“Shopping is cheaper than therapy”
Agree? 😉
Let’s see what I bought in March 2017!
I have mentioned before that I’ve been dUCked right? YES I AM. Aku beli dUCk scarves tiga bulan berturut-turut. Perasaan suka aku kepada dUCk scarves semakin subur sekarang 😄
Aku jumpa satu quote yang boleh dikatakan sangat tepat dengan apa yang aku alami sekarang terhadap dUCk scarves iaitu:
Haha. That’s why I bought and I don’t have any regret (now). Not sure in future. Muahaha.
Aku tak boleh tahan diri daripada tidak membeli warna KL City dUCk yang baru. So. Hello KL City dUCk scarf in Cream. I love you! You’re so beautiful 😍
Dalam banyak design dUCk, aku paling suka akan KL City dUCk scarves. Jadinya, aku ada tiga warna KL City dUCk iaitu Grey, Ash Blue, dan Cream.
![]() |
The real color. Berlainan daripada gambar di atas. Lighting issue. |
![]() |
The KLCC (malas iron :p) |
BOOKS
Susah sungguh nak jarakkan hubungan aku dengan kedai buku. Kaki sentiasa melangkah masuk tanpa sedar dan beli sekurang-kurangnya satu buku. Mostly buku yang aku beli daripada good review on Goodreads and other blogger.
Lima buku dibeli dalam bulan Mac. Yang paling mengembirakan aku apabila aku berjaya habiskan pembacaan untuk empat buku iaitu Anding Ayangan, World, One, dan A Thousand Pieces of You. Ten Thousand Skies Above You adalah kesinambungan untuk novel A Thousand Pieces of You.Aku tak terus sambung baca novel kedua. Memberi peluang kepada buku lain pula. Aku ni jenis baca ikut mood.Review buku World by Budak Tomato saja yang sudah disiapkan. Feel free to read HERE.
MEMEY INNER & MAKE UP
Memey Inner. Kenal Memey? Tak kan tak kenal? Hii. Aku beli Memey Inner ini daripada Meylana. Sebenarnya aku sedang mencari inner baru dan kebetulan pula Hanis nak beli Memey inner. Aku pun tumpang dua kaki 😎
Harga asal RM30 / piece dan kami beli semasa ada sale, maka harganya menjadi RM15 / piece. Disebabkan murah, aku beli tiga warna yang aku rasa sesuai dipakai dengan tudung warna apa saja. Sayangnya, aku rasa warna peach itu kurang sesuai dengan semua warna tudung. Sampai sekarang, aku masih belum rasmikan Memey inner warna peach.
Nampak sangat pilihan warna peach hanya kerana aku suka warna tu 😅
Maybelline The Blushed Nudes. Satu-satunya barang yang aku beli semasa Lazada Big Sale. Harga asal RM60+ dan selepas sale harga menjadi RM30+. Aku suka semua warna! Masih tak guna hingga sekarang. Hihi. Pergi pejabat cukup hanya pakai blusher dan lipstick saja.
Foundation Whipped Creme Sendayu Tinggi. Hanis adalah insan yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada foundation ini. Aku sangat suka! Cepat kering dan tekstur pun lembut je. Hanis kata dia beli foundation ini di Watsons. Harga RM40+. Lepas pakai foundation ni, rasa tak nak tukar jenama produk lain 😊
ARIANI
Ada penipuan sedikit di sini. Tipu ke? 😱 Sepatutnya Ariani dimasukkan dalam February 2017 Haul tapi sayangnya aku malas nak ambil gambar semula. Hihi. Jadi aku masukkan Ariani dalam March 2017 Haul.
Ariani adalah salah satu jenama tudung yang aku gila!! Semua design cantik, tertarik, kau memang da bomb! 😍 Aku suka material kain tudung Ariani. Senang dibentuk dan selesa.
![]() |
1. Wanderlust by the Journey Series 2. Selendang Marissa in Peach (best gila material kain) 3. Blomma Printed Shawl Eyelash in Peach 4. Blomma Printed Shawl Eyelash in Blue. |
Kalau diikutkan, perbelanjaan bulan Mac 2017 adalah kurang daripada bulan Februari 2017. Moga perbelanjaan bulan April 2017 juga semakin berkurangan. Tapi nak raya dah ni!! *alasan*
Last but not least,
![]() |
My-not-so-perfect-flatlay 😀 |
So,
What items do you like right now? ^_^