Ehem! Ehem! Perasan tak gambar aku sekarang dah ada watermark? Hihi. Watermark adalah seperti tandatangan kita pada gambar. Memberi erti lain bahawa gambar itu adalah hak milik kita. Aku dah lama teringin nak ada watermark sendiri tapi sampai ke sudah tak buat.
Bertahun fikir. Haha. Teruk sangat! Sehingga baru-baru ni, aku tergerak hati untuk buat watermark sendiri dengan menggunakan aplikasi kegemaran aku di phone iaitu Photofy.
Plan awal nak order watermark tapi kepala aku tak boleh fikir design yang aku nak. Tak jadilah nak order. Mungkin aku akan order jugak watermark selepas dah confirm design.
Dah kenapa watermark pun beriya bagai nak design ek? Hihi. Sebenarnya aku berkenan dengan watermark Cik Epal. Sesuai dengan nama blog dia. Nak juga watermark yang sesuai dengan blog aku tapi entahlah. Tak terfikir lagi.
Meh sini. Aku kongsi cara buat watermark dengan menggunakan Photofy. Senang je. Aku tak buat kalau susah. Hahaha.
How to Create Your Own Watermark using Photofy
1. Download Photofy. Ikon seperti gambar yang aku bulatkan di bawah.
2. Pilih gambar dan klik Custom Artwork.
3. Banyak pilihan seperti di bawah. Korang boleh pilih mana yang berkenan di hati. Pilih mana yang tiada tanda kunci manga. Kunci manga maksudnya korang kena beli artwork tersebut. Aku pilih artwork yang aku bulatkan seperti di bawah.
4. Tukar bahagian yang aku gariskan merah di bawah dengan url blog korang atau apa saja. Ikut hati masing-masing. Jangan ikut hati orang pulak 😀
5. Sila kecilkan artwork yang dipilih dengan saiz yang korang suka. dan letak di mana saja dalam gambar. Kecil atau besar, atas bawah kiri kanan, ikut korang. Mana yang lebih nampak sesuai di mata. Kecilkan saiz guna dua jari together. Faham kan?
Bila dah puas hati, boleh klik Done, Apply dan Done. Your photo will be automatically saved to a Photofy album on your device.
6. Done! Senang kan?
Ini cara mudah aku buat watermark. Aku edit gambar setiap satu dengan cara yang sama. Jenuh jugaklah tapi nak ada watermark punya pasal, layankan je. Hii.
Penting letak watermark pada gambar agar orang lain tak boleh senang-senang je curi gambar kita. Ambil gambar kita tanpa kebenaran, maknanya mencuri lah tu kan? Mencuri di hujung jari adalah perkara paling senang dan paling kita tidak sedar akan akibatnya.
Harap entri ini membantu rakan blogger yang nak buat watermark dengan mudah dan percuma ^_^
Korang ada watermark? Pilih untuk tempah atau buat sendiri? Boleh kongsi di mana korang tempah watermark atau cara mudah buat watermark?
Boleh aku cuba nanti ☺