As salam dan hello semua =)
Aku baru saja selesai pindah rumah jam 5 pagi tadi. Settle kemas rumah baru dan siapkan rumah lama agar boleh diduduki oleh penyewa lain dengan segera. Semua lubang di dinding kena tampal balik dan mesti cat balik satu rumah. Jadikan rumah seperti kali pertama kami masuk dua tahun lepas.
Alhamdullilah semuanya selesai. Bertungkus-lumus menyiapkannya berdua minggu ini. Minggu depan nak raya dah kan. Nak balik kampung! Hee.
Aku pindah rumah dan rumah itu berada dalam blok yang sama. Haha. Mesti korang pelik kan dah kenapa nak pindah dalam blok yang sama je. Hee.
Kenapa kami pindah rumah?
Harga Sewa. Rumah baru murah RM100 daripada rumah lama. RM100 itu bermakna bagi kami. Dan kemungkinan owner rumah lama untuk naikkan harga lagi tahun depan amat tinggi. Itulah, bila duduk rumah di kawasan universiti.
Owner Melayu. Yes. Ini juga sebab kenapa kami pindah. Owner rumah baru aku ni Melayu dan aku deal direct dengan dia. Bukan guna agent seperti rumah lama. Bila owner Melayu, dia boleh bertolak ansur dan tidak mementingkan keuntungan. Lebih kepada asalkan ada orang nak jaga rumah dia. Terima kasih kak π
Keadaan Rumah. Rumah baru lagi cantik daripada rumah lama. Dinding bilik utama dan bilik no 2 di rumah lama dah buruk! Sebab kebocoran di rumah atas! Dah cakap dan masih sama je. Huu. Air menitik lagi bila semalam kami kemas rumah di bilik utama. Habis satu almari buku aku rosak di bilik no 2. Almari kayu dan kena air. Faham-fahamlah apa jadi.
Sekarang bila dah pindah rumah baru, mulalah niat nak pasang aircond. Haha! Tapi masalahnya agak seram dengan bil elektrik yang bakal melambung. Jadi, tak payahlah. Hehe.

Ruang tamu. Setting sama jugak di rumah baru =)

Kami tak pandai sangat nak deko rumah. Banyak belajar daripada Pinterest dan Google. Buat sikit-sikit. Nak buat sekali semua memang tak lah kan. Hee.
Lepas habis kemas jam 5 pagi tadi, terus ke kedai mamak dan pekena teh ais! Perghhhh! Terasa nikmat dunia. Hahaha.
Korang weekend buat apa? Mesti seronok kan? Apa-apa pun, esok Isnin tau. Jangan lupa kerja atau ada kelas bagi yang masih belajar. Haha. Saja ingatkan je :p
Have a nice day, all ~