The Great Shaliha adalah salah satu buku yang aku beli kerana pengaruh bookstagram. Sungguh kuat ye pengaruh bookstagram! My wishlist dan TBR list makin menggunung sejak bergelar salah seorang daripada bookstagram Malaysia π Pengaruh pembelian bukan setakat dari bookstagrammers Malaysia, malah dari seberang juga π

Title: The Great Shaliha
Author: Najwa Dzahin
Pages: 170
Publisher/Publication Date: Sahima / 2020
Genre: Islamic/Motivation
Source: @fa_bookshop
REVIEW
Buku ini membahaskan mengenai ciri-ciri personaliti seorang wanita untuk menjadi shaliha. Wanita shaliha tidak hanya memikirkan bagaimana caranya menjadi cantik di luar. Lebih penting adalah menghiasi diri kita dengan kecantikan hati serta kecantikan lisan. Cantiklah dengan mempunyai peribadi yang cantik. Bukan setakat itu, perlu disertakan dengan proses pembaikan diri dari dalam dengan menuntut ilmu.
Aku suka akan aturan topik dalam buku ini. Dimulakan dengan topik mengenai masa yang pastinya berjaya membuatkan aku berfikir sejenak sama ada aku telah menggunakan masa dengan sebaiknya. Diteruskan pula dengan bab tauhid, solat, berbakti kepada orang tua, dan segala hal yang perlu diketahui dalam membentuk diri sebagai seorang wanita shaliha.
Halaman muka surat yang berwarna ditambah pula dengan lukisan yang menarik turut mampu menceriakan buku ini. Selain itu, bahasa dan gaya penulisan dapat difahami dengan jelas.
Boleh dikatakan kebanyakan perkara yang dibincangkan dalam buku ini sudah kita semua sedia maklum namun dengan penerangan penulis mampu memperluaskan kefahaman kita mengenai sesetengah perkara. Cuma, ada beberapa ayat yang diulang dalam buku ini yang sedikit sebanyak menganggu pembacaanku.
Beberapa petikan menarik dalam buku ini:
Cantiklah sesuai dirimu sendiri, cantiklah dengan apa adanya dirimu. Bukan dengan mencoba menjadi orang lain. Cantiklah dengan aura, bukan hanya visual saja
Kita kurang mengenal Allah. Benarlah dikatakan bahawa iman akan bertambah seiring bertambahnya pengenalan terhadap Allah.
Mengenal Allah bukanlah bab sampingan dalam beragama. Mengenal Allah adalah landasan pokok guna menyematkan iman ke dalam hati
Berhati-hatilah dengan hal yang kecil kerana darinya akan timbul banyak hal besar
Hidayah bisa datang setiap hari, tetapi kembali lagi, apakah kita ingin bergegas memeluknya atau lagi dan lagi membiarkannya pergi?
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: βββ.5/5
Buku ini boleh diangkat sebagai salah satu buku yang aku syorkan setiap wanita untuk membacanya kerana intipati buku ini membawa kita untuk memahami peranan wanita dalam kehidupan sehari-hari. Namun begitu, jangan meletakkan harapan tinggi untuk buku ini atas beberapa faktor yang aku nyatakan di bahagian review.
Menjadi shaliha – “nampak sulit jika hanya dibayangkan tanpa memulakan aksi. Kita hanya perlu keberanian untuk memulainya, kemudian secara perlahan menikmati setiap prosesnya”.
Ayuh, kalian! π₯°