Let’s start! 5 facts about me 😀
COFFEE LOVER
Sesungguhnya aku adalah pengemar kopi yang tegar. Kopi ada pelbagai jenis dan jenama. Aku suka kopi yang light saja. Kegemaran aku adalah latte. Hazelnut Latte, Vanilla Latte, dan Caramel Latte. Apa saja yang ada nama latte. Hihi. Aku tak suka strong coffee like Mocha. Even Cappuccino pun aku tak gemar.
Brand kopi dalam tin paling aku suka sekarang adalah KOPI TARIK. Sejak mengenali Kopi Tarik, aku dah tak pandang Nescafe Latte. Kadang-kadang aku beli juga Old Town White Coffee. Sedap jugak.
KOREAN DRAMA FANS
Semestinya!! Sentiasa ada drama Korea yang aku tengok. Baru je habis tengok On The Way to the Airport and I totally love that drama. Cried at the last scene of the final episode because I’m so happy! Sesiapa yang tengok drama ni, akan faham kenapa aku happy 😀
I’m currently watching Woman With A Suitcase, Sweet Stranger and Me, and K2 (dah final episode tapi tak habis tengok lagi).
Can’t wait to watch Lee Min Ho in his new drama Legend of the Blue Sea. Malam ni episod pertama di Korea dan akan disiarkan di ONE HD channel 393 Astro bermula 17 November 2016 jam 8.10 PM ^_^
SUKA GENTEL BUCU BANTAL BUSUK
Hahahaha. Malu nak mengaku tapi itulah aku. Dari kecil aku memiliki satu bantal busuk. Cuma bantal busuk sekarang, bukanlah bantal busuk yang aku ada sejak kecil tu. Pasti sudah berganti. Hihi.
Bantal busuk yang sentiasa dipeluk ketika tidur dan digentel bucunya. Kalau tak boleh tidur, gentel bucu bantal adalah satu cara untuk buat aku terlena dengan cepat. Apa punya tabiat lah kan 😀
TANGAN KIRI TIDAK BOLEH BENGKOK SEPENUHNYA
Maksudnya, jari jemari tangan kiri tak boleh sampai di bahu jika tangan aku dibengkokkan. Hanya boleh bengkok 70 darjah saja. Huhu.
Punca kejadian ini berlaku masa aku darjah lima. Aku terjatuh ke dalam lubang di atas jalan tar selepas aku berlari kerana dibaling katak kering oleh seorang budak lelaki ni. Budak kecil daripada aku nanye. Sampai sekarang aku ingat budak tu.
Hasil daripada itu, tangan kiri aku retak dan selepas dibuka balutan, terus tak boleh bengkok. Sedih.
Disebabkan kekurangan aku yang satu ni, cikgu tarian aku dulu, akan buat bunga tarian yang tidak memerlukan kami bengkokkan tangan. Nanti nampak sangat cacat di situ. Tarian mesti kena sekata kan. Terima kasih cikgu kerana memahami 🙂
Aku redha.
BOOK LOVER
Korang pasti tahu akan fakta diri aku yang satu ni. A book lover. Yes, aku suka membaca dan suka mengumpul buku. Haha.
Aku jenis orang yang suka beli buku yang aku nak baca walaupun aku masih ada buku yang belum dibaca. Sebabnya, bila tiba masa aku nak baca sebuah buku, buku tu dah ada dalam simpanan. Tinggal nak ambil dan baca saja. Aku tak suka kalau masa nak baca tu lah aku baru nak beli. Tak suka menunggu. Hihi. Sekarang aku ada empat buah buku yang masih belum dibaca. Seingat aku lah 😀
Itu saja fakta diri aku. Ada banyak lagi tapi dah kata topik ini hanya perlu berkongsi lima fakta saja. Jadi, lima fakta jela yang diberi ☺
Apa pula fakta diri korang? Jom share. Nak tahu jugak ^_^