Assalamualaikum dan hello semua =)

Aku nak berkongsi review mengenai satu buku bertajuk Coklat Tarbiah oleh Aiman Banna. Pinjam buku ni daripada #gengmakan, Nadiah.
Kenapa penulis gabungkan konsep Coklat dan Tarbiah? Pada mulanya aku keliru juga. Tak berapa faham apakah maksud untuk kedua-dua perkataan itu. Mujur ada diterangkan di awal buku ini.
Coklat:
Saya tahu, ramai yang mahukan kamu. Menjadi kegemaran kebanyakan manusia; ada di sini ada di situ..
Tarbiah:
Ramai juga yang inginkan kamu, tapi malu-malu. Malu itu sehinggakan terus abai dan tolak tepi, lalu tidak mahu..
Kefahaman aku adalah Coklat merujuk kepada perkara yang sering kita lakukan sekarang manakala Tarbiah merujuk kepada perkara yang mesti dan patut kita buat sekarang. Buku ini penuh dengan warna warni di setiap helai muka surat dan juga mempunyai ilustrasi dalam bentuk komik. Menarik!
Di sini aku nak berkongsi sedikit ilmu / kata-kata indah daripada buku ini mengikut topik yang diutarakan:
EXPECTATION MANUSIA

Kita perlu hidup dalam expectation Allah bukan expectation manusia kerana banyak expectation daripada manusia yang akan merosakkan dan menjatuhkan kita.

Walaupun begitu, jangan sepenuhnya kita mengabaikan nasihat dan teguran manusia kepada kita. Sesungguhnya mereka menegur kita untuk membetulkan apa saja yang kita buat. Hidup dalam expectation yang mengikut Islam.
Abaikan Haters. Hargai Lovers.
PEMUTUS SILATURAHIM

Membuka mata aku. Ada benar apa yang dikata. Cuma mungkin kita tidak perasan. Oleh itu, elakkan daripada bersama phone 24 jam. Bina ukhuwah bersama keluarga dan sahabat.
DEFINISI UKHUWAH

Semoga kita semua menjaga ukhuwah sesama kita.
PERANCANGAN ALLAH

Perancangan Allah itu terlalu sempurna untuk diduga. Tidak perlu berkeluh-kesah kerana Allah sentiasa bersama.
BERBAIK SANGKA

Berbaik sangka dan dunia kita akan lebih bahagia. Tegur bukan tanda kebencian, tapi tanda sayang =)
DEFINISI CINTA
Tidak perlu berkata banyak mengenai cinta. Pasti semua sudah faham benar dengan erti cinta kepada Allah dan sesama manusia.
Cinta itu wujudnya hanyalah membahagiakan.

Suka itu fitrah. Jangan terlalu ghairah.

Komik yang menarik perhatian. Haha. Jangan berangan kisah hidup macam dalam novel ye semua 😀

EGO
Semoga kita dijauhkan daripada sifat ego.

CINTAILAH IBU
Al Fatihah buat arwah Mak

Cintailah ibu kita kerana Allah.
Moga Allah dan Nabi redha.
Moga Allah kurnia kita Syurga.
MERDEKA

Merdekakah kita semua? Huhu. Masih tidak mampu untuk mengatakan bahawa aku telah merdeka.
TOPIK-TOPIK LAIN



Dan akhir sekali,
KETUA BIDADARI

Bagaimana nak menjadi ketua bidadari? Isteri solehah dan “tidak layan” ajnabi berlebih-lebihan. Frasa tidak layan itu membawa maksud berinteraksi dengan professional sehinggakan tiada istilah seronok gelak gembira dalam berinteraksi. Sangat bertepatan dengan dunia laman sosial media kini.
Aku paling suka kata-kata teguran ini. Aku juga pernah ditegur oleh suami mengenai perkara ini. Tidak perlu membalas komen lelaki dengan panjang lebar di laman sosial, Instagram. Itu menunjukkan kita peramah dan dalam erti kata yang lain, “kita melayan”. Aku ikut sehingga kini. Terima kasih atas teguran wahai encik suami =)
Kadang-kadang kita sebagai wanita dan isteri tidak nampak perkara itu, tapi suami biasanya nampak dan jika ditegur akan sesuatu perkara, cuba kita ubah agar menepati apa yang diingini. Apa yang suami kata dan nasihat, walaupun hati kita memberontak pada mulanya, kita akan dapat melihat kesan dan kebaikannya pada masa akan datang. Percaya dan ikut cakap suami selagi ianya tidak salah di sisi agama Islam =)
Banyak lagi mengenai coklat dan tarbiah dalam buku ini. Peringatan dan teguran secara halus oleh penulis kepada kita. Bagi aku, buku ini menarik untuk dibaca dan dihadam segala isinya.
Happy reading, all.