Filem zombie dari Korea Selatan!

Aku sangat tertarik untuk menonton filem ini selepas baca artikel mengenainya di The Vocket. Tajuk artikel adalah “Produksi Hollywood dan Perancis Bersaing Untuk Dapatkan Hak ‘Remake’ Train to Busan”.
Tertanya-tanya best sangat ke filem ni sampai bersungguh pihak luar nak dapatkan hak untuk buat ‘remake’. Bukan calang-calang produksi yang berminat dengan filem ni.
Maka, petang semalam, aku pergi menonton filem ini. Seorang diri.
SINOPSIS
Seok Woo, a fund manager, berjanji untuk membawa anaknya Su An kepada bekas isterinya di Busan sebagai hadiah hari jadi. Dia merupakan seorang lelaki yang sangat mementingkan pekerjaan sehingga menyebabkannya bercerai dengan mak Su An.
Dalam masa yang sama, dalam KTX ada juga pasangan Sang Hwa dan his pregnant wife, Seong Kyeong, sekumpulan pemain besbol, ketua penyokong kumpulan sorak besbol, Jin Hee, a selfish COO Yon Suk, adik beradik In Gil dan Jon Gil dan a homeless man.
Sang Hwa and his pregnant wife, Seong Kyeong

Seorang perempuan yang telah dijangkiti berjaya masuk ke dalam KTX tanpa disedari. Dia gigit seorang staf wanita KTX dan seterusnya virus ini merebak sehingga bilangan orang yang dijangkiti sangat ramai.
Baseball team and Jin Hee

Kisah mereka berlawan zombie berterusan sehingga tiba di Busan. Hanya dua orang saja yang selamat daripada tragedi ini.
REVIEW
Aku suka filem ni! Best! Lain daripada lain! Bukan seperti cerita zombie yang pernah aku tengok sebelum ni.
Seperti biasa, cerita Korea penuh dengan teladan dan pengajaran. Dalam cerita zombie pun ada diselitkan mesej begitu. Kita boleh tengok bagaimana mereka walaupun satu negara masih ada sikap tidak mahu tolong menolong tambah lagi dalam situasi darurat seperti itu.

Seok Woo, seorang ayah yang hanya mementingkan keselamatan dirinya dan anaknya sehingga tidak mempedulikan orang lain dan sanggup mengajar anaknya agar utamakan diri sendiri jika berada dalam keadaan terdesak.
Dan akhirnya si ayah sedar apabila orang yang tidak dipedulikan itu yang menyelamatkan anaknya daripada digigit zombie.
Dan apabila akhirnya dia juga sedar bahawa masalah zombie ini datang daripada syarikatnya sendiri. Masalah bioteknologi.
A selfish COO! Hate him!

Seorang COO yang kaya tapi sangat mementingkan diri sendiri! Aku benci sungguh watak COO ni! Mempergunakan orang lain agar dia boleh terlepas daripada zombie. Dan akhirnya, dia mati! Yes! Biar dia mati last sekali. Dia penyebab yang lain juga mati. Huh, geram!
Seorang lelaki Sang Hwa, yang sangat menjaga dan menyayangi isterinya. Dapat dilihat dengan cara dia menyelamatkan isterinya no matter what. Sedih!

Filem zombie yang menakutkan aku dengan rupa zombie yang ada. Serius seram! Bayangkan ramai zombie kejar kita seperti gambar di atas. Fuh, tak cukup tanah nak lari!
Filem ini juga berjaya membuatkan aku sedih dan bergenang air mata di akhir cerita. Pelik kan? Filem zombie tapi sedih. Mesej kekeluargaan yang disampaikan sangat menusuk hati dan perasaan.
Walaupun akhirnya yang hidup hanya dua orang, tapi aku suka endingnya. Aku berharap agar ada keajaiban berlaku kepada Seok Woo, tapi sayangnya tidak. Dia sudah dijangkiti dan harus mati. Sedih masa ni!!
Seperti biasa, aku suka kebanyakan drama Korea kerana jalan ceritanya dan kali ni pilihan aku tepat untuk menonton filem zombie dari Korea.
Rating aku : 4.5 / 5
Sekian saja review peribadi aku mengenai filem ini.
Selamat menonton semua =)