Sepanjang umur aku sudah ke angka 3 series, mustahil jika tiada kesalahan yang aku lakukan. Pasti ada kesalahan dan kesalahan itu sama ada nampak jelas nyata atau kesalahan yang tidak nampak iaitu kesalahan yang aku sendiri tahu dan tidak sesekali akan membuka aib diri sendiri.
Tidak semua perkara kita boleh kongsi di khalayak umum walaupun ia mungkin menjadi pengajaran kepada orang lain.
Kesalahan yang kita lakukan, biarlah hanya sekali. Kalau kesalahan yang sama dilakukan berulangkali, maknanya kita tidak memberi peluang kepada diri kita untuk berubah. Sebenarnya tidak pernah ada initiatif untuk berubah.
Aku tidak kisah jika orang tersebut mengaku akan kesalahan yang dilakukan. Tidak kisah betapa besar pun kesalahan tersebut. Aku cukup pantang kalau dah ternyata kau salah, tapi masih nak berdolak-dalik berlawan cakap untuk menegakkan benang basah. Lagi aku bengang bila aku sedia maklum akan kesalahan yang dilakukan cuma hanya nak pengakuan jujur daripada si pesalah (macam dalam court pulak rasa).
Orang begini adalah orang yang tidak menerima pendapat orang lain dan menganggap dirinya sempurna. Tidak akan pernah melakukan kesalahan. Totally wrong! Mana ada insan sempurna dalam dunia ni.
But whatever it is, throw away your ego and admit your mistakes. People would definitely love you more.
Orang bijak adalah orang yang menyedari kesalahannya, berani mengakuinya dan berusaha memperbaiki dan belajar darinya. Mereka juga lebih dipandang mulia kerana tidak semua orang mampu melakukannya.
Moga aku dan semua yang membaca post ini menjadi salah seorang daripada orang bijak. Insyallah.
Done. Muhasabah diri di malam hari.
Good night, all ~ 😊