Dah kata aku adalah salah seorang peminat Suri Ryana, semestinya aku dapatkan novel terbaru beliau. Aku beli novel ini terus daripada kak Suri Ryana di Instagram. Punya tak sabar dan sebenarnya sekarang dah agak malas nak ke kedai buku. Hehe.
SINOPSIS
![]() |
Sila baca sinopsis di sini ye =) |
REVIEW
It was an enjoyable reading even though this novel is not my most favourite novel from Suri Ryana.
Jalan cerita yang tidak sarat dengan konflik. Konflik pun tidak sampai tahap kritikal. Watak antagonis itu ada tapi tidak sampai rasa geram ya amat. Aku suka part tu sebab aku agak bosan dengan orang jahat yang terlalu jahat dalam setiap novel yang ada.
Hadirnya peluang kedua yang tidak dipersiakan oleh Iskandar. Bukan senang nak dapat peluang kedua. Bila dah dapat, jangan ulang perkara yang sama kerana biasanya susah untuk diberi peluang ketiga.
Aku suka akan watak Malissa yang comel dan menidakkan perasaan terhadap Iskandar walaupun hati tak keruan apabila berdepan dengan Iskandar π
Geram juga dengan Iskandar yang menghukum Malissa tanpa memberi peluang untuk Malissa membela diri. Tapi itulah, in real life, mungkin terjadi perkara sebegini. Aku faham benda ni akan terjadi apabila kita terkejut sangat dengan berita yang disampaikan sehingga terus menghukum seseorang tanpa usul periksa. Tak boleh berfikir dengan waras semasa kejadian berlaku.
Kadang-kadang pergolakan ibu bapa menyebabkan anak menjadi mangsa. Kasihan dengan Iva tapi aku tabik spring juga dengan dia yang masih maintain comel dan berperangai agak matang dalam usia yang masih kecil.
Novel Suri Ryana tidak pernah lari daripada membawa pembaca melancong bersamanya. Novel Klik! Pengantin Musim Salju membawa aku ke Jepun manakala novel Kimchi Untuk Awak membawa aku ke Korea.
Dan novel ini membawa aku ke Itali. Aku suka baca part Suri Ryana menceritakan keadaan di Itali. Rasa macam aku di sana juga walaupun tak pernah pergi. Bayangan pun jadilah. Hihi.
Ada satu tempat romantik sangat bak kata Iskandar iaitu Piazzale Michelangelo (Florence’s most popular viewpoint). Seperti biasa, aku google lah tempat tu. Nak tengok bagaimana rupanya. Maklumlah, jauh lagi perjalanan nak jejak kaki ke Itali. Dalam novel kata, view sunset di tempat ini sangat cantik π Pantang betul rasanya kalau dengar sunset π Hihi.
![]() |
Cantik. Credit photo here. |
Haa dalam novel ni pun ada beberapa ayat dalam bahasa Itali. Tergeliat lidah aku menyebutnya. Bersungguh juga mengeja. Haha.
Zati dan Fatin. Dua orang rakan Malissa yang sentiasa menyokongnya walau apa yang terjadi. Seronok ada kawan begini. Sering menghulurkan bantuan tanpa dipinta =)
Favourite Quotes:
Don’t cry. Stay strong. Fake a smile and move on. They don’t worth your tears.
The most painful goodbyes are the ones that are never said and never explained.
It’s true you hurt me. But not as much as I’m hurting myself by still loving you.
Sering aku tertanya-tanya kenapa aku yang dihadapkan dengan pelbagai ujian yang bagi aku sangat besar dan tak tertanggung ini? Tapi, tak pernah pula aku tertanya-tanya kenapa aku yang terpilih untuk mengecapi nikmat-nikmat lain yang mungkin tidak orang lain kecapi? Angkuhnya makhluk yang bernama manusia.
Mungkin selama ini aku alpa, Allah turunkan ujian ini kepadaku. Bukan sebagai hukuman tetapi, sebagai tanda kasih sayang-Nya yang tiada bandingan.
Yasmin Mogahed is right indeed. Loss is the returning of what never actually belonged to us in the first place.
Bagi aku, segala janji harus ditepati. Bukan sahaja kepada orang dewasa tetapi juga kepada kanak-kanak. Jangan sesekali ingat kanak-kanak tidak tahu menilai. Mereka akan ikut apa yang mereka nampak. Kalau kita terlalu serius dengan melentur buluh dari rebungnya maka, kita juga harus serius dalam menepati janji.
Novel ini menarik untuk dibaca oleh mereka yang tidak mahu konflik yang berat dan jalan cerita yang melarat.
Rating: 4/5 stars
Suri Ryana tidak pernah menghampakan aku dan mungkin semua peminat karya beliau. Teruskan berkarya kak Suri Ryana.
![]() |
Waiting for your next novel =) |
Happy reading, dearest π