Assalamualaikum semua 🙂
Aku rasa semua orang kini sudah belajar menabung. Anak-anak sudah diajar agar menabung dari kecil lagi. Banyak kebaikan menabung sama ada kita menyimpan untuk hari kecemasan atau menabung untuk membeli apa yang dihajati.
Aku sudah diajar menabung dari kecil lagi. Cuma bila kecil tak menabung sangatlah. Suka habiskan duit je. Beli aiskrim, jajan, alat mainan. Tak boleh berfikir sangat masa tu. Hehe.
Kini, bila dah dewasa dan bekerja, barulah mula menabung 🙂

Duit kertas RM5 dalam gulungan. Bagi kat orang kedai dalam bentuk camni je. Terima je dia. Hehe.
Kisah Menabung

Selama ni aku dan suami hanya menyimpan duit syiling dan duit kertas biru, RM1. Cuma lambat je rasa nak penuh. Hasilnya boleh dapat lebih kurang RM300 juga kalau banyak duit 50 sen. Kalau banyak duit 10 sen, takdelah mengunung, membukit je nilainya. Hehe.
Al kisah penyimpanan RM5 bermula daripada di pejabat, Kak Ain bercerita mengenai dia menyimpan duit RM5. Aku fikir bagus juga simpan duit RM5 sebab nilainya berada di tengah-tengah. Tak kecil dan tak besar.
Dan bermula dari itu ( start dari dua tahun lepas, selepas kami kahwin ), aku pun mula menyimpan duit kertas RM5. Tabung diberi nama Tabung Hijau. Sesuai dengan duit kertas warna hijau. Hee. Dan suami pula teruskan perjuangan menyimpan duit syiling dan duit kertas RM1.
Alhamdullilah.
Berkat menabung, tahun lepas dengan menggunakan hasil tabungan RM5, kami dapat membeli sofa dan meja makan.
Tahun ini,
kami dapat beli kabinet dapur. Dah lama rasa nak kabinet dapur, tahun ni dapat juga. Alhamdullilah 🙂 Beli yang kecil sahaja sesuai dengan ruang dapur yang kecil. Nampak kemas dapur bila ada kabinet dapur.
Selain itu, duit tabungan boleh digunakan untuk tujuan pelancongan, beli barang yang disukai yang terpaksa di hold ( maklumlah harga barang sekarang mahal ) .
Dan disebabkan itu,

Kami berdua ada tabung hak milik sendiri. Tabung ini khas untuk penggunaan sendiri saja. Tak boleh kongsi. Hehe.
Aku punya tabung Spiderman dan suami tabung Ben10.
Korang menabung tak?
Kalau sudah, bagus-bagus. Seronok kan bila nampak duit tabungan makin banyak.
Kalau belum, boleh mulakan sekarang 🙂
Thanks reading,
Have a nice day, all.
Love,