Assalamualaikum dan hello semua!
Sejak buat entri mengenai Zalora, aku asyik tengok Zalora je. Sampai aku download aplikasi Zalora. Hehe. Tertarik tapi bila nak beli berfikir juga hari raya nak dekat dah. Tak nak habiskan duit beli online. Lagipun risiko beli online nanye. Risau baju tak muat atau terlebih besar, kualiti kain tak memuaskan dan sebagainya. Maka, lebih baik aku pergi beli sendiri di luar. Berkenan dan rasa kain okay, baru beli. Dan baru puas hati.
Tapi..
Aku tak tahan! Hahaha! Akhirnya, aku beli juga satu dress di Zalora. Kebetulan masa aku online, ada diskaun 25% dengan menggunakan CODE:RIANG. Jari jemari aku terus laju untuk membeli. Nafsu nafsu! Haha!

Aku beli dress ni. Full lace organza sleeve dress by Lubna.
Berkenan lama dah. Letak dalam favourite list sekian lama dan akhirnya aku beli juga.

Dalam masa tiga hari, parcel sampai! Yeayy!
Excited nak tengok baju. Harap sangat ianya memenuhi citarasa aku. Baju harga lebih daripada RM100. Pasti aku kecewa kalau tak menepati citarasa.

LUBNA

Close up the lace.
Lace adalah salah satu jenis kain yang aku suka. Nampak cantik dan menarik je. Sebagai penambah gaya. Aku tak banyak pun baju lace. Lubna dress ni adalah baju ketiga agaknya yang aku ada daripada kain lace.

Aku suka dress ni! Excited ada satu full lace dress.
Berpatutan dengan harganya!
Cuma..
Lengan baju ni besar sangat. Ala Saloma sangat bila pakai. Nak oter tapi nanti nampak pelik pula. Takutlah kain jadi tak cantik. Jadi aku biarkan jela begitu. Mungkin bila dah iron nanti, okay kot. Hope so!
Selain dress yang aku beli di atas, ada lagi pakaian yang aku suka di Zalora. Hehe.
Antaranya:





Arghhhhh ~ Semua cantik! Suka sangat! Zalia memang menawan hati. Jari jemari masih gatal nak add to cart, mujur masih ada kekuatan diri agar tidak membeli. Sabar! Sabar! Kena tahan diri daripada nafsu shopping! ๐
Add to favourites je sekarang ๐

Sale lagi di ZALORA!!
Perghhh ~ Tak boleh buka selalu apps Zalora!
Bahaya! Bahaya! Haha!
Korang pernah shopping di Zalora?
Kalau belum pernah, bolehlah cuba terjah! Pasti tertawan satu dua barang. Hehe. Kalau pernah, boleh berkongsi pengalaman korang beli di Zalora. Okay ke tidak? Hii
~ Jom SHOP WITH ZALORA ~
Thanks reading,
Love,