Hello semua =)
Apa khabar semua? Selalu pula aku buat review buku sekarang kan. Hehe. Sekarang aku dah kembali aktif membaca buku pula 🙂
Jadi, hari ni aku nak berkongsi mengenai satu buku travelog terbitan Travel Planet bertajuk Kompilasi Travelog 7 Benua.

SINOPSIS
Buku ini mengandungi kisah 8 pengembara yang mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu mengembara.
Pengembara 1 : Badrul Hisham ( Amerika Syarikat )
Pengembara 2 : Nordin Yahaya ( Peru )
Pengembara 3 : Ida Yunus ( Mongolia )
Pengembara 4 : Rafiee Ghani ( Maghribi )
Pengembara 5 : Nazri Arshad ( Vietnam )
Pengembara 6 : Siti Noridah ( Pakistan )
Pengembara 7 : Wazari Wazir ( Rusia )
Pengembara 8 : Meor Farid Asyradi ( China )
Masing-masing ada cerita tersendiri. Cerita disampaikan dalam bentuk cerpen pendek. Penulis banyak bercerita mengenai tempat menarik yang mereka pergi dan juga kisah dalam perjalanan ke tempat itu.
Ada juga diceritakan mengenai sejarah tempat yang dilawati. Semua tempat menarik cuma yang paling aku teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut adalah dua tempat iaitu:
MACHU PICCHU ( MP )
Pengembara : Nordin Yahaya
MP tersenarai dalam salah satu antara Tujuh Keajaiban Dunia. MP adalah bukti nyata kewujudan Empayar Inca di puncak kekuasaan.
MP terletak di tengah-tengah hutan Amazon beribu batu pedalaman dan berada di puncak pergunungan Andes. Sampai sekarang, masih tertanya-tanya mengapa dan bagaimana kaum Inca membina empayar di tempat sedemikian.
Tiada juga dalam catatan sejarah mengenai penjajah Sepanyol menemui kota ini.
MP baru saja ditemui buat kali pertama oleh Profesor Hiram Bingham dari Yale University pada tahun 1911.
Menarik kan tempat ni? Aku sangat teruja membaca kisah dan lebih teruja apabila melihat gambar Machu Picchu. Menarik sangat!


Di tengah hutan, atas bukit, ada tempat sebegini. Amazed!

CHITRAL, PAKISTAN
Pengembara : Siti Noridah
Tempat yang dituju oleh pengembara adalah Chitral di Pakistan. Chitral adalah daerah paling barat Pakistan dan berada tidak jauh dari negara jirannya iaitu Afghanistan.
Cuma kisah yang dipaparkan adalah mengenai perjalanan pengembara dari Gilgit ke Chitral, Pakistan.
Untuk ke Chitral, pengembara perlu menaiki bas ke Mastuj dahulu yang memakan masa selama 14 jam dan keesokannya, pengembara menyambung perjalanan dari Mastuj ke Chitral dengan jip pacuan empat roda pula.
Aku tertarik dengan keindahan alam di sepanjang perjalanan dari Gilgit ke Chitral. Ada dua tempat menarik yang pengembara lalui iaitu Lembah Ghizer dan Shandur Pass.
Apa yang menarik lagi adalah pemandangan biasa sepanjang perjalanan. Ohhhh cantik sangat!! Aku yang hanya tengok gambar pun rasa nak pergi sekarang!
Lembah Ghizer

Shandur Pass
Lokasi di mana pertandingan tahunan polo diadakan. Salah satu tarikan utama pemgembara untuk menyaksikan permainan polo tertinggi di dunia pada awal bulan Julai setiap tahun.

Lawa sangat view! Serius Pakistan cantik. Banyak lagi tempat menarik di Pakistan. A breathtaking view! Teringin nak pergi. Tapi encik suami pula tak benarkan ke sana. Tengok gambar jadilah =)


REVIEW
Aku seronok baca kisah pengembaraan mereka. Bukan senang nak mengembara apatah lagi apabila dilakukan seorang diri.
Buku ini adalah koleksi cerpen kisah pengembaraan mereka. Jadi ceritanya juga pendek saja. Baru aku nak teruja membaca kisah, sudah habis rupanya.
Mungkin setiap pengembara boleh menulis semua kisah pengembaraan mereka dalam buku masing-masing. Seronok baca kisah mengembara. Tulis panjang dan secara detail. Mesti lagi best baca.
Salah seorang daripada pengembara iaitu Meor Farid Asyradi adalah penulis buku “Travelog Mr.Traveller”. Aku tak baca lagi buku tu.
Apa yang aku tak suka dalam buku ini adalah gambar yang diletakkan berasingan daripada cerita. Setiap penulis akan bercerita dulu kisah mereka dari A hingga Z tanpa satu gambar pun. Gambar hanya diselitkan di hujung setiap cerita pengembara.
Aku lebih suka baca kisah dan disertakan gambar sekali. Baru aku boleh bayangkan tempat kejadian dan baru aku boleh baca dan hadam dengan lebih semangat. Hee =D
Apa pun, memandangkan ini adalah buku pertama terbitan Travel Planet, mungkin pihak penerbit boleh tingkatkan lagi cara penyampaian dalam buku agar lebih menarik untuk dibaca.
Sekian saja review aku. Panjang pula rasanya. Hehe.
Selamat membaca semua =)