Seperti yang katakan dalam ENTRI INI, aku sambung lagi kisah kami ke Pulau Redang dalam Part 3. Apa yang kami buat ketika masa terluang di sini ^_^
Diingatkan bahawa entri ini mengandungi banyakkkkkk gambar. Tak tahu nak pilih yang mana sebab semua cantik. Pemandangan cantik sangat! Jadi, aku letak jela semua. Hihi.
RELAXINGΒ
Kami ada banyak masa terluang. Dari jam 4.30 petang hari pertama dan hari kedua sehingga malam. Aktiviti di Pulau Redang tidak banyak. Jadi, ada banyak masa untuk mandi-manda, berehat, ambil gambar dan hanya duduk di tepi pantai menikmati pemandangan indah. Light and easy π
Rasa seronok juga sebenarnya apabila jadual percutian tidak padat. Ada masa untuk menarik nafas lega dan tidak terkejar-kejar untuk melakukan aktiviti yang ditetapkan.
Agaknya aku semakin tua (memang pun π) sehingga aku lebih sukakan aktiviti senang-lenang saja. Aktiviti yang tidak memenatkan aku. Hihi.
Disebabkan banyak gambar untuk dikongsi bersama korang di sini, aku cerita di caption gambar ye. Sila baca caption π
![]() |
Hanis dan Syira acah-acah main bola tampar pantai. Dua tiga kali je balingnya, pastu dah diam kat tepi pantai. Hihi. |
![]() |
Satu hammock saja yang boleh digunakan di sini. Kerusi kuning tu sibuklah. Tak sempat nak alihkan .Β |
![]() |
Buku adalah benda wajib aku akan bawa ke mana saja. Baca buku di tepi pantai. Fe-feeling sangat π |
![]() |
Tiga ketul budak tak nak keluar dari laut. Haha |
![]() |
Seketul budak sedang ambil gambar π |
![]() |
Mandi-manda di sini selepas balik dari snorkeling. |
![]() |
Syira |
![]() |
TQ Nadia ambilkan gambar ini. Ambil giliran okay. Hihi |
![]() |
Apabila tempat cantik, bawah jambatan pun jadi tempat untuk ambil gambar π In frame: Tasha |
![]() |
Subhanallah. Cantik di setiap sudut <3 |
Kami makan malam selepas Maghrib. Pada malam pertama selepas makan malam, diadakan acara karaoke. Aku, Tasha, dan Syira lepak di pantai agak lama. Hanis dan Nadia dah masuk bilik.
Aku suka suara penyanyi pada malam itu. Suaranya sesuai dengan suasana malam di tepi pantai. Gitu. Hihi. Lagu disampaikan secara akustik menyebabkan kami seperti terbuai-buai dengan sepenuh perasaan di tepi pantai. Hyperbola sangat ayat aku. Haha.
Aku nak request dia nyanyi lagu Kenangan Terindah by Samsons. Aku suka sangat lagu tu dan rasanya macam sesuai je dengar di tepi pantai. Hyperbola lagi. Haha.
Tapi sayangnya, tiba-tiba ada seorang kakak datang untuk karaoke. Ingatkan satu lagu je dia nyanyi. Bukan satu weii, berturut-turut pula dia menyanyi. Suara not bad jugaklah tapi kami tak nak! Kami nak penyanyi akustik tadi!
Kami masih menunggu dengan harapan akak itu berhenti menyanyi. Tapi apakan daya. Harapan kami terkubur sebab kawan akak tu dah join dia pula di atas pentas. For sure, banyak lagu lagi nak dinyanyikan weii!
Kami bertiga pun terus mengangkat punggung untuk pulang ke bilik dengan hati yang sebal. Haha. Nyanyi sendiri lah lagu Kenangan Terindah. “Aku yang lemah tanpamu..” La la la ~ ~ ~ π
![]() |
Morning. Day 2 di Pulau Redang π |
![]() |
Gambar yang mesti diambil. Hihi. |
PHOTOGRAPHY SESSION
Pada hari kedua, selepas snorkeling, Hanis, Syira, dan Nadia terjun dari jeti ke laut. Budak penakut seperti aku dan Tasha hanya berdiri di tepi jeti sambil tangan masing-masing memegang phone untuk merakam aksi mereka.
Aku rakam Boomerang dan Tasha rakam full video. Sayangnya aku tak ambil video itu daripada Tasha. Nampak senang tengok mereka terjun tapi haih, aku tetap tak sanggup nak buat. Hihi.
Setelah tamat sesi terjunan aksi menegak mereka, kami semua bergerak ke hujung pantai untuk mengadakan sesi pengambaran. Chewahh ~ Dah nampak semalam, ada geng yang ambil gambar di sana juga. Nampak menarik tempatnya. Mestilah kami nak ambil gambar juga π
![]() |
Tempat pengambaran kami di hujung sana. Nampak batu-batu itu.. |
![]() |
Dalam perjalanan ke sana.. |
![]() |
Hanis sedang berenang dan Syira tengah pose. Hanis langgar je sesape depan dia kang. Hihi. |
![]() |
Dah sampai hujung. Yeayy! |
![]() |
Cantik sangat view kat hujung pantai <3 Love the color blue <3 |
Sesi pengambaran pun bermula. Masing-masing tolong ambilkan gambar la ye. Ikut giliran seperti biasa π
![]() |
In frame: Aku. TQ Nadia. |
![]() |
In frame: Tasha Aku snap photo ni. View sama cuma gaya dan batu berbeza. Hihi. |
![]() |
In frame: Nadia. Tasha ambilkan gambar ni. |
![]() |
In frame: Aku Tasha snap kan lagi π |
![]() |
In frame: Nadiah. Aku snap photo ni. |
Nampak tak saling bertukar giliran dan photographer mengambil gambar? Bila dah datang beramai-ramai dalam satu kumpulan, ambil gambar secara giliran ye. Cuma tak perlu sampai nak panggil nombor giliran. Hihi. Masa ni, Hanis dan Syira masih berada dalam laut.
Kami berlima tetap nak juga ambil gambar terapung bintang. Ada aku ceritakan dalam ENTRI INI. Kebetulan ada seorang lelaki berada di sekitar batu ini juga. Dan dia boleh tolong ambilkan gambar kami dari atas batu. Kenalah dia berdiri atas batu kan, kalau tidak, tak nampaklah bintang kami.
Setelah percubaan berkali-kali, akhirnya dapat juga gambar yang kami nak! Terapung bintang! Terima kasih ye tolong snapkan gambar secara burst. Hihi.
![]() |
Bintang kami π |
Selepas itu, kami nak ambil gambar di batu pula. Masa ni tiada siapa nak melayan. Syira terpaksa pulang semula ke bilik untuk mengambil tripod dan monopod yang dia bawa. Nasib baik Syira bawa peralatan itu. Memang tak adalah gambar di bawah ni kalau tiada tripod.
![]() |
Hasil gambar menggunakan tripod Syira. Cantik view di belakang <3 |
![]() |
Lagi.. Thank you tripod! Hihi |
Fuhhh! Panjang gila entri ni π Ini saja aktiviti kami semasa di sana selain daripada snorkeling. Rasa puas lepak tepi pantai, ambil gambar, dan mandi-manda. Tak ramai orang pun. Sesi pengambaran berjalan dengan lancar. Hihi.
Suka pantai di Redang Mutiara Beach Resort! Semestinya pemandangan cantik, air jernih, dan ada tempat untuk dijadikan port bergambar π
Aku akhiri entri ini dengan gambar laut biru terbentang luas π Seperti memanggil kami ke sana lagi.
Menaip entri ini sambil mengingati kembali keindahan Pulau Redang. Sangat berbaloi ke sini. Rindu Pulau Redang! π
Tamat sudah cerita Part 3. Aku akan sambung cerita percutian kami dalam entri terakhir, Part 4. Nak balik dah!!!
Thank you for reading and stay tuned ^_^