Entri ni sebenarnya adalah kesinambungan daripada entri bertajuk Photography: Our Hobby 🙂 yang aku upload pada 28 September 2014. Haha! Punyalah lama kan baru nak update kesinambungan. Dua tahun ambil masa. Alamak! 😀
Al kisahnya dulu aku rajin blogging dan tetiba perasaan blogging dah tiada. Eh, ada perasaan tu cuma kemalasan melampau. Kalau dah namanya malas, tak boleh nak kata apa lah kan? Setelah bertahun blog aku berhabuk, akhirnya pada hujung tahun lepas sehingga sekarang, aku menjadi blogger yang setia. Tak lah selalu sangat update tapi sekurang-kurangnya ada jugak entri. Bertekad agar dapat istiqamah dalam update blog 🙂
Dalam entri aku yang lepas aku ada cerita mengenai encik suami ada rakam video. Sebenarnya, video tu diambil selepas kami kahwin walaupun tajuk yang diberikan adalah Pre-Wedding SiqahAliff sebab lagu yang digunakan dalam video adalah lagu Si Putih Si Merah nyanyian Black ft RJ. Takdelah boleh dikatakan video pre-wedding sepenuhnya sebab bukan kami berdua je dalam video. Ada Kcut ( adik ipar ) dan Mak Ayah 🙂
Suka-suka encik suami nak buat video. Nak upah videographer tapi mahal pula. Lagipun niat untuk pre-wedding. Rasa banyak lagi duit diperlukan untuk digunakan semasa majlis perkahwinan dan kehidupan berumahtangga. Rasa rugi juga sebab kahwin hanya sekali seumur hidup. Nak diabadikan daripada sebelum kahwin ke selepas kahwin. Tapi terpaksa dibatalkan niat itu. Nak mulakan kehidupan selepas kahwin bukan senang. Sama-sama baru nak belajar hidup sendiri berdua. Baru nak keluar daripada rumah mak ayah. Gigih juga buat asalkan kami boleh hidup berdua di rumah kami sendiri walaupun rumah sewa 🙂 Home sweet home kata 🙂
Mari layan video pre-wedding kami #siqahaliff Video dibuat sepenuhnya oleh encik suami. Terima kasih encik suami for this video. Memori bersama 🙂 Ada juga dibuat video perkahwinan dengan menggunakan raw video yang dapat daripada our official wedding videographer. Tapi masih belum diupload. Nanti nak share juga di sini 🙂
Sehingga itu, layan video pre-wedding dulu ye 🙂
Haqisfila adalah nama akaun instagram aku yang kedua. Diambil sempena nama kami berdua. Siqah kalau diterbalikkan jadi Haqis, dan Alif kalau diterbalikkan jadi Fila. Maka jadilah Haqisfila 🙂 Syarat yang dikenakan untuk aku semasa meminta kebenaran daripada encik suami untuk buka akaun instagram kedua. Hii.
Sehingga bertemu lagi,
Thank you for reading,
Love,
SiQaH