“Read e-book anytime, anywhere using your device”.
Korang pun tahu agaknya yang sekarang aku gila download E-Books. E-Books yang aku download semuanya percuma saja. Semua buku English je yang aku jumpa dalam format free E-Books.
Aku ingatkan buku Melayu takde dikeluarkan dalam format E-Books. Sehingga aku baca salah satu komen di Goodreads dan baru aku tahu yang buku Melayu pun ada dalam format E-Books.
Cuma E-Books yang ada bukanlah percuma. Wajib beli ye =)
Aku sangatlah rajin (masuk bakul angkat sendiri) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai E-Books untuk buku Melayu. Terus DM gadis itu lalu bertanya dengan harapan, soalan aku berbalas.
Dan yes!! Gadis itu balas DM aku. Hihi. Terima kasih Husna ๐น
Meh aku nak berkongsi cara-cara untuk beli buku Melayu dalam bentuk E-Books. Ada yang dah tahu kan? Aku baru tahu akan perkara ini, semangat nak share haa. Hihi.
Aplikasi: E-SENTRALย
1. Senang je. Langkah pertama – Korang mesti download aplikasi E-Sentral di telefon masing-masing.ย
2. (Sila rujuk gambar di bawah). Ada bahagian Home, My Library, dan Store.ย
3. E-Books boleh dibeli menggunakan aplikasi ini. Hanya klik pada Store dan cari buku yang dikehendaki.
Add to Cart โ Go to Shopping Cart โ Please login to make payment โ Choose Payment Option โ Pay and E-Books will automatic in My Library โ Click Download.
4. E-Books bersedia untuk dibaca.
Mudah kan? ๐
Fakta Penting Mengenai E-Sentral:ย
- Diingatkan bahawa tidak semua novel Melayu ada di sini. Sesetengah novel saja. Aku cuba cari novel Siti Rosmizah tapi tiada. Kalau ada, sure beli dah.
- Boleh dikatakan semua buku fixi ada dijual di sini termasuk terbitan terbaru iaitu Gantung 2 dan Asrama 2.
- Majalah, Buku English dan Buku Kanak-Kanak turut ada dijual.
- E-Books yang dibeli melalui E-Sentral hanya boleh dibacaย menggunakan aplikasi E-Sentral saja.
- Harga E-Books adalah lebih murah daripada buku fizikal (separuh harga).
![]() |
Semua E-Books yang aku beli Total harga: RM102.60 Harga buku dari RM4.50 – RM12.90 Paling Mahal: Kelabu by Nadia Khan (RM12.90) Paling Murah: Ked’s Story by Hlovate (RM4.50) |
Sekarang aku tengah giat membaca buku karya Nadia Khan. Ramai orang bagi review best dan akhirnya tergerak juga hati aku nak baca selepas dah ada E-Books. Kalau nak beli physical book, rasa tidaklah kot. Malas nak menambahkan buku yang ada. Lagipun buku fixi Nadia Khan diterbitkan dalam tahun 2011. Takde nampak dah di kedai buku.
Aku dah baca berturut-turut tiga buku karya Nadia Khan bertajuk Kelabu, Gantung, dan Gantung 2. I loved all! <3 Currently reading adalah buku bertajuk Pakar.
Buku Fixi yang lain aku beli berdasarkan review di Goodreads. Buku Mental dicadangkan oleh Shea =)
Ada sesiapa tahu website / aplikasi untuk beli buku Melayu dalam format E-Books selain E-Sentral? Bolehlah berkongsi di ruangan komen ye ^_^
Thank you for reading.
Have a nice day, all ~