Another book review π Sebenarnya aku dah baca buku ni sekian lama cuma tak sempat nak buat review penuh buku ini di blog. Lupa sebenarnya. Hihi. Aku nak post gambar ini di Instagram flat lays aku @siriusiqa dan baru aku perasan yang review buku ini tiada di blog. Adoi.
Kalau korang dah lama follow aku, rasanya korang tahu yang Anna Lee adalah antara penulis tempatan yang aku suka. Karya Anna Lee sangat berlainan dan serius, bila baca karya Anna Lee membuatkan aku rasa benchmark naik untuk penulis tempatan.
![]() |
Jika Aku – Anna Lee |
Title: Jika Aku
Author: Anna Lee
Pages: 341
Publisher: Prolog Media
Publication Date: Mei 2017
SYNOPSIS
![]() |
Sinopsis di kulit belakang buku |
Secara ringkasnya, novel ini mengenai Teja, seorang gadis “mind reader” yang terpaksa memencilkan diri kerana tidak mahu mendengar pemikiran orang lain. Sehingga satu hari dia bertemu dengan seorang jejaka misteri bernama Maliq.
Dan segalanya berubah buat Teja…
Dan percayalah bahawa.. Hanya Kebenaran Jalan Keluarnya.
REVIEW
Seperti dijangka, karya Anna Lee tidak pernah menghampakan!!
Novel ini membawa kita mendalami isu mengenai “mind reader”. Topik yang berlainan daripada dua novel Anna Lee bertajuk Mesej dan Hello It’s Me yang aku baca sebelum ini.
Storyline terbaik dan tidak cliche. Semestinya lah kan!! Ada plot twist ketika menghampiri ke pengakhiran novel ini yang aku rasa sangat WOW!.
Novel ini terbahagi kepada tiga bahagian.
Bahagian 1: Lebih mengenali watak Teja dan Maliq. Masa ni berbunga-bunga hati baca kisah Teja dan Maliq π
Bahagian 2: Rasa terkejut dan rasa terkilan juga bila baca bab semua ini hanya ilusi?? Aku pantang kalau baca novel atau tengok filem yang akhirnya semua adalah ilusi. Geram macam kena tipu. Tapi aku mengingatkan diri bahawa Anna Lee tidak akan hasilkan cerita yang hanya ilusi. Pasti ada cerita lain sebenarnya.
Kebenaran itu memang menyakitkan. Tetapi hanya kebenaran akan membawa kau keluar.
Bahagian 3: Dan kebenaran telah terbongkar. Masa inilah yang aku boleh katakan plot twist terbaik telah terjadi. Kadang-kadang bila baca novel, kita dah dapat agak apa yang bakal terjadi. Tapi tidak untuk novel Jika Aku. Aku tak boleh agak perkaitan antara watak dan kejadian dalam novel ini. Bila dah baca bahagian 3, pastinya pace reading makin meningkat sebab bertambah excited nak tahu ending. Yesss!!
Lagi membuatkan novel ini menarik apabila ada kemunculan watak Duta daripada novel Hello It’s Me. Duta menjadi watak sampingan dalam novel ini. Aku suka gila dengan cara Anna Lee masukkan watak Duta dalam novel ini. Serius terbaik π
Jadi, kalau korang nak baca novel Jika Aku, tolong baca novel Hello It’s Me terlebih dahulu. Ada babak dalam Hello It’s Me yang juga ada dalam novel Jika Aku. Satu je babak dalam KTM. Masa baca part ni, aku dah rasa perghh tabik spring kat Anna Lee. Macam mana dia boleh pertemukan dua watak dalam novel berbeza. Mind-blowing!!
Anyway, aku tak tahu sama ada wujud atau tidak sebenarnya “mind reader” cuma aku tak boleh bayangkan kalau aku ada kelebihan membaca fikiran orang lain. Dan agak seram juga kalau ada orang boleh baca fikiran aku π±
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: β β β β β
Unpredictable storyline. Awesome plot twist. Ending yang sangat best dan boleh tersenyum sorang-sorang. Haha.
Aku sangat rekomen karya Anna Lee untuk semua peminat novel tempatan. Serius best dan percayalah korang tak akan rasa rugi baca novel Anna Lee.
Well done, Anna Lee ππ
Kudrat Maliq tidak mampu melumpuhkan mereka namun sekurang-kurangnya dia mampu selamatkan seseorang yang dia cintai sepenuh hati. Cintanya mungkin menimbulkan kebencian. Tetapi, memiliki rasa cinta itu sudah memadai kerana dia tidak layak dicintai oleh sesiapa pun.