Hello semua 🙂 Dah 4 bulan meninggalkan blog dan aku kembali untuk tulis review buku di blog. Datang bersama my self-hosted WordPress 🙂 Jari jemari rasa tidak sepantas dulu untuk menaip apatah lagi menulis review panjang lebar di blog seperti yang selalu aku lakukan dulu. Bila sesuatu perkara sudah ditinggalkan lama, jadi payah untuk kembali. Macam kena bermula daripada awal dulu ketika mula-mula menulis blog. Takpelah. Sis cuba tulis review malam ni 🙂
Berbalik kepada novel Aku Yang Kau Tinggalkan. Sesungguhnya dah lama aku meninggalkan hobi membaca novel bertemakan cinta klise (berdasarkan tajuk novel) tapi ada pengecualian untuk novel ini. Obviously, aku baca novel ini sebab rakan di pejabat kata drama adaptasi novel ini best. Bersungguh kawan aku, Masyi, beli novel ini online dan habiskan baca dalam satu hari. Fuhh! Aku pun apa lagi, pinjam novel eh Masyi. Hihi.
Aku tak tengok drama adaptasi novel ni. Memilih untuk baca novel saja. Mungkin akan tengok drama later sebab hmm ada Ungku Ismail 😀
Title: Aku Yang Kau Tinggalkan
Author: Alina Haizar
Pages: 726
Publisher: Kaki Novel Enterprise
Publication Date: February 2011
SINOPSIS
Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorg untuk menjaga dirinya yg sakit.
Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yg terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.
Apakah rahsia yg dipendamkan itu…?
REVIEW
Aku tidak salah memilih novel ini untuk dibaca. Walau agak stress dengan jalan cerita, dramatik sungguh! Tapi secara jujurnya, aku suka akan novel ini. Terima kasih Masyi bagi pinjam novel. Kalau tidak kerana dia, tidaklah juga aku baca novel ini. Inilah bagusnya ada kawan yang suka baca genre lain daripada aku. Membuatkan aku juga membaca novel daripada genre yang aku kurang minat tapi sebenarnya berbaloi.
Kisah cinta antara Zaril dan Nia bukan kisah percintaan biasa-biasa. Mereka berdua dipertemukan dan berkahwin tanpa mengenali antara satu sama lain. Tambah memeritkan apabila Zaril bukan berada dalam keadaan baik ketika itu. Zaril sakit akibat kemalangan dan tidak boleh menzahirkan perasaan dia.
Plot cerita menarik. Kisah utama dalam novel ini adalah kisah cinta dan perkahwinan yang didatangi bersama konflik yang agak berat. Pada mulanya aku rasakan cerita ini klise (kahwin sebab nak tolong jaga Zaril dan Nia terpaksa juga sebenarnya kahwin sebab Nia perlukan wang) tapi lama-kelamaan aku boleh terima jalan ceritanya.
Ada ketika menitis air mata aku membaca isi hati Nia. Kasihan dan simpati pada nasib Nia yang digantung tidak bertali. Memahami perasaan seorang isteri. Tambah sedih bila pengorbanan Nia disalah erti oleh Zaril selepas dia pulih. Perhubungan yang tidak mendapat restu daripada mak Zaril. Mak Zaril biasalah bawa watak mak mertua durjana 🙄
Aku suka dengan novel yang menunjukkan seorang wanita itu tidak lemah dan itulah Nia. Watak Nia boleh dijadikan sumber inspirasi kepada wanita terutama ibu tunggal. Bagaimana Nia yang pada awalnya tidak tahu mengenai dunia luar (first time keluar dari Malaysia ke Turin), sehingga akhirnya pandai berdikari, tabah, dan sabar menjalani kehidupan di negara orang. Allah permudahkan kehidupan bagi insan teraniaya seperti Nia dengan menemukan Nia bersama komuniti Islam yang baik di Turin.
Cara pengolahan penulis bagus sekali. Walaupun her writing style agak skema, tidaklah puitis tapi aku boleh terima. Layankan je. Bagi aku, cerita agak meleret menuju ke penghujung novel. Terlalu panjang aku rasakan kisah Zaril dan Nia di Turin. Masa babak ini, membuak perasaan geram dan sakit hati dengan Zaril yang langsung tak percayakan Nia. Rasa nak hempuk kepala dia. #sisemo Ending novel ni nice dan romantik. Hihi. Aku tidaklah suka dengan watak Zaril tapi sebab aku bayangkan Ungku Ismail masa baca novel ni, so jadi tersuka pulak Zaril. Eh, boleh gitu? 😛
Lokasi dalam novel ini kebanyakannya di Itali. Lebih tepat lagi di Turin. Penulis sangat bagus dalam memberi keterangan mengenai kisah/sejarah tempat yang dilawati di Itali secara terperinci. Aku baru tahu ada tempat nama Turin di Itali. Hihi. Selama ni tahu Rome je. Mana yang popular jela aku tahu. Kalau korang rasa nak travel sambil membaca, aku cadangkan korang baca buku ni. Korang akan rasa macam korang pun ada sekali dalam trip Nia. Travel ke Itali secara tidak langsung. Okaylah. Tak payah pergi dah 😂





Selain Turin, aku juga tertarik dengan cara perubatan Zaril yang dilakukan oleh Nia dengan pertolongan dua orang ahli terapi tempatan. Teori yang mereka applied dalam perubatan Zaril dinamakan Teori Pembolehubahan Skruktur Kognitif yang diperkenalkan oleh Professor Reuven Feuerstein. Teori ini mengatakan bahawa otak kita boleh dimodifikasikan. Secara general, dengan rangsangan yang betul kepada otak, tidak kira bagaimana teruknya kerosakan atau kecederaan yang dialami, otak masih boleh berfungsi secara optimum. Institusi Feuerstein ditubuhkan untuk mereka yang berminat menjadi trainer/ahli terapi yang menggunakan teori ini.
Ada dua life lessons daripada novel ni. Pertama kegagalan komunikasi akan mewujudkan salah faham antara suami isteri. Sebenarnya kegagalan komunikasi akan timbulkan masalah dalam setiap hubungan, bukan hanya suami isteri saja. Cuba luahkan apa yang dirasa. Cuba duduk berbincang dari hati ke hati. Dalam novel ni, kalau Zaril atau Nia ambil tindakan untuk mulakan perbincangan dan sesi luahan hati, tidak akan berlaku perpisahan bertahun lamanya. Buang masa weii lama berpisah! Kalau susah sangat nak meluahkan perasaan (ada berlian dalam mulut agaknya), pernah dengar “actions speak louder than words”?. Buatlah aksi yang sepatutnya. Jangan hati cakap lain, badan buat aksi lain lantas membuatkan pihak di sebelah sana fikir lain. Berapa kali lain dahhhh?? Haha.
Kedua, kepercayaan sangat penting dalam setiap hubungan terutama suami isteri. Tidak perlu beri kepercayaan 100%. Cuma at least, adalah juga rasa percaya pada pasangan. Sikap Zaril selalu sangat salah sangka dengan Nia, tidak percaya Nia langsung!! Geram je aku hadap si Zaril ni. Emo baca pasal perangai Zaril. Rasa dua kali nak hempuk kepala dia. #sisemolagi
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: 4/5
Kesimpulannya, aku suka novel ini walaupun jalan cerita agak meleret dan cara penulisan yang agak skema. Penulis bukan setakat berkongsi satu kisah cinta dramatik, penulis juga berkongsi dengan kita agar turut mengenali tempat bernama Turin berserta sejarah tempat tersebut dan juga ilmu mengenai cara perubatan Zaril yang menggunakan teori Professor Reuven Feuerstein.
Aku rekomen novel ini buat mereka yang suka baca kisah cinta dan perkahwinan yang bukan tipikal kisah cinta. Lain banyak cerita novel ni.
Have faith, because there is hope.