Assalamualaikum semua ~ 🙂
Dengan ini, muncullah entri pertama dalam tahun 2020 di blog yang kejap aktif kejap bersawang ini, hihi. Dan perkara pertama yang aku nak cerita semestinya mengenai buku dan reading. Nanti on my next next next post, InshaAllah, dalam masa terdekat, I’ll share regarding my life pula in bullet point maybe, secara ringkas saja kot, tengok pada kerajinan 😀
Apa yang aku nak berkongsi dalam entri ini adalah mengenai jumlah buku dan segalanya related to books and reading yang data diambil daripada aplikasi Goodreads dan Bookly.
Everyone must know Goodreads kan? Maybe korang tak tahu aplikasi Bookly? Bookly adalah aplikasi yang mana korang boleh track your reading, quotes, thoughts, time, apabila korang membaca. For those who likes statistics/data, this app is for you. You need to subscribe full version of Bookly to use all of the good features. So if you think you’ll be using this app sure enough, you can get this app via App Store or Play Store 🙂 Bookly is my favourite and most use app on my phone 🙂

Seterusnya kita kembali kepada topik utama, My Year 2019 in Books 😊 Aku membaca melebihi target reading challenge iaitu 84 buku daripada target 50 buku.
Walaupun begitu, tahun ini, aku masih letak target nak baca 50 buku jugak. Tak pernah naik dan turun. Play safe lah nie kira 😆
My Year 2019 in Books | Goodreads

Dalam Goodreads ada 83 buku cuma sebenarnya aku baca 84 buku dalam tahun 2019. Satu buku bertajuk Ajariku Bercinta by Ustazah Cinta tiada dalam Goodreads dan aku pun lupa nak add buku manually.
My 2019 Books






Buku-buku yang dibaca tahun lepas terdiri daripada pelbagai genre. Rasanya aku kurang baca buku non-fiction. Hii. Lebih kepada fiction nanye aku ni. Kalau baca non-fiction macam lambat sikit pembacaan. Nak faham satu demi satu ayat tu haa.
I will share about 10 best books I’ve read in 2019 and some worst books I’ve read in 2019. Rasanya ada dua buku paling tidak disukai dalam tahun lepas. Nanti aku kongsikan ye. Cuma rasa tak sedap hati juga nak share pasal worst books. Hmm tengoklah macam mana nanti 😅
Mungkin juga nak share mengenai penulis baru yang disukai dalam tahun 2019? Mungkinlah. Haha. Perancangan ada je untuk blog post cuma nak menyiapkan satu post pun ambil masa berbulan. Hihi.
Okay. Now nak beralih pula pada report daripada Bookly.
Yearly Reading Report | Bookly

Aku mengenali Bookly dalam bulan Mac, kalau tak silap. Jadi total buku berbeza dalam report Bookly.
Total read time = 338 jam 30 minit 😱😱 Terkejut! First time ada report camni. Anak panah semua warna hijau lah tahun lepas sebab first time kan. Tengoklah tahun ni warna merah ada keluar ke tak? Warna merah bermaksud penurunan 😏
Aku sangat sangat suka dengan Bookly. Serius!! Tak pernah aku lupa untuk guna Bookly setiap kali aku membaca. Barulah sedar yang ada buku aku habiskan pembacaan hampir 10 jam. Buku English yang pasti. Hihi. Baca buku English ni lambat sikit nanye. Maklumlah kan ~ dengan nak cari maksud lagi ~ 😬
Eh, rasa buku Malay pun ada yang hampir 10 jam. Jumlah pages untuk buku Malay biasanya lebih daripada 500 pages. Tapi okaylah baca sebab Malay. If buku English tebal camtu, jenuh lah aku 😬 Ada nak baca buku English tebal seperti The Book Thief tapi masih tak baca lagi. Tengok buku tebal je terus tak jadi walau semangat berkobar-kobar pada mulanya. Yang aku beli dah kenapa kan? 🙈😅
Itulah saja cerita mengenai reading report daripada Goodreads dan Bookly. Harap post selepas ni tak ambil masa sebulan untuk publish. Haha.
Have a nice day, everyone!