Dulu aku selalu juga usha blog template. Selepas tukar blog template ini, aku tidak usha blog template baru lagi. Cuma, hihi, aku ada tukar grid style dan homepage saja. Korang boleh baca dalam ENTRI INI.
Aku nak blog aku cantik walaupun isi tak seberapa. Hihi. Blog diibaratkan seperti diari online aku. Walaupun tidak semua benda aku ceritakan di sini, tapi kira diari lah tu, kan. Kenangan yang pasti aku datang untuk baca kembali di masa akan datang =)
Setelah empat bulan aku tidak usha blog template, tetiba rasa macam nak tengok-tengok template baru pulak.
Perasaan tu datang tiba-tiba. Aku pun tak faham π
Aku mulakan pencarian blog template baru di ETSY dan PIPDIG. Setelah lama menilik satu demi satu template, aku jumpa juga template yang aku NAK SANGAT di PIPDIG.
BLOGGER TEMPLATE: HOMESTEAD
Jatuh cinta dengan template Homestead sebab:
Grid style. Aku suka grid style template ni. Nampak kemas dan cantik je.
Warna template. My favourite color. Tak tahu nak cakap warna apa. Pink belacan? Pink? Yang pasti, aku suka tone warna begini =)
Blog Header. I love simple blog header like this one. But I love my current blog header. I only need to change color of my blog header if I change to this new template.
Responsive Template. Semestinya ini menjadi salah satu kriteria untuk aku memilih template. Senang baca di phone. Yeahhh ~
Tapi sayangnya…
Aku tidak mampu untuk miliki template ini sekarang. Mahal weii! Harga template ini RM215 π± Mahal sangat!!! Dan aku masih berkira untuk beli template yang mahal. Harga template yang pernah aku guna tidak pernah lebih daripada RM30.
Jadi, untuk membeli template harga RM215 perlu fikir banyak kali. Banyak, banyak kali.
Bagi aku, berbaloi untuk beli template mahal asalkan aktif blogging. Tapi aku bukan selalu update blog. Ikut mood dan masa yang ada. Kebiasaannya masa ada cuma mood menulis tiada. Tidak seiring nampaknya dua perkara itu.
Dan..
Setelah berfikir dengan lebih waras, haha,
Aku mengambil keputusan untuk kumpul duit dan beli template ini sebagai hadiah New Year untuk blog pada tahun hadapan. Ada lagi lapan bulan untuk menabung =D
Plan aku begitulah. Jadi atau tidak? Tunggu tahun depan π Mana tahu tiba-tiba berubah fikiran ke kan? Boleh beli terawal atau tak jadi beli langsung? Fikiran dan hati boleh berubah π
Ada rakan blogger nak join plan aku tak? Haha. Adakah korang pun suka usha template jugak? Dan berbaloi ke rasa beli template mahal?