Assalamualaikum semua rakan blogger 🙂 Selamat berpuasa diucapkan buat semua 🙂
Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak menunaikan janji untuk mengumumkan pemenang giveaway ini dalam masa seminggu yang ditetapkan. Biasalah aku ni, lambat dalam segala hal. Hihi.
Tanpa membebel dengan lebih panjang, mari aku nak bagitahu senarai pemenang bertuah giveaway kedua aku ini. Pemenang telah dipilih berdasarkan konsep lucky draw yang dicabut oleh aku sendiri semalam 😊
Seperti yang aku ada bagitahu dalam ENTRI INI, ada tiga pemenang saguhati. Jadi ada enam pemenang untuk giveaway kali ini 🙂
Let’s see who wins ~ But before that, do you remember your lucky number? Jangan risau kalau tak ingat sebab aku letak sekali nama pemenang. Hihi 😀
HADIAH UTAMA
1) dUCk Scarf (New): Matte Satin Silk in Love Letter
Winner #1
Tahniah Hana!! Dah ada tudung raya. Yeayy! 😀
2) Book (New) : Love & Happiness by Yasmin Mogahed
Winner #2
Tahniah Airah!! Selamat membaca! Harap Airah suka dengan isi kandungan buku ini 😀
3) dUCk Notebook (New) : Stuff-It Notebook in Blush
Winner #3
Tahniah Farah! Semoga notebook ini ada kegunaan untuk Farah 😀
HADIAH SAGUHATI
Hadiah saguhati lebih kurang saja 🙂 Pre-loved tudung bawal bersama cenderahati dari Korea dan Thailand. Semua pre-loved tudung masih berada dalam keadaan yang baik. Aku hanya pakai tidak lebih tiga kali untuk setiap tudung. Cuma, please expect pin-marks ye.
Apa pun, aku harap korang gembira menerima hadiah saguhati ini 😊
![]() |
1. Pre-loved Ariani Square Scarf
2. Maxim Coffee from Korea 3. Make-up Bag and Keychain from Thailand |
Winner #4
Tahniah Erni!! 😀
![]() |
1. Pre-loved Mumuscarves Poppy Series Square Scarf
2. Maxim Coffee from Korea 3. Make-up Bag and Keychain from Thailand |
Winner #5
Tahniah Ejulz!! 😀
![]() |
1. Pre-loved Mumuscarves Poppy Series Square Scarf
2. Maxim Coffee from Korea 3. Make-up Bag and Keychain from Thailand |
Winner #6
Tahniah Suraya!! 😀
Tahniah kepada semua pemenang!! Harap korang suka dengan hadiah yang diberi. Dan sebagai peringatan kepada semua pemenang, please email me atau nak senang sila DM aku di Instagram dan beri details korang untuk tujuan penghantaran hadiah. Aku bagi masa seminggu untuk korang bagi details ye. Lagi cepat, lagi bagus 😊
Tarikh pengeposan item Pos Laju adalah sebelum atau pada 9 Jun 2018. Jadi, aku nak pos sebelum tarikh itu agar item boleh sampai kat korang sebelum 1 Syawal 😊
Again, tahniah kepada semua pemenang!! Kepada blogger yang kurang bertuah kali ni, jangan berkecil hati ye. InshaAllah akan aku anjurkan giveaway pada masa akan datang. Mungkin dalam bulan Oktober? Hihi
Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan blogger yang sudi meluangkan masa untuk menyertai giveaway kedua aku ini.
Semoga kita bertemu lagi dalam giveaway ketiga nanti 😉