Review datang lagi. Hihi. Disebabkan review filem adalah entri paling senang nak dibuat, maka aku masih dalam mood review ye ^_^
Aku gabungkan dua review filem dalam satu entri. Mudah dan pantas 😀
FILEM BISIK PADA LANGIT
Filem yang sangat aku nantikan. Bila dah habis baca novel, lagi semangat nak tengok filem ini.
Untuk pengetahuan semua, jika masih ada yang belum tahu, novel Bisik Pada Langit adalah adaptasi untuk filem ini dan bukan sebaliknya. Maksudnya, skrip Bisik Pada Langit dihasilkan dahulu kemudian Siti Hajar mengarang sebuah novel berdasarkan skrip tersebut. Aku pun baru tahu selepas seorang insan meninggalkan komen di ENTRI INI. Barulah selepas itu, aku membaca fakta yang sama di page Karya Siti Khadijah di Facebook.
Aku akan terus berkongsi ulasan mengenai filem ini. Rasanya korang dah tahu sinopsis filem ini kan? Kalau belum tahu, boleh juga baca dalam entri review novel Bisik Pada Langit.
REVIEW
Sebuah kisah kekeluargaan yang sangat menyentuh hati. Plot cerita filem ringkas dan tidak meleret. Apa yang paling penting adalah mesej kekeluargaan yang disampaikan dalam filem ini.
LAKONAN BERKESAN
Semua pelakon sangat bijak membawa watak yang diberikan. Sungguh berkesan terutama watak Wak Rosli yang dibawa oleh Jalil Hamid. Sedih gila weii! Tengok reaksi muka Jalil Hamid pun dah sedih, belum dia bercakap lagi 😭
Ada juga dialog Jalil Hamid yang sebenarnya serius tapi kelakar pulak. Haha. Akan mengingatkan kita pada ayah-ayah kita yang bercakap kuat tiba-tiba. Marah tapi sebenarnya dia tengah serabut tu. Hihi. Automatik teringat kat Ayah <3
Watak Siti Hajar yang dibawa oleh Ummi Nazeera, walaupun babaknya tidak terlalu banyak, tapi disampaikan dengan sempurna. Aku suka melihat wajah Ummi dalam filem ni. Comel tambah lagi babak dia berlari kutip botol.
Pelakon lain juga sama. Semua bijak melakonkan babak yang diberikan. Salah seorang daripadanya adalah Beto Kusyairy. Lakonan Beto tak pernah menghampakan aku. Sentiasa best!
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Serius terbaik! Nak cakap lebih bab ini pun aku tak tahu sangat. Tapi yang pastinya, cara penyampaian dan penyusunan setiap babak sangat menarik. Babak rewind selepas semuanya berakhir adalah pelengkap untuk filem ini. Best! Tahniah kepada Kabir Bhatia dan semua krew yang terlibat.
PASTI MENITISKAN AIR MATA
Aku menangis tiga kali semasa menonton filem ini. Ketika Wak Rosli mengajar Hajar mengucap di telefon, semasa jenazah Hajar tiba di kampung, dan semasa video Hajar dimainkan selepas pengebumiannya. Sedih sangat. Bercucuran air mata 😭
Korang menangis je masa masa tengok filem ini. Jangan segan dan malu. Orang sebelah kau pun pasti menangis jugak. Orang sebelah aku teresak-esak menangis. Selang satu kerusi dan aku masih dengar dengan jelas dia teresak-esak.
Satu lagi, korang tak payahlah lap air mata yang mengalir. Sebab korang akan menangis dan menangis lagi. Biarkan saja air mata kering sendiri di pipi seperti yang aku buat. Hihi.
BANYAK MESEJ MENGENAI KELUARGA DAN KEHIDUPAN
Aku tak nak taip lebih mengenai bab mesej ini sebab aku dah taip panjang berjela dalam Review Novel Bisik Pada Langit. Korang boleh klik LINK INI untuk baca ye 🙂
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: ★★★★
Filem berkisarkan keluarga yang pasti akan membuatkan kita mengingati keluarga dan secara tak langsung lebih menghargai keluarga kita. Setiap pengorbanan ayah mak dan adik-beradik, hanya Allah yang mampu membalasnya.
Filem mesti tonton! Kalau tak sempat tonton di pawagam, boleh langgan nanti di Astro First okay ^_^
****************************
FILEM TELEVISYEN TEROBEK RAYA
Review filem televisyen (FTV) ini selingan je sebenarnya. Hihi. Nak jugak buat review untuk FTV Terobek Raya!!
Kalau korang tengok senarai pelakon dalam gambar di atas, pasti korang dah dapat agak yang ini adalah cerita berkonsepkan komedi dan hiburan ringan.
Terobek Raya akan mengimbas kembali kenangan berpuasa, menyambut hari raya, pergi beraya ke rumah orang kampung (nak duit raya je, tak nak makan 😆), amalan bertandang dan meminang, serta banyak lagi yang dilalui oleh masyarakat zaman dahulu.
Idea asal daripada Johan dan Ozlynn dan tiada skrip untuk filem ini. Semua pelakon perlu menjadi kreatif dan spontan dalam melontarkan dialog yang dirasakan sesuai untuk babak itu.
Pendek kata, seperti kita melihat Super Spontan. Hihi.
LAWAK! LAWAK! LAWAK!
Tolonglah langgan filem ini. Haha. Tolonglah. Aku dah dua kali langgan di Astro First dan berulang kali tengok selama dua hari setiap masa. Haha. Serius lawak weii!! Berkali tengok pun masih ketawa terbahak-bahak.
Tak boleh bla lah dorang semua ni 😆
Lagu Zapin Usik Mengusik yang dipopularkan oleh Senario dan Haida turut diselitkan dalam filem ini. Bukan diselitkan je dah, satu lagu habis dorang nyanyi. Haha. Yang jadi Saadon masa lagu ni adalah Beto Kusyairy. Serius lawak weii!! Belum lagi bab Beto Kusyairy jadi tukang jahit. HAHA.
FTV Terobek Raya masih ada di Astro First. Sila langgan sebelum tamat ye. Tak rugi langgan. Percayalah. HAHA.
***********
Sekian saja review aku mengenai dua filem yang ternyata dalam kategori yang berbeza ^_^
Terima kasih sudi baca 🙂
Korang dah tengok filem yang mana? Apa pendapat korang? Best?
Banyak pulak rasanya tanda soal. Hihi.