Setakat sekarang, hanya ada satu penulis yang berjaya menambat hati aku dengan setiap hasil karya beliau. Penulis itu tidak lain dan tidak bukan, Ramlee Awang Murshid.
Sejak baca novel beliau bertajuk Ungu Karmila, aku jatuh cinta dengan hasil penulisan beliau. Koleksi novel Ramlee Awang Murshid adalah antara koleksi novel yang paling disayangi. Jangan sesiapa berani usik novel RAM 😀
Aku tidak sangka Trilogi Tombiruo akan kembali dengan novel baru, Legasi Tombiruo. Novel yang tidak dijangka kemunculannya. Aku tahu mengenai novel ni daripada rakan sekerja. Terus beli online daripada laman web Karangkraf Mall Online.
SYNOPSIS
Mengisahkan mengenai kehidupan Ejim atau nama barunya Amaruddin selepas 50 tahun. Amaruddin mendirikan rumah tangga bertahun-tahun dengan isteri tersayang, Siti Nurhaliz dan anak mereka, Suriani.
Kehidupan Amaruddin yang bahagia telah diganggu oleh kemunculan penjenayah yang menggunakan imej Tombiruo namun diubahsuai mengikut cara moden di “hutan batu”. Amaruddin sanggup turun ke tempat berlakunya jenayah hanya untuk menemui Tombiruo.
Dalam masa yang sama, muncul watak Diana, seorang peguam biasa, dan Sarah, seorang wartawan jenayah yang bekerjasama dalam menangani masalah penjenayah Tombiruo.
Setelah dikaji, tidak disangka bahawa Diana dan Sarah mempunyai hubungan dengan penjenayah Tombiruo itu.
Apakah hubungan antara mereka bertiga? Dan apakah kaitannya juga dengan Tombiruo?
![]() |
Kulit buku belakang |
REVIEW
RAM masih berbisa. Idea masih sentiasa di luar kotak fikiran. Aku tak tahulah macam mana RAM boleh dapat idea untuk tulis semua novel beliau. Semua cerita memang tak terjangkau dek akal.
Aku baca novel ni sambil cuba mencari jawapan kepada setiap persoalan. Mencari jawapan untuk setiap perkaitan antara semua watak dalam novel ni.
Dan seperti biasa, apa yang aku jangkakan mesti tidak berlaku 😆
Ada watak baru muncul seperti Diana dan Sarah dan semuanya berkaitan dengan Tombiruo asal iaitu Ejim atau Amaruddin.
Banyak lagi watak lain sebenarnya. Penghayatan kena tinggi semasa baca novel ni. Kalau tidak, tak faham jadinya. Pelbagai watak muncul dan semuanya berkaitan.
Aku tanda muka surat yang aku rasa aku akan kembali untuk baca sekali lagi terutama bab watak dan fakta penting dalam novel ni. Kalau-kalau tak faham cerita atau nak ingat kembali siapa watak itu, senang nak refer kalau dah bertanda.
Tidak terlintas di fikiran aku tentang hubungan mereka yang terhasil daripada kehebatan teknologi sekarang. Pandai RAM kaitkan hubungan mereka sebegitu rupa.
Banyak lagi persoalan di hujung novel ni. Muncul pula dua watak yang pada mulanya diam membisu, tiba-tiba menjadi watak penting di akhir cerita.
Membuatkan aku yakin bahawa Legasi Tombiruo pasti ada kesinambungan. Mungkin. Ohh pasti ada please! Tanda tanya masih tidak terjawab ni!
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: ★★★★
Aku bagi 4 ★ sebab tak puas hati kena tunggu novel seterusnya untuk tahu ending. Geram! Haha.
Peminat RAM terutama yang baca Trilogi Tombiruo, novel Legasi Tombiruo semestinya menjadi satu novel yang wajib dibaca.
Mesti baca tau! 😊
Well done RAM and please don’t make me wait a long time for your next novel ✌
“Serahkan ketakutan tu pada Allah. Biarkan Allah menyembuhkannya”
Have a nice day and happy reading, ^_^