Assalamualaikum semua ~
Terdetik pula hati untuk menulis review buku ini di blog pula. Sebenarnya semua buku yang telah di-review di Instagram dan Goodreads, nak di-review juga di blog cuma kekangan masa dan kemalasan yang membuatkan benda itu tidak terjadi. Hii. Aku mulakan dengan review buku Syurga Buatku Pendosa daripada Hadi Fayyadh.
Nama Hadi Fayyadh sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau adalah seorang penulis di Malaysia yang sinonim dengan hasil karya yang berjaya menyuntik keinsafan dalam diri pembaca. Buku pertama daripada beliau yang aku baca Mengintai Aku di Neraka sangat menginsafkan. Dan Syurga Buatku Pendosa adalah buku kedua beliau yang aku baca.

Title: Syurga Buatku Pendosa
Author: Hadi Fayyadh
Pages: 296
Publisher: Hadi Fayyadh Production Sdn Bhd
Publication Date: Oktober 2018
Genre: Islamic
SYNOPSIS
Selamilah sebuah rasa yang tertanam di singgahsana sanubarimu yang terindah, ia sudah lama merindui fitrah bertuhan yang sengaja kau sembunyikan.
Perasaan yang tidak dibendung dengan ilmu serta keyakinan akan menimbulkan rasa kehampaan, kesendirian dan kesedihan yang berpanjangan.
Perasaan ini sebenarnya adalah “usikan” Allah agar kamu kembali dan meneguk rasa dinginnya air kasih sayang Tuhan yang tiada bertepian.
REVIEW
A really good book yang memberi peringatan kepada pembaca mengenai dosa, bertaubat, kehidupan, dan Allah Maha Pengampun. Cara penerangan penulis ringkas dan mudah difahami. Sesetengah topik ada dikaitkan dengan hadith dan firman Allah dalam Al Quran.
Bagaimana doaku diterimaNya? Beradablah dan berlemah lembutlah dengan Tuhanmu kerana selama ini Dia amat lemah lembut denganmu walaupun kamu seorang pendosa.
Bukan itu sahaja, buku ini turut mengajar dan mengingatkan kita akan kepercayaan pada kemampuan diri. Perasaan tidak yakin selalu menghantui pemikiran terutama apabila kita hendak melakukan sesuatu yang baru.
Dalam hal yang lain pula, sekali lagi penulis tegaskan bahawa kita sebagai makhluk Allah yang berakal perlu sentiasa menghargai kehidupan kerana dengan cara itu kita turut mencintai diri sendiri dan tidak sesekali melakukan sesuatu yang membinasakan diri dan persekitaran.
Yakinilah, bahawa kamu sedang berkongsi bumi ini dengan para makhlukNya yang dicintaiNya. Mereka juga berbumbungkan langit yang sama, merasai hilangnya dahaga dengan tegukan yang sama, dan mengharapkan kasih dan pertolongan daripada Tuhan Sang Pencipta yang sama.
Aku paling suka dengan satu ayat mengenai doa iaitu sesungguhnya tiada doa yang dihampakan Allah, samada Allah menangguhkan atau menggantikan dengan yang lebih baik. Kita harus berprasangka baik dengan Allah. Ayat ini sangat sesuai dengan kehidupan aku sekarang. Aku sentiasa perlu mengingatkan diri sendiri agar tidak terlalu berharap sesuatu yang tidak pasti sehingga melupakan rezeki nikmat yang Allah telah kurniakan.
Yakin bahawa mungkin inilah yang terbaik. Kita hanya merancang, Allah menentukan yang terbaik untuk kita. Sekiranya apa yang diminta ini terbaik untukku dan aku mampu menanggungnya, Kau kabulkanlah. Sesungguhnya hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaMu.
Setiap kesalahan yang kamu lalui cubalah sedaya mungkin untuk tidak mengulanginya. Sungguh, tidak ada manusia yang tidak pernah buat silap, bukan? Taubat Nasuha itulah yang sebaik-baiknya dalam mengidentifikasi kesalahan lalu.
Sebagai seorang manusia, tidak mungkin kalau tak pernah buat silap. Apa yang pasti, kita tidak melakukannya lagi. Bagi aku, jika sesuatu kesalahan itu tidak mahu diulangi, jauhkan diri daripada apa saja faktor yang boleh menjerumuskan diri kepada kesalahan itu. Tidak boleh berkompromi dalam hal ini. Tetap pendirian adalah sangat penting.
Cukuplah dengan cerita-cerita lalu yang kamu beritakan kepada orang lain. Kamu tulis dalam diari kenangan, semua itu tak perlu untuk diulang. Simpanlah ia rapi dalam arkib hidupmu.
Di sini, aku ingin berkongsi lagi beberapa quote yang diambil daripada buku ini:
Setiap detik kehidupan yang kamu lalui adalah suatu anugerah yang dipalit dengan medan ujian daripada Tuhan.
Jangan menunggu untuk memiliki sesuatu yang sempurna, kerana ketidaksempurnaan itulah banyak mendidik kamu untuk menjadi yang terbaik. Jika ini kamu fahami, kamu tidak akan terkejar-kejar sesuatu yang mustahil untuk diraih.
Jangan lagi buang sisa waktumu. Tegasnya masa terhadap dirimu. Bersahabatlah dengannya supaya kamu faham bahawa kamu tidak perlu termenung dan termanggu di pintu jendela lalu.
Dah baca semua quote? Tenang je membacanya kan? As a self reminder. Boleh diulang-ulang baca sekiranya perlu. Kita manusia ini mudah lupa maka perlu kadangkala diingatkan semula 🙂
Buku ini bagus, aku ulang sekali lagi, bagus. Cuma ada satu masalah saja yang membuatkan aku tidak boleh beri 5 🌟 untuk buku ini. Masalah buku ini adalah banyak mengandungi kesalahan ejaan dan hampir berlaku pada setiap muka surat sampai aku rasa nak pergi jumpa editor buku ni. Geram sis tau. Ada kesalahan ejaan sampai kau kena betulkan sendiri seperti “beretriak”. Apa tu? “Berteriak” adalah kata yang betul ye 🤦🏻♀️
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: 🌟🌟🌟🌟
Banyak input as self reminder boleh diperolehi pembaca sekiranya anda membaca buku ini. Konsep penulisan penulis sangat mudah difahami dan teratur. Kalau buku Mengintai Aku di Neraka menimbulkan keinsafan dalam diri, buku Syurga Buatku Pendosa pula menimbulkan kesedaran dalam diri agar menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas ini.

Hanya dari segi kesalahan ejaan yang membuatkan pembacaan buku ini agak terganggu. Aku sangat berharap agar aku tidak berjumpa lagi dengan kesalahan ejaan yang sangat banyak dalam buku Hadi Fayyadh yang lain. Semoga pihak penerbitan mengambil peluang ini untuk membetulkan segala kesalahan ejaan yang ada sebelum buku ini dicetakkan dalam edisi seterusnya.
Berita baik bagi mereka yang ingin mendapatkan buku karya Hadi Fayyadh!!
Korang boleh dapatkan buku ini di @dakwahjiwabookstore , screenshot post aku di Instagram (POST INI) pada pembelian dan dapat 5% diskaun untuk setiap buku Hadi Fayyadh. Sah sehingga 10 November 2019. Dengan setiap pembelian di @dakwahjiwabookstore, korang juga berpeluang untuk menang satu buku percuma kerana giveaway dianjurkan setiap bulan 😊
Jika berminat, boleh terus DM pihak @dakwahjiwabookstore okay 🙂 Aku rekomen buku ini untuk semua 🙂