Hello semua!
Melaka adalah satu negeri di Malaysia yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Kalau pergi Melaka masa hujung minggu dan cuti sekolah, pasti “menyumpah” dalam hati, haha, dengan kesesakan jalan raya dan keramaian orang di mana-mana.
Tapi masih kita akan pergi ke Melaka. Macam aku. Hee. Cakap Melaka crowded bla bla, tapi pergi jugak!
Banyak tempat menarik di Melaka selain daripada bangunan sejarah. Antara tempat tarikan di Melaka adalah The Shore Sky Tower (<< klik untuk baca kisah di sana ).
Tempat tarikan kedua di Melaka yang aku nak kongsi hari ini adalah:
UPSIDE DOWN HOUSE MELAKA
Galeri rumah terbalik ini terletak di Bandar Hilir Melaka dan menjadi tarikan pelancong dan rakyat Malaysia sejak ia dibuka pada bulan November 2014.
Rumah terbalik nama diberi kerana semua peralatan dan hiasan dalaman disusun terbalik. Semuanya melekat di dinding atas dan kita perlu mengambil gambar dengan posisi yang betul bagi menampakkan ianya dalam keadaan terbalik.
Sesiapa yang tak tahu bergaya mengambil gambar? Jangan risau. Ada staf di sini yang akan ajar anda dan tolong ambilkan gambar jika diperlukan. Mintak je tolong dorang. Dorang sentiasa ada. Friendly tau.
Jom layan gambar kami beraksi π
Tolong jangan pening ye. Hehe.
Bilik kanak-kanak

Macam hantu pulak gayanya. Hee.
Versi hitam putih

Kebetulan masa ni, ada orang lain di belakang sedang beraksi jugak π
Posisi lain pula


Aku di mana? Nampak tak? Hee

Ruang Tamu

Dapur


Spiderman katanya :p

Bilik Tidur

Bilik Air

Penjuru Rumah

Tempat kecil dan ramai orang. Kalau pergi sini, pandai-pandailah beratur. Take turn nak ambil gambar. Kami tak ambil gambar di ruang makan. Masa tu, orang dah ramai. Malas nak beratur.
Jika ke Melaka, jangan lupa singgah di sini dan ambil gambar pelbagai aksi okay. Lagi pandai korang bergaya, lagi cantik gambar. Bagi aku, harga agak mahal sebenarnya dengan tempat yang kecil dan tak banyak benda pun nak buat, tapi bolehlah untuk merasa sekali. At least, pernahlah pergi π
Maklumat lanjut dibawah:
Masa operasi :
10 am – 7 pm ( Isnin – Khamis )
10 am – 9 pm ( Jumaat – Ahad / Cuti Umum )
Alamat:
G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka, Melaka.
( di deretan rumah kedai 2 tingkat di belakang Hotel Seri Costa )
Harga tiket:
Dewasa : RM15 seorang
Kanak-kanak (<12 tahun) : RM10 seorang
Warga emas (>60 tahun) : RM10 seorang
Kanak-kanak rendah < 90 cm : Percuma
OKU: potongan harga 50% daripada harga asal
Facebook: Upside Down House Melaka
Selamat beraksi (-βΏβ¦)
Photo A Day Challenge #1 -Art