
Kembali dengan review buku ^_^
Banyak review buku yang masih pending. Niat ada nak buat review tapi mood yang tiada. Bila ada mood, barulah siap satu review buku. Mood sangat memainkan peranan dalam dunia blogging, at least untuk aku 😀
Habis baca novel ini dalam bulan Februari 2018. Ambil masa dua bulan nak siapkan review novel. Rasanya ada juga review buku yang pending dari tahun lepas. Haha.
Aku pernah baca novel karya Anjell bertajuk Hero Seorang Cinderella. Ini membuatkan aku berminat untuk baca novel terbaru Anjell bertajuk Dr Alpha Male.
SINOPSIS
Bergelar Alpha Male adalah salah satu pencapaian tertinggi bagi golongan lelaki.
Kerana..
Alpha Male adalah lelaki yang menyebabkan penularan virus T.I. T.I adalah teleng inducing. Maksudnya bila lelaki berwatakan Alpha Male lalu sebelah perempuan, perempuan mesti terteleng-teleng nak pandang sekali lagi. Lagi dan lagi. Bahaya betul penangan virus T.I 😀
Hero bernama Hilman Ukasyah yang merupakan seorang Alpha Male dan heroin bernama Tristin Hazel. Diberi nama Hazel bertepatan dengan warna anak mata Hazel.
REVIEW
Novel ini menarik di permulaan cerita tapi semakin perlahan dan meleret dari pertengahan hingga ke hujung cerita.
Kehidupan mengenai seorang pelajar (Hazel) yang ditakdirkan bertemu jodoh dengan pensyarah (Hilman). Hubungan yang pada mulanya tidak suka lama-lama timbul perasaan cinta selepas kahwin. Aku sangat setuju bab jatuh cinta selepas kahwin kerana ikatan perkahwinan itu indah dengan restu keluarga dan mendapat keberkatan Allah, maka perasaan cinta boleh wujud selepas hidup bersama. Indahnya sebuah perkahwinan 😊
Bagi aku, jalan cerita novel ni klise walaupun aku tertanya-tanya juga siapa stalker Hazel. Aku tak dapat agak siapa stalker Hazel. Babak yang lain semuanya seperti yang aku jangka terutama bab ending.
Klise juga sebab kadar kebetulan dalam novel ni terlalu tinggi. Kebetulan memanjang 🙍
Ending novel ini terlalu klise. Heroin pregnant. Hmm bila bab terakhir dah ada simptom Hazel mengandung, aku terus skip dan baca muka surat terakhir. Memanglah happy ending cuma bagi aku boleh hentikan ending heroin mengandung. Cukuplah kita tahu ending mereka bersama dan bahagia.
Walaupun novel ni klise, masih ada babak-babak yang membuatkan hati aku berbunga-bunga. Hihi. Anjell dan kisah romantik dengan hero yang sweet tak dapat dipisahkan.
Ada kemunculan watak utama hero dan heroin Hero Seorang Cinderella membuatkan aku teringat akan pasangan romantis Fattah dan Fazura. Wee ~
Aku suka bila penulis ada sertakan beberapa nama otot dalam novel ni. Haha. Mungkin sebab aku ada belajar Basic Human Anatomy dan otot yang paling aku ingat adalah gluteus maximus. Dan otot itulah yang disebut dalam novel ni. Teruja weii! Haha.
Sejak mengenali glutues maximus, tak pernah lagi cakap, “pinggul aku sakit”. Akan cakap begini, “gluteus maximus aku sakit lah”. Jadi, korang dapat agak kan di mana kedudukan otot bernama gluteus maximus? Iya. Di pinggul 😎
Seperti biasa, bahagian quotes dalam review buku pasti ada 😀
Save your tears, Hazel. He is not worth it. You’re better than anyone he could have. He cheats on you. Then it’s his big loss. Don’t cry for something that’s not yours. At least, not yet.
Need my advice? Perhaps for once in your life, you need to think of your own happiness.
Forgiveness only can be given by those who are strong. I’m strong. I want to be happy. And to be happy, I have to let go of everything. Forgive, yes. But forget, never.
Your internal battle is yours to fight. Fight the fear. Only you can change the outcome.
Without initial jump, you’re never going to get at the other side. It takes risks. Let’s jump together.
Cinta tak semestinya memiliki. If you love someone, set them free. If they return, they’re yours. If they don’t, they never were.
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: ★★★
Aku suka dengan watak Hilman. Well, aura Hilman as Dr Alpha Male memang ternyata lain macam. Walaupun jalan cerita klise kerana terlalu banyak kebetulan, bab ending paling klise, tapi sekurang-kurangnya, aku terhibur juga baca novel ni.
Terhibur kerana berbunga-bunga hati dengan sikap Dr Hilman. Haha.
Kalau korang peminat novel tempatan, bolehlah cuba baca novel ni. Mungkin kita mempunyai pendapat yang berbeza. Ini hanya review peribadi aku saja tau.
Mungkin juga boleh dapatkan novel ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 yang akan berlangsung pada hujung bulan April ini ^_^
Selamat membaca ^_^