Masa untuk update blog mengenai topik yang aku suka iaitu BUKU. Yeaayyyy!! Terlebih dahulu nak tanya satu soalan, “Siapa yang pergi ke PBAKL 2018 dan berpeluang jumpa dengan Teme Abdullah? Silaย ๐ walaupun aku tak nampak. Hihi.
Sebenarnya nak cakap yang aku jeles korang jumpa Teme in real life. Haha.
Macam tiada kaitan. Okay fine ๐
Berbalik kepada topik entri ini sebelum aku menjalar jauh ke topik yang tiada kaitan dengan tajuk entri,
Aku ada cerita mengenai buku yang ingin aku beli di PBAKL 2018 dalam ENTRI INI. Ada beberapa buku yang disenaraikan dan jumlah buku yang aku beli sempena PBAKL 2018 adalah 12 buku. Yes! 12 buku. Rasa macam banyak gila tapi nanti aku akan beli juga, jadi aku mengambil keputusan untuk beli semua buku yang menarik perhatian aku.
Jom lihat senarai buku yang aku beli sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Kenapa aku menggunakan perkataan “sempena” instead of “di”? Soalan lagi. Hihi. Kerana aku tidak pergi ke PBAKL 2018. Semua buku yang aku beli hanya melaluiย online dan personal shopper.
Niat di hati memang nak pergi PBAKL 2018 tapi sayangnya aku ada plan pada hujung minggu lepas (trip to Hatyai) dan hujung minngu ini (balik kampung, bergantung kepada suami yang baru pulang dari kerja luar hari ni :D).
Terpaksa melepaskan peluang untuk bertemu penulis kesayangan. Takpelah. Aku sokong penulis di Malaysia dengan membeli hasil karya korang okay ๐
Haa, aku dapat semua buku dalam entri ini dalam hari yang sama. Bayangkan betapa beratnya aku nak mengangkut semua buku ini ke kereta. Dahlah masa balik kerja, hujan lebat pula. Mujur aku ada payung kecil dalam beg laptop. Aku tidak kisah jika aku dibasahi hujan, yang penting semua buku aku selamat. Hihi
![]() |
Novel Baru Terbitan Prolog Media |
Prolog Media adalah satu pihak penerbit yang aku sangat percaya. Aku ada buat entri khas mengenai Prolog Media DI SINI. Novel terbitan Prolog Media menjanjikan jalan cerita yang berlainan dan disebabkan itu, aku terus beli kombo empat novel di atas daripada Instagram Prolog Media.
Aku pre-order dan dapat pada hari pertama PBAKL 2018, 27 April 2018.
Aku order semua buku di bawah pada personal shopper PBAKL 2018 iaitu @lovebymohazย .ย Sangat suka dengan hasil kerja dia. Trusted seller dan fast response. Kebetulan pejabat aku di Petaling Jaya, jadi dia hantar terus semua novel yang aku order by hand. Yes. I’m happy!! Cepat sampai walaupun tak tahu bila nak baca. Haha.
![]() |
Novel daripada penulis kesayangan: Sara Aisha, Suri Ryana dan Anjell |
Tiga novel di atas dibeli atas dasar kesukaan aku pada hasil karya Sara Aisha, Suri Ryana dan Anjell. Setakat apa yang aku baca, aku berpuas hati dengan hasil karya Sara Aisha (top favourite). Ada di antara novel Suri Ryana dan Anjell yang aku tidak berapa gemar tapi tidak mematahkan kesukaan aku pada mereka berdua.
Sentiasa menyokong mereka bertiga <3
Di sini, aku sertakan sekali entri review novel daripada penulis di atas. Feel free to read if you’re interested ๐
Sara Aisha
Suri Ryana
Review Novel | Klik! Pengantin Musim Salju
Review Novel | Kimchi Untuk Awak
Review Novel | Ti Amo Sweetheart 100 Hari
Anjell
Review Novel | Hero Seorang Cinderella
![]() |
Buku Terbaru by Teme Abdullah |
Teme Abdullah adalah seorang pelukis merangkap penulis buku yang berjaya memberi motivasi kepada ramai orang termasuk aku sendiri. Semua cerita dalam buku Teme adalah hasil daripada pengalaman Teme. Cara penyampaian yang bersahaja membuatkan lagi ramai orang meminati Teme.
Secara jujurnya, aku meminati penulisan Teme dan juga lukisan beliau. Lukisan Teme sangat cantik. Kagum aku melihatnya. Dan lagi satu, aku gembira bila Teme masih mengekalkan identiti anonymous walaupun telah mengadakan sesi Meet & Greet di PBAKL 2018.
Teme, tolong kekalkan identiti anonymous anda okay ๐
Review buku Teme yang aku buat hanya untuk Pelukis Jalanan.
![]() |
Syu Ariani & Syamnuriezmil |
Aku baru mengenali dua penulis novel ini, Syu Ariani dan Syamnuriezmil. Berminat untuk baca novel mereka berdua selepas aku baca sinopsis kedua-dua novel ini. Kalau menurut pada sinopsis, ada babak cinta tapi diselitkan juga dengan cerita lain yang mungkin membuatkan aku rasa jalan cerita tidak seperti cinta cliche.
Korang kira tak jumlah buku dalam gambar-gambar di atas? ๐ Sebenarnya, gambar di atas hanya mengandungi 11 buku saja sedangkan aku kata aku beli 12 buku sempena PBAKL 2018 kan.
Satu lagi buku yang aku beli masih tidak nampak jalan menemui diriku ๐ Buku yang dimaksudkan adalan novel terbaru Ramlee Awang Murshid bertajuk Banja Manggala. Antara penulis novel kesayangan juga ๐
Aku pre-order di RAMFC store dan menurut kawan aku yang pernah beli buku di sini, katanya. buku lambat sikit sampai berbanding beli daripada saluran lain. Jadi, aku hanya mampu menunggu. Takpelah, bukan baca terus pun kan. Hii.
Ini saja senarai buku yang aku beli sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Puas hati bila dapat memiliki semua buku yang berada dalam wishlist PBAKL 2018.
Secara rasminya, rak buku aku semakin penuh ๐
Korang ada pergi PBAKL 2018? Ada beli buku apa tu? Cuba kongsi di sini ^_^ Kalau ada buat entri blog mengenainya, boleh letakkan sekali link entri tersebut. Lagi pantas aku terjah. Hihi.ย
Aku ni orangnya excited apabila berbicara mengenai buku ๐ #mudahterhibur
Nota: Hujung tahun nanti aku akan cerita buku yang aku tak sempat baca dalam tahun 2018. Rasa macam ada je ๐