
Akhirnya, drama Suri Hati Mr Pilot sudah melabuhkan tirainya semalam. Seperti yang dijangka, jodoh Ejaz dan Warda sangat kuat. Bak kata encik suami, “dari episod 1 dah tahu jodoh dorang ni kuat”. LOL!
Pada mulanya, aku tengok drama ni. Bersungguh tengok tiap episod walaupun episod pertama banyak spoil. Banyak sangat kebetulan. Terfikir adakah kehidupan realiti begitu banyak kebetulan?

Selepas Warda dan Ejaz kahwin, aku jadi tak suka tengok drama ni. Asyik gaduh je dan tiada komunikasi antara mereka. Banyak benda boleh bawak bincang kot.
Aku sangat tak suka dengan watak Warda. Serius! Kawan sekerja semua tahu aku emo gila kalau cerita pasal Warda. Haha. Pagi-pagi datang kerja, dah start emo bila bercerita pasal Warda. Hahaha.
Tengok drama ni sikit-sikit dan minggu ni disebabkan minggu akhir, aku tengok drama ni full dari Isnin hingga Khamis. Hanya kerana aku nak tengok sejauh mana perangai Warda.
Aku nak fokus kepada Warda saja dalam entri ini. Sebab serius memang aku tahap geram gaban dengan dia. Kalau dengan Ejaz, yes, dia ada salah jugak cuma sikitlah. Taklah berapi sangat aku geram dengan Ejaz. Hehe.
HATE
Aku start tak suka Warda selepas dia pergi rumah Daniel. Boleh percaya cakap lelaki tu dan sanggup pergi seorang diri ke rumah Daniel dengan status sebagai isteri orang. Tak boleh berfikir waras ke masa tu? Mana mahunya seorang isteri pergi ke rumah lelaki lain. Tambah lagi kau tahu yang suami kau tak suka lelaki itu dan kau tahu lelaki tu sukakan kau.
Masa Muslim pergi London. Bagitahu aku kenapa kau perlu berkejar ke airport. Kenapa tak reply sms atau call je? Tak kisahlah betapa kau nak menyampaikan hal sebenar kepada Muslim. Dan bila suami kau terjumpa kau di airport, masih lagi kau pilih jalan untuk kejar Muslim instead of kejar suami kau yang tengah fikir lain pasal kau. Tindakan Warda kali kedua yang aku tak suka.
Suka melarikan diri daripada masalah. Lari terus ke luar negara. Walaupun masa tu suami kau tengah sakit dan sangat memerlukan kau. Iya, memang suami kau marah dan tak nak jumpa kau lagi, tapi kenapa kau sanggup tinggalkan dia juga dan adakah kau sedar bahawa suami kau jadi camtu sebab kau yang terlalu perahsia?
Suka berahsia dan tak nak berterus terang. Tak nak cerita semua kepada suami. Masih mahu berselindung walaupun suami dah bertanya. Kadang-kadang suami tanya sebab dah tahu hal sebenar cuma nak dengar daripada mulut kau, tapi masih nak sembunyi juga.
Selepas 4 tahun dan kau pulang ke Malaysia dengan membawa anak yang nampak macam berusia 6 tahun, kau masih tak nak menceritakan hal sebenar kepada Ejaz, masih nak sembunyikan diri daripada Ejaz walaupun kau tahu Ejaz bersungguh cari kau. Dah kau pulak kononnya jadi mangsa keadaan? Ego!
Aduh pening. Tapi akhirnya bersatu juga selepas Ejaz demam. As expected the final episode. Ejaz kena hujan, demam, Warda datang dan tetiba boleh berbincang baik-baik dan mengambil keputusan untuk memberi peluang kali kedua kepada diri masing- masing. Aigoo ~ 4 tahun ambil masa weii.
LOVE
Love her outfit and hijab style 🙂 Totally love it! Semuanya! Simple hijab style but still looks nice and beautiful on her 🙂
In fact Neelofa, walaupun melakonkan watak suami isteri, tiada sentuhan lelaki dan wanita. And I totally love it too =) She really knows how to take care of herself. Good job Neelofa =)
Fattah Amin dan Neelofa pandai melakonkan watak yang diberi. Dan mereka sangat padan. Hehe. Rasa macam “tolonglah korang bercinta” selepas tengok video yang di-post oleh Neelofa di IG. Tengok mata Fattah memandang Neelofa seperti ada sesuatu dalam hati. Haha.
CONCLUSION
Komunikasi sangat penting dalam hubungan suami isteri. Tidak perlu berahsia. Lebih baik ceritakan semua kepada pasangan daripada pasangan kita fikir lain dan boleh buat tindakan yang drastik. Ada mulut kan? Cakap!
Mengambil kira perasaan pasangan anda sebelum melakukan apa saja perkara.
Aku pun tidaklah begitu bijak dalam soal hati. Hehe. Cuma mari kita sama-sama belajar 。^‿^。
Btw, Tahniah Suri Hati Mr Pilot kerana berjaya mendapat 5 juga penonton. Weehuuu ~ (∩_∩)
Apa pendapat korang mengenai drama Suri Hati Mr Pilot? Adakah korang peminat tegar? Have your own Love and Hate? (^_^)