Gelabah! Serius tadi aku gelabah! Tak tahu nak buat macam mana. Kisahnya aku delete entri blog dalam draft di aplikasi BlogTouch Pro. Dan sangat tak sangka rupanya walaupun aku delete entri draft, entri yang sudah di-publish pun ter-delete jugak. Selama nie aku delete okay je. Entah kenapa hari nie nak jadi.
Aku terus Google cara untuk dapatkan kembali entri blog yang hilang dan Alhamdullilah aku jumpa jugak caranya. Terus masa tu rasa hati tenang kembali. Degupan jantung kembali normal. Melampau pulak reaksi ek. Huhu. Nak buat entri dahlah payah, bila dah siap buat, boleh hilang pulak. Kalau buat entri baru pun dah tak sama ayat dan perasaannya π
Caranya mudah je. Aku berkongsi dengan korang pula ye. Tak naklah entri korang pun ter-delete atau hilang tapi manalah tahu kalau terjadi pada masa akan datang. Pesanan untuk aku jugak ni.
Cara untuk dapatkan kembali ENTRI yang hilang:
1. Go to www.google.co.id
2. Taip link blog dan diikuti dengan tajuk entri yang hilang. Tajuk mesti sebijik sama tau.
Dah hilang macam mana nak tahu tajuk entri ye tak? Aku nak berterima kasih kepada rakan blogger yang ada komen di entri yang asal. Aku lihat tajuk penuh entri yang hilang itu di ruangan komen. Thank you korang =)
3. Kalau entri itu masih ada, right klik pada anak panah kecil di tepi kanan (seperti gambar di bawah) dan klik cache.
4. Detail entri yang hilang akan muncul dan boleh di copy paste pada new post blog.
5. Publish dan DONE!
Selepas publish entri, aku copy paste pula komen daripada rakan blogger pada entri aku yang hilang. Gigih copy paste tau. Tak nak hilangkan komen. Terima kasih semua =)
Itu saja caranya. Mudah kan? Walaupun mudah, harap tiadalah terjadi lagi perkara ini. Mujur jugak ada laptop bos suami nie. Boleh jugak nak pinjam. Kalau tiada laptop, dah kena pergi CyberCafe pulak dah. Alamak! Sebab cara ini tidak boleh dilakukan dengan menggunakan phone. Faham sendirilah ye.