![]() |
|||||
Memori by Mr. Apis |
Review buku kedua dalam tahun 2018. Aku dah habis baca buku ni pada bulan Disember 2017 dan selepas dua bulan, aku memilih untuk buat review buku ini.
Ada juga beberapa review buku yang masih pending dalam draft. Tengoklah bila siapnya ye. Jangan tahun depan sudahlah ๐
Memori adalah buku pertama daripada penulis Mr. Apis yang telah aku baca. Setakat sekarang, Mr. Apis ada menghasilkan dua buah buku. Buku pertama adalah buku bertajuk Equation dan Memori adalah buku beliau yang kedua.
Ada berniat untuk baca buku Equation. Nanti aku beli.
SINOPSIS
#MEMORI Dan perasaan bahagia itu terlahir bila kita faham yang dunia ini bukan segalanya.
Basically, buku ini mengandungi kata-kata dan pendapat peribadi Mr. Apis yang diceritakan berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Buku yang hanya mengandungi 158 muka surat dan boleh dihabiskan pembacaan dalam masa sehari jika fokus membacanya.
Aku mengambil masa beberapa hari juga untuk habiskan baca buku ini. Bukan sebab tak suka, sebab kekangan masa.
![]() |
Kulit belakang buku |
REVIEW
Aku suka dengan semua kata-kata dan cerita Mr. Apis dalam buku ini. Banyak sangat kata-kata yang boleh dijadikan peringatan untuk diri sendiri.
Ada beberapa topik yang membuatkan aku berfikir semula apa yang aku pernah rasai dan alami. Perkara yang boleh diubah jika mempunyai sikap dan akal seperti apa yang diterangkan dalam buku ini.
Selain itu, aku suka akan setiap quotes pada permulaan setiap bab. Mengingatkan aku pada satu novel yang pernah dibaca bertajuk Kanvas. Novel Kanvas juga ada quotes pada permulaan setiap bab dan aku suka konsep begitu.
Well, aku kan suka quotes. Hihi. Bertambah suka bila jumpa quotes menarik dalam buku yang aku baca.
Topik pertama dalam buku ini je dah buat aku jatuh cinta untuk membacanya lagi dan lagi. Topik yang sangat sesuai dengan kita semua yang juga menulis. Bukanlah penulis buku, tapi penulis di blog masing-masing ๐
Kenapa Menulis?
Bagi kita sebagai seorang blogger, kenapa kita menulis dalam blog? Kenapa kita ada blog dan boleh ceritakan semuanya dalam blog. Mungkin tidak semua, tapi ada juga kisah peribadi yang diceritakan.
Tak takut dikecam, dikritik dan menerima komen negatif?ย
Aku juga turut berfikir akan persoalan ini. Perkara ni bukan hanya untuk blog, malah untuk semua laman sosial yang ada. Asalkan berkongsi secara umum.
Dengan menulis, kita lebih mampu untuk berkongsi pandangan yang kadang-kadang tidak mampu untuk disampaikan dengan kata-kata.
Aku tak kisah dikritik. Malah kritikan boleh membuatkan kita mencuba lebih baik pada masa akan datang. Cuma kritikan yang diberi haruslah kritikan membina. Bukan kritikan menghentam atau menjadi keyboard warrior saja.
Dan kata-kata Mr. Apis dalam buku ini boleh dijadikan semangat seterusnya peringatan buat kita semua, si blogger tegar ๐
“Tulislah selagi mana ia mampu memberi kesan kepada insan. Andai tak mampu beri kesan, cukuplah dengan usaha kita menulis kebaikan dan berkongsi dengan orang ramai. Kerana usaha itu yang dinilai kelak.ย ย
Jangan kecewa andai dikritik.
Bangun dan ubah mana yang patut. Teruskan berjalan menuju Tuhan sambil tak lupa impian yang diimpikan selagi nyawa masih ada.ย
Jangan sedih andai dibenci.ย
Teruskan usaha baik ini.ย
Yakinlah saat dirimu dibenci, masih ada yang terus menyokong selagi ia di landasan syariat. Sebab memang kita tak ada kuasa nak puaskan hati semua orang.“
Benar sekali apa yang dikatakan. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Tak perlu terlalu memikirkan kenapa orang tak suka kita. Berikan yang terbaik dalam setiap perkara dan InshaAllah akan dibalas dengan kebaikan juga.
Kefahaman Orang Tidak Sama
Kadang-kadang kita menggunakan konsep “asalkan aku tegur. Nak ikut, ikutlah, tak nak ikut, sudah”. Ini semestinya berkaitan dengan kebaikan. Nak mengajak orang ke arah kebaikan itu sangat bagus sebenarnya, cuma kadang-kadang kita lupa yang orang lain juga punya hati dan perasaan.
Kita sering memandang serong pada mereka yang tidak mengikut ajaran Islam dengan baik, (paling obvious sekarang adalah cara pemakaian tudung yang lilit di leher saja), sehingga kita lupa bahawa setiap orang mempunyai background berbeza malah persekitaran turut berbeza.
Jadi tak perlu judge orang dan expect kefahaman kita sama. Bagi mereka masa untuk berubah. Teguran membina perlu diberikan. Ingat, jangan hentam ๐
Struggle Untuk Berubah
Melakukan perubahan itu mudah tapi untuk kita istiqamah dalam perubahan itu sangat susah. Sangat! Adakalanya kita akan dikecam. Lebih sedih lagi apabila kita dikecam oleh orang sekeliling dan dekat dengan kita.
Struggle ini bukan untuk mereka yang berubah untuk menjadi lebih Islamik saja. Berubah nak jaga pemakanan pun sangat susah tau. Daripada makan hentam semua kepada makanan sihat saja, no caffeine. Sangat struggle. Masa inilah, sokongan daripada orang terdekat sangat penting untuk kita terus istiqamah dalam perubahan.
Andai diri tak mampu membantu. jangan jadi penghukum. Andai diri tak mampu berjalan sama di jalan menuju Tuhan, jangan jadi penghalang.
Pendek kata, kita perlu sentiasa memberi sokongan moral kepada mereka yang mahu melakukan perubahan yang baik. Kalau boleh, kita sama-sama melakukannya. Lagi semangat kan. The more the merrier ๐
Expect Less, InshaAllah Hurt Less
ย
“Never take anything for granted”. Kita sering dengar kata-kata ini dan kadang-kadang kita melakukannya tanpa sedar. Hati ini terlalu fokus pada benda kecil sampai benda besar pun kita tak perasan.
Terlalu fikir akan rezeki yang tidak dimiliki sehingga tidak menghargai dan melupakan nikmat yang telah diberi. Terlalu berharap akan sesuatu sehingga kecewa teruk bila ianya tidak berlaku.
Disebabkan itu, dalam kehidupan, kita perlu kurang berharap akan sesuatu. Bukan tidak boleh berharap atau menyimpan impian, cuma jangan keterlaluan sehingga terlalu memikirkannya. Ambil masa untuk berfikir secara rasional dan seterusnya kita boleh menjalani hidup ini dengan lebih bersyukur dan gembira.
Allah akan beri kita rezeki tepat pada masanya. Aku sentiasa berpegang pada kata-kata ini. Rasa down sesekali tapi sentiasa beringat akan adanya Allah. Semoga doa dimakbulkan satu hari nanti. Ameen.
Apa yang berlaku akan datang kita sendiri tak tahu. Kena sentiasa bersangka baik dan beringat bahawa Allah sebaik-baik perancang.
Ujian Berbeza Pada Setiap Manusia
Tiada manusia yang tiada masalah. Semua ada baik besar mahupun kecil. Yang membezakan kita adalah bagaimana kita menangani masalah tersebut. Adakah kita lari daripada masalah atau berusaha untuk menyelesaikannya?
Setiap manusia juga diberi ujian berbeza. Jangan sesekali menyamakan ujian setiap manusia. Ada orang diuji dengan harta. Ada orang diuji dengan kesusahan. Ada orang diuji dengan hati perasaan.
Pelbagai ujian ada datang menimpa dan jangan berhenti berharap kepada Allah. Jangan memandang rendah pada mereka yang tidak memiliki apa yang kamu miliki.
Always remember,
Never make fun of anyone who can not do what you can do easily. It’s easy for you because Allah made it easy for you. – unknown.
Selain daripada life lessons yang aku kongsikan di atas, aku kongsikan juga di sini beberapa kata-kata/quotes yang terdapat dalam buku ini. Ohh I ๐ quotes!
Dua benda penting dalam diri. Hati dan fikiran. Jangan biarkan ia dikawal oleh manusia.
Jangan jaja keburukan orang. Anggaplah apa yang kita lihat tu, Allah nak didik kita supaya jangan buat macam tu.
Walaupun seseorang itu teruk di mata kita, masih belum mampu untuk kita jamin pengakhiran hayat dia macam mana. Oleh itu, jangan biar diri menjadi penghukum yang tegar.
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: โ โ โ โ
Banyak lagi kata-kata menarik dalam buku ini sehingga kalau aku kongsikan semuanya di sini, rasa macam panjang sangat pula entri ini. Ni pun dah cukup panjang haa ๐
I enjoyed reading this book. A lot of life lessons and motivational quotes can be found in this book. You can read it at one sitting, kalau fokus. Ayatnya juga mudah difahami dan cerita yang dekat dengan hati.
![]() |
Saja ambil flatlay ini sebab macam cantik tema hitam putih ๐ |
Hidup ini pilihan. Dan pilihan itu sentiasa ada pada diri kita.
Have a barakah Friday and happy reading, all ^_^