hadi Fayyadh (4/5)
- Jagakan Aku – Syu Ariani (4.7/5)
- When Breath Becomes Air – Paul Kalanithi (4/5)
- Syafakallah – The Vespa Rider (3/5)
- Lautan Langit – Kurniawan Gunadi (5/5)
- Khayalan – Hasif Rayyan (4/5)
- Ajariku Bercinta – Ustazah Cinta (3.8/5)
Ebooks:
- About Life – Tere Liye (4/5)
- The Arrangement – Robyrn Harding (3.7/5)
- November 9 – Colleen Hoover (5/5)
- The Best We Could Do – Thi Bui (5/5)
- Possession – Jessica Hawkins (2/5)
- Domination – Jessica Hawkins (2/5)
- Provocation – Jessica Hawkins (2/5)
Kebetulan pula sama jumlah untuk buku fizikal dan ebooks π Yang jadi banyak aku baca ebook sebab buku daripada Jessica Hawkins adalah dalam satu siri. Habiskan baca terus satu siri walaupun jalan ceritanya biasa je, aku tetap nak tahu apa jadi di akhir cerita dan pengakhirannya, hmm biasa jugak. Not recommend at all π

Aku bawa 8 buku ke Tianjin, China! Banyak kan? Rasa puas hati bawa banyak buku walaupun aku tahu aku tak baca habis punya. Tak boleh bla, bila aku bawa juga Kindle π¬ Tak nak rasa bersalah sebab bawa Kindle dan tak guna langsung di Tianjin, maka aku baca satu ebook, November 9 by Colleen Hoover on the way balik ke Malaysia. Baca November 9 in two days! Best sangat November 9!! π
Daripada 8 buku yang dibawa, aku berjaya habiskan pembacaan untuk 3 buku saja iaitu When Breath Becomes Air, Lautan Langit dan Syafakallah.
Buku paling aku suka dalam bulan Oktober adalah November 9 dan Lautan Langit. Best sangat! November 9 by CoHo bertemakan romance, manakala Lautan Langit bertemakan self-help/non-fiction.
Di sini, seperti bulan lepas, aku berkongsi beberapa review untuk buku yang dah dibaca okay π

Buku kedua daripada Hadi Fayyadh yang aku baca. Buku pertama bertajuk Mengintai Aku di Neraka. Terus terang, buku Hadi Fayyadh sangat bagus kerana tema buku beliau. Sungguh benar apa orang kata bahawa kalau baca buku Hadi Fayyadh, mesti akan menghadirkan keinsafan dalam diri.
Syurga Buatku Pendosa is a really good book dalam memberi peringatan mengenai kita sebagai hamba Allah yang sering melakukan dosa. Bagaimana Allah itu Maha Pengampun dan menerima taubat hambaNya.
Cuma yang buat aku rasa semak adalah banyak kesalahan ejaan dalam buku ni. Serius banyak sangat sampai aku jadi muak nak betulkan setiap satu. Automatik betulkan dalam hati ketika baca. Hmm, harap editor buku Hadi Fayyadh mengambil peluang ini untuk membetulkan semua kesalahan sebelum cetakan seterusnya.
Aku ada tulis review penuh untuk buku ini dalam ENTRI INI. Boleh klik link tersebut jika berminat ye.

Syu Ariani adalah penulis kegemaran aku. Bila Syu Ariani keluarkan novel baru, Jagakan Aku, semangatlah aku order terus daripada penulis. Sampai saja di tangan, terus baca. Hihi.
Novel ini bertemakan aksi dan thriller. Ada sedikit romance. Dan seperti biasa, novel Syu Ariani tak pernah menghampakan aku. Sangat suka dengan gaya olahan, jalan cerita, dan semua watak dalam novel Syu. Dalam novel Jagakan Aku, dari awal hingga ke akhir, hanya ada satu persoalan yang bermain di fikiran iaitu, βsiapakah Devil Angel?β.
Kalau korang minat dengan novel Melayu bertema aksi dan thriller, aku rekomen novel Jagakan Aku ππ»
Review Jagakan Aku by Syu Ariani

Aku baru mengenali nama pena Ustazah Cinta menerusi buku ini. Terima kasih @nadicintaresources kerana memberi buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku.
Terus terang aku katakan, jika tidak di-approach oleh Nadi Cinta Resources, buku ini tiada dalam senarai pembelian. Jadi, aku sangat berbesar hati untuk menerima buku-buku penerbitan di Malaysia untuk aku baca dan memberi review jujur dari hati. Aku suka mempelbagaikan bacaan daripada penulis di Malaysia. Ramai penulis di Malaysia dan sesungguhnya tak terkejar juga nak baca semua.
Seiring dengan tajuk, mesej tersirat daripada buku ini ialah mendidik remaja agar bercinta dengan cara islamik dan diredhai. Dua orang yang kehidupannya jauh berbeza namun mempunyai hati, cinta dan destinasi yang sama, dengan izin Allah, bersatulah mereka dalam erti kata hubungan yang halal. Maka, hadirlah Ajariku Bercinta.
Aku rekomen buku ini untuk semua golongan khususnya remaja. Ini kerana watak-watak dalam buku ini adalah dua orang yang masih di bangku persekolahan. Jadi lebih dekat dengan remaja.
FYI, buku ini tiada dijual di kedai buku buat masa sekarang. Jika berminat, korang boleh mendapatkan buku ini secara terus daripada @nadicintaresources π
Review Ajariku Bercinta by Ustazah Cinta

Nama Kurniawan Gunadi tidak asing lagi untuk peminat buku di Indonesia. Lebih daripada setahun rasanya buku ini berada di rak buku tanpa disentuh. Akhirnya, aku baca juga ketika di Tianjin, China. Bawa buku nipis-nipis je ke China nanye π
Lautan Langit adalah kumpulan cerita pendek yang ditulis dari tahun 2013 hingga tahun 2015. Buku ini sangat indah. Tulisan kumpulan cerita pendek yang benar-benar mewakili perasaan. Membuat aku berfikir dengan sudut pandangan berbeza dari kaca mata, fikiran dan membuat kita tahu bagaimana sebenarnya perasaan seorang lelaki, wanita, ayah dan ibu.
Please read this book. I really recommend this book to all ~ π

Non-fiction book yang sentiasa bermain di bibir peminat buku kerana ketulusan buku ini. Aku berminat untuk baca buku ni selepas membaca banyak review positif mengenainya. Dan ini juga adalah salah satu buku yang aku habiskan pembacaan di Tianjin China.
Kisah sebenar neurosurgeon yang menghidapi terminal lung cancer dan mengetahuinya ketika kerjayanya berada di puncak. Prologue saja sudah menyedihkan. Perasaan seorang lelaki bergelar suami dan neurosurgeon berjaya yang terpaksa mengubah segala rancangan while facing his own death.
Buku ini benar-benar mengajar untuk kita tetap utuh buat apa saja yang diingini walaupun kita sedang berhadapan dengan sakit terminal. Paul tidak pernah berputus asa. Dia masih gigih meneruskan pekerjaannya dan paling sedih bila dia dan isteri berusaha untuk mendapatkan anak di saat dia sakit begitu dan terpaksa meninggalkan anak kesayangan yang masih kecil. Aduhh, menitis airmata T_T

Pernahkah korang mempunyai teman khayalan yang hadir dalam pelbagai rupa dan hanya korang boleh melihatnya? Teman khayalan yang sentiasa menemani hidupmu di kala susah atau senang?
Buku ini mengajar kita untuk menguasai ketakutan dan seterusnya menerima kegagalan diri. Sangat sesuai untuk mereka yang mahu tetap mengejar impian meskipun berada dalam situasi yang tidak ke arah itu dan berani berdepan dengan segala fikiran negatif.
Bacaan pertama aku daripada penulis Hasif Rayyan. Aku boleh terima gaya penulisan Hasif dan pastinya akan membaca karya Hasif yang seterusnya.
Review Khayalan by Hasif Rayyan
Ini saja review buku yang aku nak letak di sini. Untuk buku daripada Jessica Hawkins, aku ada letak review pendek di Goodreads. Untuk buku-buku yang lain, aku akan update review di bookstagram acc cuma tak tahulah bila. Mungkin ada yang tahun depan baru nak letak review. Haha.
Thanks for reading! Have a great day! π