Hello lovelies =)

Kenapa aku pilih nama Siqahiqa sebagai nama domain aku? Nak pilih nama domain sebenarnya memerlukan keyakinan yang tinggi dan pemilihan yang betul lagi tepat. Haha. Semestinya kerana nama domain itu akan aku gunakan di sepanjang hayat aku.
Bila nak beli domain hari tu, aku terus mengambil keputusan untuk letak nama Siqahiqa. I love that name so much!
Itulah juga nama akaun Instagram aku yang pertama @siqahiqa .
Kalau korang mungkin sudah sedia maklum, nama penuh aku adalah Nurulsiqah Hussin. Boleh tengok my About page.
SIQAH diambil daripada nama penuh aku manakala IQA pula adalah nama panggilan aku oleh kekasih hati selama 8 tahun yang kini menjadi suami tersayang =)
Aku guna nama pena Siqah Hussin dulu dan sejak ada domain sendiri, aku gunakan nama pena IQA.
Jadi sekarang,
SIQAHIQA sebagai nama blog dan IQA sebagai nama pena.
Aku harap dengan adanya domain sendiri membuatkan aku lebih rajin untuk update blog dan blogwalking rakan bloggers semua =)
Note: kalau ada sesiapa yang tahu atau kenal orang yang boleh buat signature, please do tell me. Aku nak buat signature baru q^βΏ^q
Thank you for reading.
Have a nice day, all (*^_^*)