Haha. Boleh tak nak gelak dulu sebelum cerita? 🤣
Serius rasa kelakar sungguh bila biasanya dengar phone masuk air. Tapi kali ni, phone masuk susu pulak. Haha.
Aduhai suami aku lah ni. Kisah benar dia.
Nak dijadikan cerita, semalam, dalam perjalanan pulang dari kerja, encik suami singgah Petronas dan beli dua kotak besar susu HL. Lepas tu, dia letak susu HL dalam beg galas dia. Sekarang kan zaman “No Plastic Bag”.
Bila sampai rumah, rupanya susu HL tumpah dalam beg. Banyak jugaklah tumpah. Dari beli 2 kotak, dah jadi 1 suku kotak je tinggal susunya. Beg dah penuh dengan susu dan phone pun terjebak kena rendam dengan susu.
Phone apa? Tu seperti gambar di atas. iPhone 4S kesayangan.
iPhone 4S yang aku turunkan pada encik suami selepas aku beli iPhone 6 Plus tiga tahun lepas. Masih bertahan tau guna iPhone 4S walaupun hanya boleh update sampai IOS8 kalau tak silap.
Seperti yang dijangka, phone dah tak boleh on. Letak dalam bekas beras pun rasa macam tak boleh dah tu. Phone dah lama, masuk susu pulak tu. Rasa memang tak selamat dah.
Kasihan kat encik suami, tengah pening sama ada nak beli phone baru atau tidak. Dia pun macam aku juga suka iPhone tapi tidaklah tahap “gila” macam aku lagi.
Sekarang, encik suami terpaksa guna phone Samsung Note 1 yang hampir menuju ke masa pengakhiran juga. Phone penting bagi encik suami sebab dia guna phone untuk berkomunikasi dengan kawan sepejabat. Buat kerja pun kadang-kadang berbincang melalui group whatsapp.
Samsung Note 1 dah slow lembap tahap kura-kura. Tapi nak buat camne kan. Terpaksa juga guna. Mujur boleh lagi guna.
Kasihan tengok encik suami. Serabut je semalam. Suruh beli phone baru tapi dia kata nak fikir dulu. Baguslah fikir dulu. Tak jadi macam isteri dia ni. Jenis tak sabar. Haha.
Kasihan memang kasihan. Tapi sebelum kasihan, aku gelak gila-gila dulu semalam. Haha.
Tak pernah weii dengar phone masuk susu. Hahahaha.
Maaf encik suami. Terpaksa jadi bahan untuk blog hari ni 😂
Sebelum tidur malam ni, saya mintak maaf eh. Hahaha 😂