Wanita dan tudung berpisah tiada ~ 😍
Apabila semakin hampir menjelang hari kemerdekaan Malaysia, beberapa jenama tudung terkenal juga turut meraikan hari kemerdekaan dengan cara menghasilkan Limited Edition Merdeka scarf masing-masing.
Aku hanya perhatikan design scarf bagi dua jenama iaitu dUCkscarves dan Tudung People kerana aku mengemari design daripada kedua-dua jenama ini.
dUCkscarves terkenal dengan The City collection manakala Tudung People terkenal dengan beautiful flower design.
Masing-masing ada kriteria dan kelebihan tersendiri dan entri ini adalah pendapat peribadi aku mengenai Limited Edition Merdeka scarf yang dikeluarkan oleh dUCkscarves dan Tudung People.
THE KL DUCK MERDEKA EDITION by DUCKSCARVES
Merdeka tahun ini, dUCK mengeluarkan design The Kuala Lumpur Scarf – Limited Edition Merdeka dUCk. Koleksi ini adalah gabungan antara The KL dUCk dan Oops dUCk.
![]() |
Colours of The Merdeka dUCk. Mixed, Yellow, Red, Blue Represents colours of our Malaysian flag |
My first impression: Aku tidak berapa berkenan dengan design ini. Pendapat aku lah kan, lebih cantik jika design the city of The Merdeka dUCk ini mengikut warna lebih kurang sama dengan base colour. Bukan warna hitam pastinya.
Sehingga dUCk post gambar di atas. Aku terus terpikat dengan warna kuning. Jarang aku nak terpikat dengan warna kuning tau. Bagi aku, warna kuning untuk The Merdeka dUCk menyerlah walaupun nampak lembut je.
Tangan pun mulalah gatal untuk membeli..
Kali ini, aku beli dUCk dengan tenang sebab tak perlu battle. Sampai sekarang, semua warna kecuali Mixed masih ada di online store FashionValet. Jadi, kepada sesiapa yang nak beli, tak payah guna khidmat PS okay melainkan kalau korang nak Mixed colour.
My honest review: I love it so much! I love the color, the design, and I think the black colour of the city suits the scarf well. Nampak perbezaan di situ dan itulah yang menjadikan The Merdeka dUCk ini cantik 😍
Material kain untuk Limited Edition dUCk tidak boleh disangkal lagi. Aku sangat berpuas hati dengan The Merdeka dUCk. I’m in love 💓
![]() |
Home Sweet Home – Kuala Lumpur Tapi aku orang Selangor. Haha. Asal Malaysia lah kan ~ |
LIMITED EDITION HIBISCUS by TUDUNG PEOPLE
Seperti yang aku katakan di atas, Tudung People terkenal dengan design bunga yang cantik seperti lukisan. Serius cantik! 😍 Tak pernah lagi aku nampak design Limited Edition Tudung People yang tidak cantik. Semuanya seperti lukisan. Boleh frame beb! Hihi.
Tudung People memilih untuk mempersembahkan Malaysia’s national flower, Hibiscus dalam design Merdeka kali ini. Nama diberi sebagai Limited Edition Hibiscus.
Ada lima warna yang diberi nama mengikut nama tempat di Malaysia Ada shawl dan bawal |
My first impression: Aku suka design bunga raya di hujung scarf. Menarik tau! Tapi hati masih ragu-ragu untuk beli. Sebab aku tidak berapa percaya dengan material kain Tudung People. Keyakinan aku pada Tudung People tidak setinggi keyakinan aku pada dUCk.
Namun, aku masih beli (gila 🙈). Aku pilih untuk beli LE Hibiscus in Stadthuys. Terpikat dengan warna pink cair dan aku kan suka pergi Melaka. Sebab tu pilih Stadthuys. Haha. (macam takde kaitan). Dua tahun berturut pergi Melaka, tahun ni tiada cuti-cuti Malaysia ke Melaka. Suami kata tahun ni tahun duduk rumah. Okay. T_T
![]() |
LE Hibiscus in Stadthuys |
My honest review: Aku suka hanya pada dua benda untuk LE Hibiscus iaitu design bunga raya di hujung shawl dan warna pink cair. Aku tidak suka material kain ini. Kain daripada jenis yang mudah pecah. Jika diperhatikan dengan teliti, ada terdapat caritan (betul ke namanya caritan?) di hujung eyelash.
Mujur juga aku pilih warna pink cair. Kalau warna hitam, lagi jelas nampak caritan itu. Tak cantik! Semestinya! Tidak berbaloi beli dengan harga mahal tapi kurang kualiti kontrol 😞
![]() |
Did you know the five hibiscus petals symbolized our 5 Rukun Negara? – TP |
Kalau diberi peluang memilih antara The KL dUCk Merdeka atau LE Hibiscus, yang mana satu menjadi pilihan korang?
Please share your answer in comment section below ^_^
p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
p/s/s: Have a safe journey and enjoy your long holiday.