Hello everyone ~
Setelah sekian lama tidak bersiaran daripada blog, hari ini aku kembali menaip. Bukanlah tak mahu update blog, nak sangat, cuma kekangan masa membuatkan aku tak sempat buat semuanya. Sekarang, aku lebih kepada update review buku di my bookstagram acc saja. Kadang-kadang ada muncul di Twitter. Tidak sesekali muncul di Facebook 😅
Dalam masa beberapa lama aku tidak munculkan diri di sini, semestinya aku masih tetap utuh menampakkan diri aku di kedai buku berhampiran. Haha. Katakan apa saja kedai buku, semua aku akan terjah, bukan sebulan sekali, tapi berkali-kali. Haha.
Kecintaan aku pada buku berpisah tiada. Suami dah belikan dua rak buku yang mempunyai 20 bahagian, dalam masa beberapa bulan saja, hanya tinggal bahagian bawah yang masih tiada buku. Bahagian yang lain sudah penuh 🤭
Jadi entri ini, aku nak berkongsi beberapa book haul dalam tahun ini.
PBAKL

2019 adalah tahun pertama aku pergi ke PBAKL. Semangat gila pergi siap ambil cuti okayyy! Pergi PBAKL bersama Masyi. Kami siap dah ambik cuti jugak untuk PBAKL tahun depan. Hahaha.
Aku pergi ke PBAKL bersama list buku yang hendak dibeli. Dah siap-siap kaji buku-buku yang diterbitkan oleh setiap penerbitan dan salah satu penerbitan yang aku mesti terjah adalah Prolog Media.
Aku suka sangat dengan semua novel terbitan Prolog Media. Ceritanya bukan biasa-biasa, plot twist memang cenggini 👍🏻👍🏻. Aku akan beli semua buku baru terbitan Prolog Media tanpa baca sinopsis walau untuk satu buku. Yakin beli semua. Hihi.

Sejujurnya, aku tidaklah begitu berminat dengan buku-buku terbitan Buku Fixi. Mungkin sebab konsep/jalan cerita atau bahasa yang digunakan oleh penulis agak kasar bagi aku. Hmm tak tahulah nak cakap macam mana. Cuma aku kurang gemar akan Buku Fixi.
Namun begitu, bukanlah aku tak langsung baca buku-buku terbitan Buku Fixi. Aku cuma memilih bahan bacaan jika daripada penerbitan ini. Biasanya aku akan baca Buku Fixi based on recommendations.
Mengimbau kenangan bahawasanya Buku Fixi yang aku baca sebelum ini hanyalah buku-buku karya Nadia Khan. Siri Gantung dan yang lain-lain. Semua buku Nadia Khan lengkap sudah dibaca. Baca ebooks di aplikasi E-Sentral.
Psikik dan NIKINA adalah penyebab aku ke booth Buku Fixi di PBAKL. Husna Rosli adalah salah seorang kenalan bookstagram jadi nak support buku Husna, dan Nadia Khan adalah salah seorang penulis kegemaran aku. Semestinya aku mahu mendapatkan buku terbaru daripada Nadia Khan. Manakala, aku memilih Rasa untuk melengkapkan buku dalam pakej beli 3 RM50 (kalau tak silap). Mestilah aku pilih Rasa selepas baca sinopsis dan berminat untuk membacanya. Bukan sebab cover cantik okay 😌

Sara Aisha adalah salah seorang penulis novel thriller di Malaysia. Aku meminatinya sejak Salju Kyoto, terus ke Aku Lelakimu. Kedua-dua buku ini bagi aku adalah masterpiece by her 😍
Memori Inara adalah novel terbaru daripada Sara Aisha masa PBAKL dan sekali lagi aku beli novel ini tanpa baca sinopsis. Hihi.
Aku dah baca Aku Lelakimu cuma entah ke manalah novel tu. Jenuh aku mencari di rumah, tanya kakak aku (sebab dia ada pinjam novel aku) dan sampai ke sudah aku tak jumpa. Jadi, aku ambil keputusan untuk beli novel Aku Lelakimu sekali lagi. Novel AL mesti ada dalam simpanan di rak buku okay!
KEDAI BUKU

Tempat paling aku suka dalam shopping mall adalah kedai buku! Haha! Semestinya lah kan dah nama pun book lover. Gitu 🤣 Aku pasti akan singgah ke kedai buku setiap kali pergi ke shopping mall. Sampai kan suami dah redha jela kena tunggu kat luar. Kata sekejap je nak singgah, tapi sudahnya lama jugak. Hihi.
Semua kedai buku utama di Malaysia seperti MPH, Popular, Kinokuniya dan BookXcess menjadi pilihan aku. Setiap kedai buku biasanya akan mengadakan diskaun untuk buku-buku berlainan pada masa yang sama atau tidak. Disebabkan diskaun ini jugaklah aku selalu keluar daripada kedai buku bersama buku di tangan, sekurang-kurangnya satu buku 🙈

Tiga buku daripada penerbitan yang aku suka juga iaitu Iman Publication dibeli di MPH Subang Parade. Kebetulan aku ke sana pada hari aku cuti dan saja jela masuk ke MPH. Ternampak ada segmen Mutiara Minda, lantas aku pun memilih tiga buku penerbitan Iman Publication yang sudah berada dalam senarai buku hendak dibeli.
Jangan tanya apa pendapat aku mengenai semua buku ini. Sejujurnya, aku tak baca lagi 🙈

Lima buku yang dibeli in one receipt di Popular IPC Shopping Centre. Aku ke sana sebab nak ambik novel 100 Hari Mengenal Cinta yang aku reserve, dah alang-alang tu berjalanlah di semua rak buku dan keluar Popular dengan 5 buku sudahnya 🤣
Ohhh ~ membeli 5 buku ini dengan harga yang murah sebab tiga buku daripadanya hanya berharga RM15/sebuah, ada sale masa tu. Bila nampak sticker murah/diskaun, mata aku jadi bersinar-sinar. Haha.

Ini pula buku yang aku beli di Popular dalam bukan sekali belian. Book Love adalah satu buku yang aku nak sangat! Ingatkan takde jual di Malaysia, bila masuk Popular dan ternampak hanya tinggal satu copy je, cepat-cepat grab. Harga buku ni agak mahal RM70++ tapi aku beli jugak sebab best! Book Love sangat sesuai dibaca oleh semua book lover 😍
Buku-buku yang lain biasalah dibeli sebab ada 20% diskaun. Cuma semua buku ini ada dalam senarai to-buy-list. Bukanlah ikut ambik je. Hihi.

Book haul di Kinokuniya. Dulu aku sangatlah jarang ke Kinokuniya. Maklumlah jauh kan. Cuma untuk beberapa bulan yang lepas, aku suka pulak ke Kinokuniya. Kebetulan suami ada kerja di KL dan aku follow lah sekali. Suami drop aku di KLCC sementara dia siapkan kerja sekejap. Paling lama pun dua jam je aku berada di KLCC. Sejam di Kinokuniya, sejam lagi lepak di kafe. Hihi.
Pernah sekali aku ke Kinokuniya pada hari Sabtu dengan menaiki LRT. Park kereta di Glenmarie dan naik LRT ke KLCC semata-mata nak ke Kinokuniya. Haha. Jauh rupanya, 45 minit juga lah dalam tren. Gigih sangat pulak rasanya 😂
Berkenan nak baca karya Tere Liye. Ramai kata best! Aku memilih untuk beli Tentang Kamu lepas baca sinopsis dan positive review di Goodreads.
What A Time To Be Alone pula, kisahnya aku ada screenshot gambar buku ini yang pernah dikongsi di laman Twitter. Tak ingat akaun mana. Pertama kali aku dengar audiobook cuma tak faham sangat apa yang dikata sebab slang penulis agak sukar difahami. Jadi aku decided untuk beli buku fizikal pula. Walau harga RM70+ , aku tetap rasa berbaloi 🤗

BookXcess adalah salah satu kedai buku yang selalu aku pergi juga. Lokasi BookXcess yang berada di Amcorp Mall, sangat berdekatan dengan lokasi workplace, membuatkan aku akan ke sana selepas kerja. Biasanya pergi BookXcess dan Popular lah memandangkan kedua-dua kedai buku ini ada di Amcorp Mall.
Buku-buku di BookXcess dijual dengan harga murah. Setakat ni, buku-buku yang aku beli, harga tidak pernah lebih daripada RM25. Novel pun murah dan juga buku non-fiction. Harga asal buku non-fiction mahal oiii!
Aku suka beli buku graphic dan illustration kat BookXcess. Sebab murah kan dan comel je isinya. Hihi. Buku-buku dalam gambar di atas semuanya bertemakan dua konsep itulah.
BUKU PRELOVED

Tak cukup dengan kedai buku, buku preloved pun aku beli jugak. Hihi. Aku biasanya beli buku preloved daripada orang lain, atau mana-mana booth yang terjumpa. Contohnya ada beberapa kali aku beli di booth buku preloved di Citta Mall.
Aku beli tiga buku di atas daripada Iqra, rakan bookstagram. Kebetulan ternampak IG story Iqra menjual buku-buku ini, apa lagi terus grab buku yang memang dah ada dalam senarai wanted list 🤭
Sekian saja cerita mengenai beberapa book haul pada tahun 2019. Masih ada beberapa bulan menuju ke akhir tahun. Let’s see if ada ke tidak lagi buku yang dibeli. Mestilah ada. Haha. Kalau rajin, aku up entri part 2 pulak 🤗
Thank you for reading!
p/s: You may check out my book reviews on my bookstagram acc @siriusiqa 😊