Sejak aku kembali aktif blogging iaitu pada bulan Mac 2016, aku telah dipertemukan dengan rakan blogger yang baik dan sentiasa menyokong blog masing-masing.
Alhamdullilah. Seronok tau dapat berkenalan dengan korang semua. Banyak info dan tips mengenai blogging yang aku ambil daripada korang.
Setelah kembali blogging, aku kini lebih meluangkan masa bersama blog berbanding laman sosial yang lain. Kira blog dah jadi tempat pertama lah. Hihi.
Aku suka blogwalking semua blog yang aku follow. Bukan blogwalking saja, aku akan cuba tinggalkan komen. Bagi aku salah satu daripada cara untuk support sesama rakan blogger adalah dengan meninggalkan komen di entri mereka. Bukan di chatbox saja tau.
Nak tinggalkan komen, bukan mudah juga. Sebab apa bukan mudah?
Pertama: Aku baca setiap post agar aku lebih faham akan apa yang diceritakan. Bila dah faham, baru boleh komen. Betul tak?
Kalau boleh aku nak elak daripada bagi general comment tapi kadang-kadang, komen juga begitu. Sebab takde idea nak komen apa. Maafkan saya ^_^
Kedua: Aku tak nak komen perkara yang telah diterangkan oleh blogger dalam post mereka. Bayangkan blogger bersungguh cerita dalam post, dan tetiba kita datang dan tinggalkan komen dengan bertanya mengenai perkara yang telah diceritakan dalam post tersebut.
Nampak sangat kan tak baca post? Sedih weii, tulis panjang tapi orang tak baca 😣
Ketiga: Aku takut kalau komen aku menguris hati blogger. Manalah tahu kan. Aku harap tiada. Cuma jika ada blogger yang terasa hati dengan komen aku, please bagitahu. Jangan pendam sorang-sorang. Tolong eh.
Walau apa pun, aku pasti akan berkunjung dan komen di blog rakan semua. Cuma lambat atau cepat saja. Bergantung kepada masa dan keadaan 😊
Dan..
Tanpa disangka, aku dapat hadiah daripada rakan blogger for Top Commentators! Yeayy! Berganda keseronokan bila dapat hadiah. Tak kisah hadiah apa, yang penting dapat hadiah. Hihi.
Meh aku nak berkongsi cerita mengenai hadiah yang aku terima daripada rakan blogger kesayangan ❤
GIFTS FROM BLOGGER FRIENDS
TOP COMMENTATORS
Aku dapat hadiah daripada dua rakan blogger sebagai Top Commentators blog mereka ^_^
1) BLOG: LADY IN RED PLANNER
Pemilik blog ini adalah Kak LZ. Aku paling suka dengan header blog kak LZ. Simple dan sesuai dengan kak LZ yang suka warna merah dan planner. Kak LZ pun satu geng dengan aku sebab sukakan kopi! Yeayy! Mungkin satu hari nanti, kita boleh meet up, having coffee together ☺
Terima kasih kak LZ atas hadiah yang diberi. Suka semuanya terutama losyen Rose M&S. Baru je cakap lepas ni boleh singgah M&S sebab nak beli losyen selepas baca entri akak mengenai losyen M&S. Alhamdullilah. Dapat losyen daripada kak LZ, secara automatik batal plan nak ke M&S. Hihi.
Siapa yang masih belum mengenali CikLa? Korang rugi kalau masih tak mengenali CikLa. Hihi. Banyak tips dan info yang ada dalam blog CikLa. Ada beberapa post CikLa yang aku save untuk dijadikan rujukan kelak. Tambah lagi bab petua ✌
CikLa sudah berada dalam dunia blogging selama lima tahun dan CikLa adalah seorang rakan blogger pertama yang ajar aku mengenai komuniti di Google+. Tak pernah kedekut ilmu. Terima kasih CikLa! ☺
BIRTHDAY GIFT
3) BLOG: QUEEN BEE
Ayunie Ramli atau lebih mesra dipanggil Mek. Kalau masuk blog Mek, terasa berada dalam musim luruh sepanjang masa. Hihi. Cuba korang terjah blog Mek! Pasti faham apa yang aku katakan. Hii.
Mek, seorang ibu cantik manis yang berasal dari Kelantan. Kalau aku kenal Mek semasa aku masih belajar di USM Kubang Kerian, mesti dah buat meet up di Wakaf Che Yeh. Hihi.
![]() |
Beg Mango flatlay :p |
Aku terima hadiah beg Mango di atas daripada Mek sempena hari lahir aku yang ke-30 tahun lepas. Terkejut sebenarnya bila dapat hadiah hari jadi daripada kenalan blogger. Baiknya hati Mek. Kita hanya kenal di alam maya dan Mek berbesar hati untuk berkongsi rezeki dengan Siqah. Terima kasih Mek!
Sekarang, beg Mango ini menjadi salah satu daripada beg kegemaran aku. Senang dibawa ke mana-mana sebab saiznya kecil saja. Ringkas =)
Haa, Mek baru saja selamat melahirkan anak kedua yang diberi nama Ammar Amzar. Comel sangat anak Mek! Nak tahu, sila terjah ke blog Mek ye. Mek dah update mengenai kisah kelahiran anak kedua.
Selamat berpantang, Mek! Bertambah maintain kurus lah Mek pasni. Siqah is jealous! ☺
Terima kasih kepada Kak LZ, CikLa, dan Mek yang telah menyerikan hidup aku dengan hadiah tidak disangka daripada mereka. Baru nak up entri mengenai hadiah rakan blogger setelah sekian lama ^_^
Aku sangat menghargai semua komen kalian. Korang buat hidup aku indah walau hanya dengan komen. Setiap komen rakan blogger sangat berharga buat aku. Korang buat aku rasa yang aku bukan syok sendiri dalam blog. Hihi. Thank you semua ❤
Aku juga teringin untuk berkongsi rezeki dengan rakan blogger yang sentiasa singgah dan komen di blog aku. Insyallah. Satu hari nanti.
Doakan ye ^_^