Hello December 2016! Weii cepat sangat masa berlalu. Kini kita berada dalam bulan terakhir setiap tahun. Apa agaknya pencapaian aku tahun ni ek? Dah kena fikir azam baru ke ni? Haha. Relax. 31 hari lagi nak berakhir tahun 2016. Masih banyak lagi masa. Insyallah.
Sejak October 2016, aku akan buat Month Wrap Up. So, here we go for November Wrap Up!
Happy reading ☺
KERJA
Selepas hampir 3 tahun penantian, akhirnya aku tidak perlu kerja pada hari Sabtu. Yeayyy! Aku tak suka kerja hari Sabtu. Susah nak plan berjalan tau. Doa termakbul juga. I’m happy =)
Tapi, kalau orang tanya, aku cakap aku kerja di Standard Chartered je. Takdelah bagi nama panjang gitu. Jenuh orang nak dengar sampai habis sebut nama company. Hehe.
TEATER
Happy bila aku berpeluang untuk tengok Teater Mak Cun D’walei. Sekian lama tak menonton teater. Aku suka teater tapi nak beli tiket untuk setiap teater memang tidaklah. Mahal weiii. Only selected je yang boleh. Mana yang nak sangattt tengok.
Alhamdullilah. Aku sudah melunaskan hutang puasa tahun lepas. Dua hari je pun. Buat pertama kali, aku habis ganti puasa sebelum masuk tahun seterusnya. Rasa bangga dengan diri sendiri. Hahaha.
BUKU
Aku HANYA beli dua novel dalam bulan November semasa MPH Online Sale on 11.11.16. Gatal tangan nak beli juga novel walaupun dah berjanji tak nak beli novel. Plan nak habiskan novel yang ada je. Tapi dah ada sale pulak. Terpaksa beli. Jimat sikit (sedapkan hati). Hihi.
Sedih untuk menyatakan bahawa aku HANYA berjaya baca satu novel saja iaitu And A Happy New Year (Spinster Club Special) by Holly Bourne (review later). Teruk sangat rasa prestasi bulan November dari sudut pembacaan. Bertambah teruk terasa bila buku yang aku habis baca itu hanya mempunyai 200 pages saja. 200 je weii! Bagi aku, itu sikit sangat!
Sebenarnya aku ada baca novel ketiga dalam The Spinster Club bertajuk What’s A Girl Gotta Do tapi sayangnya aku tidak suka pada Lottie seperti mana aku suka pada Evie dan Amber. Jadinya, novel tersebut still in currently reading status dan tak tahu bila nak habis baca kerana aku sekarang sedang baca novel Anna and the French Kiss. Rasanya macam tak akan sambung baca novel What’s A Girl Gotta Do 🙁
TEBUS VOUCHER ZALORA
Alhamdullilah. Aku pernah blog collaborate dengan Zalora dalam dua entri bertajuk Popular Men Fashion in 2016 dan Stylish Fashion Tops for Women. Hasil daripada itu, aku dapat RM150 voucher Zalora yang tamat tempoh pada 31 Disember 2016. Memandangkan tahun 2016 semakin berakhir, aku ambil keputusan untuk menggunakan voucher Zalora yang ada.
Mengambil masa yang lama sebab tak tahu nak beli apa nanye. Akhirnya aku memilih satu skirt dan satu dress.
![]() |
1. Aztec Sequin Straight Skirt 2. Premium Lace Insert Shift Dress |
Aku pernah pakai black dress di atas semasa pergi menonton Teater Mak Cun D’walei. Ada diceritakan dalam >>> ENTRI INI. Sequin skirt tak pernah pakai lagi. Bila entah nak pakai. Takde event dalam masa terdekat ni. Simpan je dulu dalam almari 😀
BLOG HOMEPAGE
Aku adalah seorang blogger yang sering menukar sesuatu di blognya. Hahaha. Kini my blog homepage berwajah baru. Aku ada ceritakan dalam ENTRI I’m Glad She Said Yes. Love my new blog look. Kalau korang tak pernah tengok lagi,, boleh klik pada Home button di atas kiri ye. Dah tengok jangan lupa bagi komen. Hihi.
Aku suka baca komen korang. Boleh improve di mana-mana part yang ada dalam blog aku ni. So feel free to leave your comment and share your thoughts okay dear ☺
FOOD CRAVING
Dalam ENTRI INI, aku ada bagitahu yang aku nak sangat makan Seafood Sundubu Jigae di The Street Cafe. Alhamdullilah. Aku dah makan pada hari Jumaat lepas bersama Tasha. Hanya kami berdua saja sebab ahli #gengmakan yang lain ada hal yang tidak dapat dielakkan.
Mungkin lama lagi untuk aku sebut pasal makanan Korea ni. Tunggu next time aku terasa nak makan lagi. Automatik aku sebut kat sini. Hihi.
![]() |
Makanan Korea kegemaran =) |
Itu saja coretan dalam November Wrap Up. Nak letak setiap apa yang terjadi nanti karang panjang sangat pulak entri ini. Letak mana yang aku teringat jela. Hihi.
Entri ini diakhiri dengan dua gambar random snap. Gambar langit dan awan ❤
![]() |
Sunrise |
![]() |
Sunset Gambar diambil semasa pergi tengok kapal terbang mendarat dan berlepas dari Skypark Subang. |
Have a nice day, dearest 💝💖