Hello November! Cepat rasa masa berlalu tahun ni. Sedar-sedar dah November. Hanya tinggal dua bulan saja untuk tahun 2016. Bermula bulan Oktober, aku plan nak buat Month Wrap Up post on my blog. Hanya ringkasan apa yang berlaku dalam setiap bulan. Masalahnya, ringkas ke? Hihi.
NOVEL
Aku beli tujuh buah buku dalam bulan Oktober. Terlalu obses dengan buku sampai terbeli banyak buku dalam bulan lepas. Tiga daripada buku yang aku beli adalah novel daripada Anna Lee bertajuk, Mesej, Hello It’s Me, dan Aku, Dia dan Pinky Promise. Aku jatuh cinta dengan karya Anna Lee selepas Mesej dan terus beli dua lagi novel beliau. Hanya dua tajuk ini saja yang masih ada stok. So sad 🙁
Aku sudah habis baca lima buku daripada tujuh buku yang aku beli. Aku semangat baca buku bulan lepas sampai aku baca juga buku di pejabat. Masa terluang di pejabat dipenuhi dengan membaca buku. Hari-hari aku bawa buku ke pejabat. Hihi.
Aku ada buat review untuk tiga buah buku saja. Kalau berminat, korang boleh klik link di bawah. Hutang review buku untuk Hello It’s Me dan Aku, Dia dan Pinky Promise. Nanti aku buat ye. Dah ada dalam draft cuma masih tak siap menulis. Lambat sangat rasa nak siap. Hii.
KOREAN DRAMA
Mengenali hero baru Korea bernama Ji Chang Wook. Aku tengok drama The K2 dan terus minat JCW. Dan terus tengok drama Healer pulak. JCW berlakon dalam drama Healer tahun lepas. Marathon tengok Healer. Dan kepada yang belum tengok, tolonglah tengok weii. Jatuh cinta sihhh. Tiada sampai tahap nak jadikan gambar JCW sebagai wallpaper phone cuma aku follow beliau di Instagram. Hehe.
Drama Korea yang sedang aku tengok sekarang adalah:
The K2
Woman With A Suitcase
Sweet Stranger and Me
Jealousy Incarnate dan Scarlet Heart – Aku hanya tengok sikit-sikit je. Nak follow betul-betul tapi tiada masa sangat. Mungkin sebab tak berapa minat walaupun penuh hero comel dalam Scarlet Heart dan bosan dengan cerita kekeliruan seorang wanita untuk memilih antara dua lelaki yang mencintainya dalam Jealousy Incarnate. Beberapa episod je lagi nak habis untuk both drama, mungkin tengok dua episod akhir je kot.
KERJA
Shiema, my manager is on maternity leave for three months. Jadinya, aku tak boleh cuti sesuka hati selama tiga bulan. Tapi aku ada volunteer leave sebanyak tiga hari dan wajib diambil sebelum 31 Disember 2016. Dah ambil sehari cuti masa Majlis Konvokesyen Kak Long. Tinggal dua hari lagi.
KESIHATAN
Aku diserang gastrik hari Isnin lepas. Tak tahu nak cakap gastrik atau salah makan. Yang aku tahu, perut aku sakit sangat sampai aku tak boleh buat kerja langsung. Pergi ke klinik dan macam tiada gunanya. Ubat yang diberi tidak meninggalkan kesan baik untuk aku. Aku muntah dua kali pada hari tersebut. Aku benci muntah. Sakit! Dan aku berterima kaish kepada rakan sekerja di Chennai, Ramya kerana tolong aku siapkan kerja selama aku sakit beberapa jam.
Sejak dari itu, aku tak skip makan dan tidak tidur lambat lagi. Hari sebelumnya, aku tidur jam 3 pagi. Mungkin badan dah tua, tak boleh terima lagi gaya lambat tidur orang muda. Huhu.
MEKAP
Kali terakhir aku mekap adalah masa aku kahwin dua tahun lepas. Dan untuk annual dinner syarikat tahun ni, bersungguh pulak nak mekap. Lama dah rasa muka ini tidak diconteng dengan cantik. Hii. Kisah penuh mengenai annual dinner 2016, korang boleh baca di sini >>> Rockstar Theme Dinner : #15RockingYears .
BIRTHDAY
SONGKET
Jatuh cinta dengan songket ini!! Cantik gila! Kalau korang tengok dengan mata sendiri, pasti terkesima dengan songket ni. Serius. Ini adalah Pakaian Pengantin DiRaja, koleksi daripada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Kalau korang nak tengok, boleh ke Pameran Tenunan Songket ASEAN di Muzium Negara yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Disember 2016. Semua kain songket cantik! Halus seni tenunan dan kainnya lembut =)
Itu saja kisah serba ringkas dalam bulan Oktober 2016. Aku tutup entri ini dengan random pictures yang aku snap =)
![]() |
Sunrise di tempat parking kereta. Aku suka snap gambar langit terutama sunrise dan sunset. Cantik! |
![]() |
Fake flowers di IKEA. Pergi IKEA beli hanya dua barang tapi kena pusing satu IKEA. Macam tak biasa =D |
![]() |
Penanda buku baru. Love the quote =) |
Thank you for reading ^-^