Ohhh sekarang dah tiba di penghujung bulan Jun 2017. Tapi aku baru nak bercerita mengenai kisah membeli pada bulan April dan May 2017. Maafkan aku wahai blog tersayang kerana terlambat untuk berkongsi di sini.
Bulan puasa ni, tidak banyak masa untuk bersama blog. Banyak draft tapi satu pun susah nak siapkan. Aigoo ~
Sebelum Syawal menjelma tiba (Insyallah pada hari Ahad ini), aku nak update mengenai my shopping haul in April & May 2017.
Secara ringkasnya, barang yang aku beli terbahagi kepada empat kategori.
Jom tengok apa aku beli selama dua bulan ^_^
SHAWL
Seperti yang aku juga sangka, hihi, aku tidak lepas daripada membeli tudung baru. Dan guess what? Aku berjaya untuk tidak membeli tudung dalam bulan April tetapi tidak berpanjangan rupanya kejayaan itu.
Akhirnya aku tewas juga =D
Aku sangat suka tudung printed. Tak kisahlah printed macam mana sekalipun. Yang paling aku suka apabila corak tudung itu seperti lukisan di kanvas. Cantik sangat! 😍
Tak tahan rasa melihat tudung yang cantik tau. Rasa macam gatalnya lah tangan ni. Hehe.
Pilihan tudung aku dalam bulan May 2017 adalah daripada Tudung People dan Ariani. Both are my favourite scarf brands. Add one more to the favourite list, dUCkscarves =)
![]() |
1) Papillon Printed Shawl Eyelash – Ariani 2) Tudung People Limited Edition 2017 – Fleur Du Jour Collection |
Aku tidak suka akan material kain untuk Tudung People Limited Edition. Kainnya agak keras dan tak kelihatan flowy bila pakai. Aku pernah pakai sekali je. Tak suka sebab material kain tapi aku suka akan coraknya!! Cantik!!
Material kain Ariani? Tidak perlu disangkal lagi. Semua material kain untuk tudung Ariani adalah yang terbaik. Tidak pernah walau sekali aku tidak berpuas hati dengan Ariani =)
BOOKS
Ini adalah satu kategori barang yang pasti ada dalam setiap bulan. Sekurang-kurangnya satu. Mesti adalah. Pelik agaknya kalau aku tak beli buku dalam sebulan. Aku harap hanya satu buku tiap bulan tapi ada je buku yang menarik perhatian. Terpaksa beli lebih daripada satu 😁
Cara aku pula jenis yang beli je dulu buku yang aku dah senaraikan dalam TBR list. Aku tak kisah bila aku nak baca. Ikut mood juga sebenarnya. Tapi yang paling penting adalah buku itu sudah ada dalam rak buku dan hanya perlu diambil saja apabila sudah tiba giliran untuk membacanya.
![]() |
8 buah buku weii! Pening laki aku tengok rak buku makin penuh sedangkan kata dah banyak E-Books 😅 |
Laki aku yang pening. Aku suka kalau rak buku penuh dengan pelbagai jenis buku. Rasa bahagia je tengok. Hihi. Bahagia tau! Hanya mereka yang minat buku saja boleh faham perasaan aku. Hihi.
Dalam 8 buah buku yang dibeli, aku dah habis baca empat daripadanya. Okaylah dari takde langsung kan #sedapkanhati
Tapi.. Tapi.. Hanya satu buku saja yang sudah siap aku buat review. Lagi tiga review buku, seperti biasa, masih dalam draft. Hii.
![]() |
Emosi bercampur-baur semasa baca buku ni. Serius tak tipu. Rating: 5/5 stars |
MUSIC
Kategori ini pun dah jadi wajib jugak kot. Haha. Hasil aku yang suka tengok drama Korea telah menyebabkan aku suka beli OST Korean Drama. Mostly lagu yang aku beli adalah OST je. Cuma dalam dua bulan ini ada sedikit perbezaan untuk kepelbagaian lagu. Hii.
Apakah perbezaan itu? Haha. Tidaklah besar mana pun perbezaan. Cuma dalam dua bulan ini, aku ada beli lagu yang tidak merupakan OST Korean Drama. Hihi. Lagu Beauty and the Beast pun ada (Aku lagi suka versi lagu ni dalam I Can See Your Voice 4).
Lagu OST yang aku beli adalah daripada drama Strong Woman Do Bong Soon (done watched), My Secret Romance (done watched), dan The Emperor: Owner of the Mask (ongoing).
BEAUTY
Aku bukanlah orang yang suka beli barang mekap. Paling pandai pun aku beli hanya lipstick. Dan iya, dua bulan berturut, aku beli lipstick. Hihi. To be exact, matte lipstick.
Sekarang, aku suka pakai matte lipstick dari IN2IT. Sejak diperkenalkan oleh Hanis beberapa bulan lepas, terus aku aim je lipstick IN2IT. Sekarang aku ada tiga warna yang berbeza daripada matte lipstick IN2IT.
![]() |
Atas: VM 04 Regal Bawah: VM 03 Ravish |
Dah habis cerita mengenai my shopping haul in two months! Biar lambat asalkan hutang entri wajib tiap bulan telah selesai dibayar. Hihi.
What is your favourite product now?