
Sekarang, aku sedang cuti dua minggu. Selasa depan baru masuk kerja balik. Kalau korang mungkin tak tahu, syarikat aku bekerja, Scope International (M) Sdn Bhd, a subsidiary company of Standard Chartered Bank, kami semua wajib ambil cuti block leave dua minggu berturut setiap tahun.
Kira cuti dua minggu ni untuk melepaskan diri daripada kerja yang banyak dan berisiko dan untuk menenangkan fikiran.
Block leave penting bagi aku. Sebab kadang-kadang, memang aku perlu sangat cuti. Tambah lagi selepas buat kesalahan yang tak patut buat. Rasa loser sangat. Huhu.
Patutnya block leave aku dalam bulan Oktober ( on my birthday ), tapi disebabkan Sheima is going for a maternity leave for 3 months starting 1st October, makanya aku terpaksa ambil awal block leave.
Sudahnya, I’m not going anywhere. Because my husband could not take leave. Sebab dah plan bulan Oktober kan.
Takpelah. Takde rezeki tahun ni nak ke mana-mana. Dalam negara je kalau berjalan pun =)
Makanya, selama dua minggu ini, aku menjadi surirumah sepenuh masa (∩_∩)
Seronok tau! Hari-hari masak dan bila suami pulang, makanan dah terhidang. Boleh sambut suami pulang di muka pintu. I love it!
Biasanya, kalau aku bekerja, suami yang akan menyambut kepulangan aku di rumah. Aku sampai rumah mesti lambat daripada dia.
Untuk dua minggu ni saja, suami seronok nampaknya bila sampai rumah je, isteri sedia menunggu. Hehe. Tapi untuk dua minggu je ye.
Duduk rumah best! Tenang je rasa. Tak serabut kepala. Tapi aku tak boleh duduk rumah lama-lama, nanti makin malas dan rasa otak tak berkembang. Hee.
Hari ni nak masak apa ye? (^-^)
Photo A Day Challenge #19 – Time For