Assalamualaikum dan hello semua π
Seperti yang aku katakan dalam ENTRI INI, aku nak berkongsi sinopsis dan review mengenai satu filem Indonesia bertajuk, My Stupid Boss.
Sebenarnya filem ini adalah adaptasi daripada buku popular di Indonesia hasil karya Chaos@work. Aku baru tahu yang filem ini adalah filem adaptasi setelah aku google mengenai filem ini sebelum berminat untuk menontonnya.
SINOPSIS
Mengisahkan mengenai Diana (Bunga Cinta Lestari) yang berpindah ke Malaysia kerana mengikuti suaminya (Alex Abbad). Diana mencari pekerjaan dan akhirnya bekerja di syarikat milik Bossman (Reza Rahadian) yang juga merupakan kawan karib suaminya dari Indonesia. Diana bekerja di sebuah pejabat yang memiliki semua pekerja luar negara. “Bossman always right” adalah prinsip yang dibuat oleh Bossman yang menyebabkan semua pekerja pening dan bengang.
Di pejabat juga, tiada prinsip dan sistem yang membuatkan pengurusan menjadi huru-hara. Di sini juga, Diana berkenalan dengan rakan setugasnya yang lain iaitu Norashikin (Atikah Suhaimie), Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain), dan Mr Kho (Kinwah Chew) yang banyak menyokong Diana dalam prosesnya mengenakan kembali Bossman.
REVIEW
Filem ni kelakar! Pada awal filem aku dah ketawa. Hihi. Tingkah laku Bossman sangat menjengkelkan dan itulah yang membuatkan pekerjanya sakit hati dan bengang. Aku juga turut bengang dengan perangai Bossman. Dia punya sengal memang pada tahap tertinggi. Uishh ada ke ek bos camni? Pening wei nak layan. Mahu kalau aku berhenti je. Tapi bila memikirkan kontrak, semestinya akan teruskan pekerjaan sebab tak nak bayar ganti rugi pada syarikat. Itulah yang menyebabkan Diana masih setia bekerja di sini.
Walaupun Bossman sangat sengal, ada juga satu sikap dia yang menarik perhatian dan membuatkan kita sedar bahawa orang susah yang tidak punya apa masih membantu orang lain yang susah daripadanya. Apa salahnya kita yang alhamdullilah memiliki segalanya walaupun tidak sehebat mana, bantulah orang di dalam kesusahan. Scene itu membuatkan airmataku bergenang. Rasa sedih melihat wajah-wajah itu.
Lagi satu yang kelakar dalam filem ni adalah kewujudan pelakon tambahan yang menjadi minah gosip di kawasan tempat tinggal Diana. Mereka adalah Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan ada lagi seorang pelakon aku tak kenal. Tengok gaya mereka bercerita, sangat Mak Jemah tau. Hahaha.
Filem ni boleh dilayan! Aku suka juga dengan rumah Diana dalam filem ni. Penuh warna warni kehidupan. Rasa ceria je masuk rumah dengan dinding warna oren. Hihi. Tapi hanya suka tengok je. Aku tak nak cat dinding rumah warna oren pekat gitu. Suka warna lembut π
Dalam filem ni, Bossman (Reza Rahadian) agak lucu mukanya. Sebenarnya muka dia tidaklah lucu begitu. Agak good looking jugalah.
Betul tak?
Bunga Cinta Lestari usah disangkal lagi. Selalu cantik. Suka tengok dia dalam Maharaja Lawak Mega 2016.
Sekian saja entri ini. Pada sesiapa yang rasa berkenan, bolehlah terjah ke pawagam berdekatan π
Imposibble We Do,
Miracle We Try!
*Bossman*
Thanks reading,
Till then,
Love,