Assalamualaikum semua ~
Sememangnya aku adalah pengemar buku. Rasanya itu bukan rahsia lagi kan? Hihi. Sekarang sejak aku sudah mengenali E-Book, aku suka download E-Books sehingga tidak terkira banyaknya. Setelah dikira, aku ada almost 200 E-Books. Gila!! 😆
Selain itu, aku juga ada buku yang sudah dibeli tapi tidak dibaca lagi. Beli bukan main semangat, siap beli online weii! Tapi bila buku dah ada depan mata, masih tidak dibaca. Tersusun kemas saja di almari buku. Hmm.
Bila banyak sangat E-Books dan buku, jadi pening gak nanye nak baca yang mana satu dulu. Jadi, aku mengambil keputusan untuk memilih E-Books dan buku yang perlu diberi keutamaan untuk dibaca.
Jom tengok buku apa yang aku rancang untuk habiskan selama tiga bulan. Aku plan untuk tiga bulan sebab bulan depan adalah bulan Aidilfitri. Mungkin sibuk nanti. Mungkinlah. Hihi.
E-BOOKS
1) ONE OF US IS LYING – KAREN M. MCMANUS
Aku ternampak Claudy post buku ini di Instagram. Macam menarik bukunya. Dan aku terus buka aplikasi Goodreads untuk baca sinopsis buku ini. Aku terpikat untuk baca buku ini selepas baca sinopsis. Jalan cerita buku ni menarik! Kisah pembunuhan dan empat orang jadi suspek utama.
Aku sedang baca buku ini sekarang. Semangat nak tahu siapa yang menipu dan siapa pembunuh sebenar. Tak sabar nak habiskan baca.
Di sini, aku letak sekali sinopsis daripada Goodreads =)
Synopsis from Goodreads
One of Us is Lying is the story of what happens when five strangers walk into detention and only four walk out alive. Everyone is a suspect, and everyone has something to hide.
Pay close attention and you might solve this.
On Monday afternoon, five students at Bayview High walk into detention.
Bronwyn, the brain, is Yale-bound and never breaks a rule.
Addy, the beauty, is the picture-perfect homecoming princess.
Nate, the criminal, is already on probation for dealing.
Cooper, the athlete, is the all-star baseball pitcher.
And Simon, the outcast, is the creator of Bayview High’s notorious gossip app.
Only, Simon never makes it out of that classroom. Before the end of detention, Simon’s dead. And according to investigators, his death wasn’t an accident.
On Monday, he died. But on Tuesday, he’d planned to post juicy reveals about all four of his high-profile classmates, which makes all four of them suspects in his murder. Or are they perfect patsies for a killer who’s still on the loose?
Everyone has secrets, right? What really matters is how far you would go to protect them.
2) SAD GIRLS – LANG LEAV
Aku tertarik untuk baca buku ini selepas Nadiah beli buku ini secara online. Pada mulanya, aku hold dulu sebab buku ni masih tiada di kedai buku (rasanya, dah lama tak pergi kedai buku :D). Plan mungkin nak pinjam daripada Nadiah atau beli online jugak.
Sehingga, aku jumpa buku ini di laman web yang biasa aku download untuk E-Books. Terus aku download dan mestilah masuk terus dalam TBR list =)
Aku suka akan quote dalam sinopsis buku ini di Goodreads.
“Your first love isn’t the first person you give your heart to – it’s the first one who breaks it.” – True in my story.
3) FRAGILE LIVES: A HEART SURGEON’s STORIES OF LIFE AND DEATH ON THE OPERATING TABLE – STEPHEN WESTABY
Ini adalah E-Book yang aku jumpa dan terus nak baca sebab cerita mengenai kisah benar yang diceritakan oleh pakar bedah jantung. Aku minat sangat kalau bab doktor!
Masa kecik dulu, cita-cita aku nak jadi pakar bedah jantung. Haha. Tak tipu. Serius ni. Tapi apakan daya. Keputusan akademik tidak cemerlang mana, jadinya cancel jadi pakar bedah jantung 😂
Sekarang, aku yakin ada hikmahnya kenapa aku tak boleh capai cita-cita aku itu. Aku tak boleh tengok banyak darah dan ngeri tengok orang luka yang menakutkan in real life. Mama aku kena potong ibu jari kaki beberapa bulan lepas. Luka ibu jari itu pun aku tak tengok. Seram. Huhu.
Dan lagi satu, aku bukanlah orang yang mempunyai keupayaan untuk bagi keputusan dengan pantas. Jadi doktor, kalau kau tak pantas berfikir dan do action, habislah pesakit.
Jadi, yes, ada hikmahnya kenapa Allah tidak tunaikan impian aku yang satu itu. Sekarang aku selesa dengan kerjaya aku, in banking sector =)
Okay. Aku dah melalut sampai ke cita-cita masa kecik pulak. Haha.
Aku suka tengok cerita mengenai doktor. Drama kegemaran semestinya Grey’s Anatomy dan Romantic Doctor Teacher Kim. Dan sekarang, nak baca buku kisah doktor pula.
“The balance between life and death is so delicate, and the heart surgeon walks that rope between the two. In the operating room there is no time for doubt.”
PHYSICAL BOOKS
4) PERANG MELAWAN MITOS – MEDTWEETMY TEAM
Okay. Kalau bab melawan mitos, memang aku nak sangat baca. Bukan apa, sekarang, kita lebih disogokkan dengan cerita di laman sosial dan mesej berantai di Whatsapp. Kadang-kadang aku jadi pelik pun ada. Betul ke tak boleh? Biar betul? Macam tak logik je?
Sebab tu terus terang aku cakap, aku tak berapa suka akan mesej berantai di Whatsapp. Aku skrol je laju-laju. Biasanya. Huhu.
Aku suka akan buku ilmiah begini. Insyallah ada ilmu yang akan kita dapat dengan membaca buku sebegini.
Aku pernah baca buku Pena dan Picagari by Dr Khairul Hafidz dan aku sangat suka buku itu. Banyak kisah mitos yang aku yakin ia adalah mitos dan memang benar, ianya hanya mitos semata. Dan ramai orang yang lebih mempercayai mitos daripada kata-kata daripada orang profesional. Hmm.
5) HIDUP YANG AKU PILIH – MUHARIKAH
Muharikah atau nama sebenar beliau, Dr. Nur Aisyah Zainordin. Aku suka akan penulisan Muharikah dan tidak menunggu lama untuk beli buku ini secara online selepas buku ini dikeluarkan di Pesta Buku Antarabangsa 2017.
Buku pertama daripada Muharikah yang aku baca bertajuk Kanvas. Buku wajib ada yang comel dan penuh dengan catatan positif di dalamnya.
“Cukuplah diketahui bahawa setiap saat dalam hidup adalah pilihan kita sendiri, dan kita akan kelak ditanya tentang setiap satunya. Jadi, hidup yang bagaimana yang kita mahu pilih?”
6) ARKITEK JALANAN – TEME ABDULLAH
Sama seperti Muharikah, buku ini juga aku beli kerana suka akan penulisan Teme Abdullah selepas baca buku pertama beliau, Pelukis Jalanan.
7) ESC – BUDAK TOMATO
Sama juga kisahnya untuk buku ini. Hihi. Aku telah baca buku kedua daripada Budak Tomato bertajuk Wor(l)d. Selepas ada beberapa rakan blogger yang komen mengatakan buku ESC ini best juga, aku pun beli. Hii. Terima kasih korang berkongsi buku menarik =)
8) 365 – DR. ANWAR FAZAL
Aku tidak pernah baca penulisan beliau. Buku Diagnosis popular kan? Mesti ramai yang dah baca buku tu. Ini adalah buku yang aku ambil dan terus bayar tanpa baca sinopsis. Mungkin tertarik dengan buku yang putih bersih ini.
“Ada apa sebenarnya dengan 365? Ada jawapan bagi gundah gulana, putus asa dan segala rasa yang mendera jiwa. Selagi ada nyawa, selagi itu ada putaran U pada tiap salah laku.”
Berakhir sudah lapan buku yang ingin aku baca dalam masa tiga bulan. Wish me luck! 😊 Mungkin ada penambahan buku secara tiba-tiba. Mana tahu? 😅
Any books in the above list that you have read? Please share your review =)
Thank you for reading and have a nice day ^_^