Assalamualaikum dan hello semua π
Kali ni aku nak berkongsi mengenai minimalist blog templates. Aku suka template minimal. Simple, clean, and nice design. Tak serabut dengan pelbagai gadgets dan hanya mengandungi beberapa warna sahaja.
Dan sebab itu juga aku tukar template blog aku. Perasan tak template baru aku? Hihi. Dah lama tukar tapi baru sekarang nak cerita π

Aku tak tahu nak buat template sendiri. Celah mana aku nak tahu pasal kod. Pening eh.
Makanya aku cari blog template di Google dan bertemu juga dengan template pilihan.
Aku jumpa template ni di etsy.com. Korang boleh search for ‘Vefio Themes’ .Nama pemilik blog template ini adalah Angga Vefio. Sekarang, harga template tengah buat sale 50%. Sebab tu juga aku bersungguh beli. Harga template aku RM36.37. Murah juga kan?
Bagi aku, tak kisah nak beli blog template yang harga berpatutan sebab kita boleh edit blog templates pada yang kita nak. Template yang dibeli mesti support ‘Blogger Template Designer’ di mana kita boleh customize our color and font easily.
Jika pilih free template, mesti ada limited feature. Nak tukar font pun tak boleh. Itu yang aku tak gemar.
Angga, the template owner, orangnya baik dan akan melayan apa saja soalan daripada kita. Aku banyak jugak tanya soalan mengenai template ni dan dia layan semua soalan. Hihi. Mestilah kena jaga customer kan.
Aku pilih Pure Candy template. Selain tu, aku ada suka dengan 5 template yang lain. Mungkin aku akan tukar template lain nanti. Manalah tahu π
Mari aku berkongsi mengenai blog template lain yang aku suka π
Top 5 Minimalist Blog Templates
1. Wonderlyn. Template lebih kurang dengan Pure Candy. Aku agak keliru nak pilih yang mana antara dua template ni.
2. Calypso. Hitam putih saja. Warna hitam putih sentiasa nampak cantik di mata. Dan paling penting, nampak kemas.

3. Violin

4. Candy Fountain. Love the header! Simple and nice π

5. Beauty Sea

Nice tak? Simple je kan? Aku sudah berfikir untuk tukar template kepada hitam putih saja. Apa orang kata, Monochrome. Hii. Cuma masih tak tahu nak pilih yang mana. Ambil masa yang lama juga nak tukar template nanye. Makanya aku hold dulu.
Korang pula bagaimana? Suka template minimal atau yang warna warni? Tak kisahlah apa pun yang penting mata kita suka. Cantik di mata kita. Biarkan mata orang lain. Hehe.
Blog juga mencerminkan diri pemiliknya. Pilih yang mana menarik hati atau buat template sendiri.
Harap informasi ini memberi info kepada semua. Semoga korang jumpa blog template yang korang suka! Good luck!
Till then,
Love,